Pages

Wednesday, May 8, 2013

MAHATHIR KATA CINA MESTI ADA WAKIL DALAM KERAJAAN



PUTRAJAYA: Pembentukan sebuah kerajaan tanpa wakil daripada kaum Cina tidak elok untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

Beliau berkata, keputusan MCA yang tidak mahu sebarang jawatan di peringkat persekutuan dan negeri meletakkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang sukar.

Beliau mempersoalkan siapa akan mewakili kaum cina dalam kerajaan, jika tidak MCA sebagai salah satu parti komponen BN.

"Adakah kita lupa mengenai mereka (MCA) sama sekali atau adakah kita mencari orang lain?

"Hakikatnya masih sama terdapat segelintir kaum cina menyokong kerajaan oleh itu mereka (MCA) memenangi tujuh kerusi Parlimen.

"Jika tiada kaum Cina dalam kerajaan, situasi itu tidak elok untuk negara kerana kita sama-sama percaya perkongsian kuasa antara kaum" kata bekas Perdana Menteri itu. -mStar online

4 comments:

shaty said...

macam ada maksud tersirat bila MCA kata .. mereka tak mahu sebarang jawatan di peringkat perseketuan dan negeri. Pelik kann ?? Saya tak fikir mereka merajuk ...

Anonymous said...

Bukan merajuk...sabotaj...they too are confident pakatan menqng pru 13...

Anonymous said...

Orang dah tak nak, buat pujuk. Bior je, esok esok tahulah dia balik.

Darahsatria dotcom said...

Biarlah Tun M... Sesekali tiada Cina dalam Kabinet pun ok apa? Org Cina tak perlu risau.. PM Najib tak macam Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang! Orang Cina still boleh hidup aman dan damai kat bumi bertuah Malaysia ni.. Tapi kalau rasa malu dan tak sanggup terima hakikat, bolehlah berhijrah ke negara lain!

darahsatriadotcom.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...