Wednesday, May 8, 2013

ASAM PEDAS DAGING ORANG MELAKA CAMPUR KL/SELANGOR




Lauk Asam Pedas Daging dikatakan menu orang Melaka. Entahlah Kjee pun tak pasti. Nasib baik darah Kjee ni separuh Melaka separuh KL/Selangor.

Tapi Asam Pedas yang Kjee masak tadi, tak ikut resipi mana2. Resipi Kjee yang hentam sahajalah labu. Kalau ada daun kesom lagi wangi. Tapi dalam stok fridge hanya ada bunga kantan dan daun limau purut jer. Nantilah bila Kjee tanam balik daun kesom di rumah baru ni, Kjee bubuhlah. Hehehe.

Kjee masak hari ni guna daging batang pinang sebab tak kuasa nak kunyah. Tapi nak bagi lagi lembut, Kjee rebus dulu guna pressure cooker. Actually guna pressure cooker ni ada dua sebab. Satu, nak bagi daging lembut dan dua nak bagi air rebusan tu lebih manis lagi.

Kalau korang tak percaya, rebus biasa pun boleh. Rebus daging sampai lembut dan airnya dimasukkan ke dalam tumisan. Rasanya lain bebenor!






Anyway, tadi Kjee buat cair sikit. Kjee guna asam keping ganti asam Jawa sebab ada kawan Kjee bangsa India kata asam keping lebih elok untuk kesihatan. Hari tu dia ada beritahu kenapa tapi Kjee dah lupa.

Selain Asam Pedas Daging (resipi klik sini), Kjee goreng peria katak dengan telor. Ada belen sambal telor pecah yang Kjee buat hari tu. So Kjee campak jer dalam dalam sayur peria tu. Ok jugak. Sedap.

Nak tambah lauk lagi, UnclePali goreng ikan kembong dan seketul dua ayam.

Terima kasih Allah atas rezeki kami hari ini.




1 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

telan air liur tgk lauk asam pedas kak jee tu...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...