Pages

Tuesday, April 23, 2013

KESIAN RAKYAT SELANGOR!





Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Sekitar Ampang



KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar Ampang pada Isnin mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)Priscilla Alfred berkata kejadian jam 12.30 malam Ahad melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.

"Ekoran daripada kejadian ini, hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata rumah pam Wangsa Maju mempunyai lima buah pam yang mana empat daripadanya beroperasi dan satu diletakkan dalam keadaan 'standby'.

Rumah pam Wangsa Maju telah beberapa kali mengalami masalah teknikal disebabkan ia telah beroperasi secara 'overload' bagi menampung permintaan bekalan air dari kawasan bekalan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

Justeru katanya buat masa ini pihaknya bersama kontraktor berkenaan telah mengambil tindakan segera dan sedang menyelesaikan masalah tersebut bagi membolehkan pam berfungsi seperti biasa.

Syabas juga akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.

Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.

Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan pam.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - BERNAMA

8 comments:

Laila ila said...

kesian lagi orang kuantan...dah dekat sebulan air ada masalah aier yg tak selesai...
ada satu felda kat pahang sejak mula diduduki hampir 36 tahun lepas tak de bekalan air bersih, ada dilaporkan oleh majalah 3...

Irfa said...

KESIAN YG JD MANGSA..AIR YG DI POLITIKKAN

wati othman said...

cik laila...better check dulu bile bercakap..nanti jd fitnah....

Anonymous said...

Maaf kak sebenarnya nk bgtau yg PKR tak pandai urus air. Nanti bila nak naik tarif air senang lah pastu cakap penyelenggaraan/kos mahal. Yang tanggung rakyat...mmmm lagik kesian....

Skang Tarif elektrik pun tinggi walaupun dah dibagi subsidi...

abe long said...

Nampak sangat Laila ila terpengaruh dengan harakah dan keadilan yang suka menyebar fitnah. Aku org kuantan dok kuantan...bukan setakat sebulan, sehari pun xde timbul masalah air. baik cik Laila ila pergi bunuh semua orang kuantan dari sebar fitnah. dosanya sama sahaja

Anonymous said...

Ha3, kan dah kena cik Laila Ila, salah masuk kandang ni! Confirm kroni Pakatan, kejenye nak caik salah orang.

Anonymous said...

fitnah menjatuhkan bangsa.fitnah melemahkan bangsa..
terbukti bila melaka jatuh dan lemah bila nina kitul menyebarkan fitnah sehingga kekuatan dlmam lah akibat bersengketaan..lalu portugis berjaya menyerang dari luar.
kerana ke alpaan defence lemah.

sekaarang berulang lagi di tahap negara pulak.

ada kah yg menulis laila adalah islam sembhyg 5waktu? ini lah org bukan islam makin jauh dari ugama kiita krn.sifat suka sebut apa saja walaupon menipu nak tunjukkann benar. apatah lagi bila haram mengharamkan. lagi merosakkan islam bila di canangkanhukum haram mengharammkan bila munculnya ulama baru dgn kitab dan hadis ..serta bertelagah kdian menghentam others. pd yg bukan islam pun shocking.
lately banyak org kita melebih lebih memandang ke timur tengah. yg dpt keja sana siap tulis.m lepas ni dunia islam cuma di saudi..
dia mengecilkan dunia dia.kerana disana dia cuma limit hidup dia pegi masjid.dn keja ygntak banyak.
dia sengaja ataubtidak taksure melihat terang trrang bahwa belia saudi pon ada masalah pengangguran yg teruk. dan pengaruhdunia barat yg kuat sampai mlm jumaat madinah buka di masjid but berpesta di jln dgn speaker terlalak muzik..berjoget. cuma takde wanita berjoget cuma lelaki bersinglet dan shorts..
anyway what i m tryg to say here kita nak mencontohi Kehidupan org arab..off laye perkataan sembahyang makna tak elok kena guna solat ...
pfft la berkurun guna sembahyg tiba tiba je.. spelling pakaian tiba tiba kena bungkus mcm org arab...melebih lebih haram nya..
tahu tak org arab ikut style adat bukan seratus.pratus itu dari hukum.
tiba tiba kita nak template cara kehidupan org arab pada.org msia. berjubah berserban mcm banggali.
purdah sbb adat mereka..
arab pun tak de berserban.cuma ber igal utk convenience.mereka bila ribut pasir.bukaknkain tutup.hidung dan mata. org kita pulak lorat la lebih lebih jilbab berserban jubah...apa ke hal nya ni? tiba tiba berrfatwa bersandarkan kehidupan sinbad the sailor tetiba.
kenapa alquran diturunkan di arabsaudi? sebb sifat mka sgt teruk lalu ianya utk regulate such a bad group ppl with bad practice. tapi mereka tak pula ikut 100%.mereka go around and make it simple for them selces. menipu buat masihbtapi sembhyg buat juga. kluar negara zina minum arak tapi balik keliling kaabah dah ampun dosa.mereka merkotak katikkan islam dgn kata islam itu mudah.saya ada.kawan arab dia org mmg.kuat nafsu. tgk dada.ppuan dress properly pun dia dah ghairah. dia sendiri ckp.tgk ppuan bontot besar tapi Berdada gebu..sampai susah dia nak bergaul dgn masyarakat..
so tht is why jilbab menjadi acara tetap org arab...dah nafsu buas.
now minyak dah nak abis ..apa investment bersifat sementara sbb banyak mismanaged..so rakyat negara tumula bergolak.
itu kah mreka.kita perlu contohi?
back to cara hidup....fitnah sudah mula menjadi sifat org.islam aka.melayu
utk memecahkan umat sendiri.
kalau kita islam kita buat ibadah dan senyap. tak sure bbuat kajian.
jgm jadi cam laila ila.taasub mengikut geng sampai sanggup bawak fitnah dgn menulis palsu.punya berita. berita palsu samada tulisan,bercakap. etc tetap lah fitnah..dia telah commit.fitnahelalui penulisan. kalau kiamat tangan dia bercakap dulu laila ila.menyebarkan fitnah...

org melayu kalaunisla. jgn jadi jahil.kgn terikut cara barat atau arab. belajar kajian sejarah dan kalau buruk pelajari kalau bAik analyse..kalau baiknjadi biruk buat cba..apa yg anda telah benefit anak beranak ..
jgn jadi bodob

Anonymous said...

Salam, ya la orang tu salah masuk kandang. Laila oh Laila orang kuantan sendiri mengaku x de masalah air, nape laila aje mengaku x de air. Kot x bayar duit air kot, dah kena potong dek syabas. Memang betul puak2 PKR ni kejenya memfitnah orang aje. X de keje lain. Tolong tutup telinga kalo ada orang orang pakatan nak tunjuk terror nak kasi ceramah politik kat kita, orang kata kalo dah terdengar mereka bercakap, benda tu terus melekat dalam kepala hotak. Kau nasihat, kau tunjuk bukit apa pun tentang kebaikan kerajaan semua dia kata x betul. Bak kata member saya otak mereka akan jadi kelabu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...