Pages

Wednesday, May 8, 2013

13 MEI 1969 - PENGALAMAN KJEE





Beberapa hari lalu, ada seorang teman Facebook beritahu Kjee, ada temannya tulis, kononnya dia teringin sangat nak tengok peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali!

Sesak nafas Kjee mendengar! Apakah dia ingat peristiwa itu sebuah sandiwara yang boleh dimainkan semula bila suka? Macam drama2 TV yang seringkali diputarkan semula?

Kjee pernah laluinya 44 tahun lalu! Kami sekeluarga sepatutnya hanya tinggal nama sahaja hari ini. TETAPI dek kerana jiran2 berbangsa Cina yang menjaga keselamataan kami, beri kami makan dan hulur ubat2an untuk ibu yang jatuh sakit kerana terkejut, kami masih hidup.

Bapa Kjee hari ini sudah tiada untuk menceritakan apa yang dia nampak sepanjang perjalanannya ke GH (kini HKL) untuk derma darah. Terlalu memilukan, ceritanya kepada kami.

Tolonglah jangan mintak peristiwa itu berulang lagi. Terlalu ramai yang mati...MELAYU, CINA DAN INDIA...

Baca pengalaman Kjee di sini. Baca sini juga.

5 comments:

paridah said...

MENGHARAPKAN JUGA DOA...ZALIM DAN BODOH SUNGGUH HENDAK MENGUNDANG PETAKA YANG INGIN DIHINDAR JAUH...

Irfa said...

sy dgr org kata..itu semua cerita karut dari mulut ke mulut tp bila baca pengalaman family kakjee saya percaya itu benar berlaku..dan semoga 13may takkan berulang kembali

13may1981..saya dapat adik lelaki ;)

Cho Zila said...

Ya Allah jauhkanlah kami rakyat Malaysia ditimpa bencana itu...

erny firdaus said...

Assalamualaikum kak jee, mohon utk beri pandangan saya, sy tak paham kenapa ada yg sanggup mengharapkan benda mcm tu utk berulang..takde anak2 ke dia, takde mak ayah ke dia, tak takut ke kalau negara jd kacau bilau,rusuhan kaum dsb. Sedih sgt tengok rakyat kita bergaduh sesama kita...kita sesama bangsa pun, pd sy cubalah cari kesamaan, jgn jadikan perbezaan itu sbg jurang, sb persengketaan mcm tu pd sy skrg telah memberi ruang keuntungan kpd org lain yg mmg suka bila kite gaduh sesama kita...syglah negara,anak bangsa..apa akan jadi kalau peristiwa 13 mei tu berulang semula..nauzubillah..Ya Allah,mohon dijauhkanlah....

Anonymous said...

Slm kak jee..mmg ralat coz msih ada org yg nk pristiwa tu kmbali lg. Lbh parah, bila individu yg mrupakan antara pencetus pristiwa brdarah tu masih aktif dlm politik & d skong oleh sblangan rakyat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...