Pages

Thursday, May 16, 2013

JUMAAT DEPAN NIK SURYANI MILIK SAIFUL BAHRI








PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.

"Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.

Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu. - mstar online

12 comments:

Darahsatria dotcom said...

Moga kehidupan Saiful lebih bermakna, dirahmati dan diberkati.. Moga Nik Suryani menjadi peneman hidup yang kekal dikala suka dan duka.. Kegiatan Anwar harus dihapuskan.. Tuhan sentiasa bersama Saiful..

darahsatriadotcom.blogspot.com

aDisH.sHidA said...

dah nk kawen pun dia kan..tahniah kepada mereka semoga kekal bahagia hingga ke syurga

Anonymous said...

Salam Kak Gee yang saya sayangi, tahniah buat Suryani dan Saiful (SS). Semuga kekak hingga ke akhir hayat. Menjadi teman Saiful dikala saat suka dan dukanya. Semuga Saiful dan Suryani sentiasa dilindungi oleh Allah.

Qhaifa Nur said...

tahniah, tahniah....
moga kekal hingga hujung nyawa..

Anonymous said...

Semoga rumahtangga mereka bahagia dan diberkati Allah. Amin.

Anonymous said...

nak tanya kka jee .Penyanyi sharifah aini tu ada masaalah jiwa ker ........???

Anonymous said...

Kedua mereka orang tv yer? Berumur juga si Nik, tapi tak nampak. Apa2pun.... semoga selamat menjalani kehidupan berumahtangga, biar yang lepas berlalu, maju kehadapan, sentiasa berpegang kepada hukum dan syarak, bertimbang rasa sentiasa, Insya-Allah, diberkati Allah.

atievan said...

trgelak saya baca komen anonymous pasal kak sharifah aini.....pd yg brtanya tu kalu nk tau dia xder maslah jiwa...kalu dia ada maslah jiwa dia xkan buka pintu rumah dia luas2 utk kuliah agama jemput ustaz2 atau ustazah dan jemput saper2 yg nk dtg mndgr.....kalu nk tau lebih lanjut sila ke fb official kak pah....^_^

Anonymous said...

saya rasa dia sakit..sebab kejap dia cakap pasal agama macam esok dia nak mati, tapi kejap dia basuh org macam tak sedar diri ..terutama bab org kata muka dia yg menakutkan tu..alaaa nak nipu..botox la..jgan negak benang basah tokpah, semua org tau ..

Anonymous said...

tokpah tu sunyi..tak de laki sebb tu dia meroyan..banyak masa free..nasihat aku elok dia kawin, jgn meroyan nanti maki dek orang..

Anonymous said...

eh ye la..dia gila ke apa..boleh ada satu org tu dia bantai, pas tu dia kata hamba allah tu dah mati.dia boleh suka. mental ke? ko org islam tak payahla bantai org yg dah mati..sah sah mental kes ni...

Anonymous said...

yg gua tak paham peminat dia tolollan..sokong je babi buta. babi pun tak buta..dia buat dan cakap tak betul kenalah nasihat kat dia..jgn ikut dan suka je..tak de akal ke??

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...