Pages

Wednesday, May 15, 2013

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT KANSER


Rasa2nya dah pernah Kjee kongsi makanan yang menjadi pantang larang mereka yang sedang mengidap kanser. Tapi apa salahnya kita segarkan balik ingatan.  Apabila kita sudah tahu, elok kalau kita menjauhinya.

Tetapi Kjee rasa senarai bawah ini tidak lengkap. Kjee pernah diberitahu bahawa memakan organ2 dalam binatang jugak tidak elok. Begitu juga dengan pengambilan gula yang berlebihan. Begitu jugak dengan memakan ayam.

Apa2pun, selain daripada menapat nasihat doktor dan pakar2, mungkin senarai dibawah ini boleh membantu. Dan yang paling penting zikir dan berdoa. Mudah2an Allah swt dapat menjauhkan segala penyakit2 kronik dari singgah di depan pintu rumah kita.

Terima kasih kepada penyumbang senarai ini, Sari Ageguard.





Pantang larang orang Kanser

Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega dan lain-lain

Seafood : seperti Gamat, Ketam, Sotong dan Udang (makan ini dapat menyubur kan sel kanser terutama gamat )

Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat ( Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

Makanan seperti Daging merah wajib di elakan terutama Daging Lembu, Kambing, Unta , Rusa dan Khinzir.

Sayur dan Buah-buahan “bergetah dan berangin” seperti Nangka, Cempedak, Sukun dan kundur ( Menyebabkan Kesakitan dan berdenyut ).

Jangan memakan sebarang jenis Ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Sal
mon, Ikan kembung, Ikan Keli, Ikan patin dan Lain-lain ( Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser)

Ikan Kembung

Ikan Salmon



Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan sardin, buah laici dan jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mangandungi bahan pengawit.

Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakan untuk dimakan.


Segala jenis jeruk

Telor Asin



Begitu juga makanan yang di panggang dan di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang dan lain-lain harus di elakan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.



4 comments:

Sukma Haron said...

nice info....

Anonymous said...

salam..ikan salmon ikan bersisik.
harap maklum. sbb kalau beli ikan sekor nii saya kena buang sisik.
kat sini org putih goreng atau panfried kering so sisik ada.
kalau tak garing sangkut kat anak tekak..

kalau poach diaorg buang kulit.

fyi

Kjee said...

Ya betul Ikan Salmon bersisik tetapi sisiknya taklah sebanyak sisik ikan terubuk. kandungan Omega oil tinggi dalam salmon.

Anonymous said...

Quite the opposite, makcik saya, a cancer survivor kata pulak cancer dia relapse due to ikan pari dan ikan yg tidak bersisik lbh toksik dari ikan yg bersisik
Kalo ikut logic, mmg ikan yg hidup di laut dlm lbh toksik krn menyerap lbh byk logam berat spt merkuri dari laut
wallahu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...