Pages

Monday, May 20, 2013

SANGGUP KORBAN GAJI JUTA2





PETALING JAYA: Figura korporat Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan akan melepaskan gaji tahunan lumayan mereka apabila memegang jawatan dalam Kabinet yang baru.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Wahid memperoleh RM6.26 juta daripada syarikat perbankan gergasi itu pada tahun lepas, menurut data daripada Bloomberg.

The Star juga melaporkan bahawa Wahid menerima RM2.96 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011, yang merupakan tahun kewangan berakhir yang baru bagi kumpulan perbankan itu.

Jumlah imbuhan beliau ialah RM4.68 juta dan RM4.7 juta bagi tahun kewangan (berakhir Jun) 2011 dan masing-masing 2010, menurut laporan tahunan Maybank.

Kedua-dua Wahid dan Low telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Low pula menerima sekurang-kurangnya RM560,000 setahun daripada pelbagai jawatan korporat yang dipegang beliau.

Beliau dibayar gaji bulanan sebanyak RM30,000 sebagai Pengarah Urusan Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd dan RM200,000 setahun sebagai pengarah bebas daripada kedua-dua syarikat Sunway Holdings dan Pos Malaysia Bhd.

Bagaimanapun, Low, 66, yang juga Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), berkata beliau tidak menerima sebarang gaji daripada TI-M kerana ia adalah sebuah organisasi berdasarkan sumbangan dan kerja-kerja beliau adalah secara sukarela.

Sebagai menteri, Wahid dan Low kini akan mempunyai gaji tahunan minimum RM179, 642.40 (atau RM14,970.20 sebulan) dan juga RM49,353.48 (atau RM4,112.79 sebulan) setiap seorang sebagai senator.

Kedua-duanya juga layak untuk memperoleh beberapa elaun bagi tugas rasmi dan faedah lain. - mStar Online

1 comments:

Anonymous said...

jadi CEO ni memang le KAUT untung besar :) yer lah bukan senang nak jadi perancang untung rugi syarikat. Apa saja mampu di beli dan dimiliki .. anak isteri langsung tak perlu pikir pasal duit lagi dah ...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...