Pages

Monday, April 22, 2013

KARI KETAM vs SAMBAL TERUNG






Menu semalam. Kari Ketam dan Sambal Terung. Sejak Kjee kecik lagi kalau arwah Bonda masak lauk ketam, jangan nak ada lauk2 lain kecuali satu sayur. Mesti lauk lain tak laku sebab semua sibuk 'mengerjakan' ketam.

Jadi, mengambil ikhtibar dari pengalaman bersama Bonda, Kjee pun gandingkan Kari Ketam dengan Sambal Terung. Biasanya Kjee buat Terung Berlado Udang Kering. Tapi semalam ubah selera pulak. Kjee buat sambal biasa tapi kisar sekali udang kering.

Masa masak Kjee campakkan kiub ayam (sepatutnya kiub ikan bilis tapi tak de stok). So dah masin tak payah bubuh garam. Masak sambal tu sampai kering betul2 dan hampir garing barulah dimasukkan terung yang telah digoreng separuh masak terlebih dahulu.



Kjee guna terung telunjuk. Selalunya terung telunjuk warna hijau tapi semalam Kjee guna yang warna purple. Hmmm sedap betul. Ada berbaki semalam, Nadia simpan dalam freezer.

Untuk kari ketam, Kjee beli 5 ekor je. Itupun dah sekilo setengah. Penghuni rumah tak ramai. Dapat makan sampai ke malam.



Kari ketam Kjee buat macam selalu je. Resipi di sini. Cara ini jer yang Kjee tahu sejak turun temurun. Hehehe.

Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Tak perlu mintak izin. Sikit lebih kurang halal yer.

2 comments:

intandayani said...

smbl terung tu mkn ngn ikn grg mmg sdpkan

Muhamad Zaidi said...

As Salam Kak, cuma x nampak corak ketam tu, rasa dah tentu sedap kari ketam :-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...