Saturday, May 11, 2013

NAJIB LAWAT BEKAS MB KEDAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di George Town pada Sabtu. Foto BERNAMA







GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.

"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung. Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.

Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.

"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.

Najib berkata, bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan. - BERNAMA/mstar

1 comment:

  1. Najib sudah.. Mukhriz pun sudah! Anwar bila lagi? Nik Aziz macam mana? Hadi Awang bila pula? Adoyai.. Teruknya pemimpin Pakatan Pembangkang!

    darahsatriadotcom.blogspot.com

    ReplyDelete