Pages

Thursday, April 18, 2013

CAKOI SEDAP DI MEDAN SELERA TAMAN GOMBAK RIA, GREENWOOD

Cakoinya taklah besar sangat

Lebih kurang 3 minggu lalu, ketika kami sedang cari rumah member di Greenwood, UnclePali berhenti apabila ternampak gerai yang jual Cakoi di Medan Selera, Taman Gombak Ria. Kalau tak silap Kjee masa tu dah pukul 4.30 petang.

Ramainya orang beratur. UnclePali hanya beli RM2 atau 5 keping. Dia seorang makan 3. Kjee yang dah lama tak makan manis, makan dua. Cakoi manis? Hah, cakoi yang UnclePali beli tu manis tapi sedapppp!

Kjee dapat baca dari airmuka UnclePali yang nampak menyesal tak beli lebih. Dia memang suka sangat Cakoi.

Minggu lepas kami pergi jugak tapi gerai tu tutup. Rupa2nya tutup hari Isnin. Kemudian dua hari lepas kami pergi lagi pada kira2 jam 2.30 petang tapi dia orang belum start niaga. Cuma start pada pukul 3.30 petang.




Dan tadi kami pergi lagi. Kali ini pukul 3.35 petang. Kalau tak ada, memanglah tak nak cari lagi. Dan apabila kami sampai, ramai orang dah beratur! Hebat sangat Cakoi jualan mereka ini!

UnclePali tanya nak beli berapa ketul? Kjee dan Nadia kata tiga ketul seorang cukuplah tapi UnclePali tamak. Beli sampai 15 keping.

Cakoinya tak macam cakoi lain yang pernah Kjee makan. Biasanya cakoi Melayu agak garing, a bit masin ataupun tawar. Tapi yang ini garing di luar dan gebu di dalam! Sekali hadap 5 ketul baru puas! Dan ia tetapi sedap dimakan walaupun ketika sudah sejuk!



Kalau korang tak percaya, cubalah. Kjee tak tahu nak tunjuk jalan tapi korang pergi ke Greenwood dan tanyalah orang sana mana gerai Cakoi sedap di Medan Selera Taman Gombak Ria. Pasti tak menyesal punya. Hehehe.

Dia orang ada jual pau goreng, samosa, popia dan keropok lekor. Tapi itu kami belum try lagi.




9 comments:

kasim said...

kedai sebelah dia juai bihun sup n mee rebuih sedap kak g macam kat aloq staq

Kjee said...

Ya ka En Kasim? Wah boleh gi try ni! Mekasih.

Anonymous said...

kt kg.baru pun ada..pau goreng sambal bilis pun power..hehehe

Ct NoArizah Aris said...

Klau dekat nk juga g beli, sy sekeluarga mmg suka cakoi ni.

shaty said...

saya suka .. tapi kat tempat saya susah nak jumpa. Semasa saya di Sandakan, mudah juga dapat. TApi dia orang jual dengan kuah ' puding warna kuning ' !! Saya beli cakoi je sebab tak pandai dan tak suka kuah puding tu. Lebih suka cicah dengan kuah pedas atau makan begitu saja. Kami di Utara panggil KUE PAK TUNGKU.

siti sabri said...

masa saya bjar kt uitn jengka dulu..kuih cakoi dimakan dgn kuah kacang...ok jgk..

shuweet said...

salam....kak jee, memang sangat sedap cakoi nih...dah turun temurun..dari dulu...dekat ngan rumah mertua saya...setiap hari selasa kalau tak salah die meniaga petang di pasar malam greenwood...setiap hari bulan puasa pun die meniaga kat tapak pasar malam greenwood tu...memang di jamin sedap...dah sejuk pun masih lembut

Anonymous said...

Samosa dia pun sedap kak jee

Anonymous said...

Kat mana kg baru 2?nak carii

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...