Thursday, May 16, 2013

TERIMA KASIH GURU...JASA MU TIADA NILAINYA!







Assalamualaikum.

Hari ini Hari Guru. Hari yang bukan sahaja dinanti2kan oleh semua guru kerana hari ini adalah hari jasa mereka dihargai. Baik yang masih mengajar atau yang sudah pencen.

Hebatnya kerjaya sebagai guru ini adalah, mereka akan terus dikenali dan disapa sebagai Cikgu sehingga ke nafas akhir. Tak ada istilah bekas guru seperti profesyen sebagai wartawan misalnya. Ehem ehem.

Apapun, Kjee bukanlah nak tulis panjang lebar mengenai sambutan Hari Guru yang pastinya meriah di seluruh negara hari ini. Anak2 didik guru pun suka sangat ketibaan Hari Guru kerana guru2 sibuk dengan aktiviti menyambut hari mereka. Dan anak2 didik tak perlu belajar hari ini walaupun kedatangan mereka adalah wajib!

Cuma Kjee agak terkilan malam tadi apabila Kjee post status Selamat Hari Guru di Facebook Kjee. Malam tadi, Kjee telah keluar sebentar dan lalu di satu deretan kedai2 pada kira2 jam 9.15 malam. Biasanya di ketika itu, beberapa kedai sudahpun tutup menjelang 9 malam.

Tetapi ada dua kedai yang menjual barang2 hadiah atau gift shop masih buka. Dan keadaan di luar dan dalam kedai agak sibuk. Kjee kemudian terpandang satu banner yang tertera perkataan Selamat Hari Guru. Terus Kjee senyum. Oh yang ramai tu sebenarnya sibuk at the last minute, nak beli hadiah untuk guru anak2 mereka.




Maklumlah, sampai sahaja rumah dari tempat kerja, anak2 dah menunggu di ambang pintu dan menjerit2 supaya ibu dan ayah cepat beli hadiah sebab esoknya nak beri pada guru. Okaylah. Dalam hati Kjee, kencanglah bisnes toke dua kedai itu.

Dan tanpa sebarang niat, Kjee menulis di FB apa yang Kjee saksikan dalam perjalanan pulang dari menemui seorang teman itu. Sepantas kilat, Kjee dapat respon dari status Kjee itu.


" jd cikgu ni jgn la demand mcm ni. kesian bdk2 yg xmampu. dr elok2 ikhlas nak bg hadiah, jd tbantut. adik sy pnh dpt hadiah pen sebatang je dr muridnya. kesian sgt, wlupn xmampu tp tetap nak hargai cikgunya. - 1

Zaman kita dulu satu murid beli satu hadiah jer utk cik gu fav. kan Kjee?, la ni habis semua guru yg mengajar nak diberi kan hadian. Tiap2 tahun dari tahun satu sampai tingkatan satu I kena sediakan hadiah. Pengsan! - 2

betul tu. dh jd trend skrg ni semua murid nak bg hadiah. stiap thn adik & adik ipar bwk blk hadiah smpai penoh kete kancil diorg. cukup 5 thn diorg dh buleh bukak kedai hadiah plak. apa2 pn.. selamat hari guru!  - 3

Saya masa sekolah dulu xde pun cikgu suruh2 beli...sb dia kenal ank murid dia ni bukannyer mempunyai family yg berharta....kenkadang belanja sekolah pun termist...hehehe...tp cikgu n ank murid skrg berebut nk bg hadiah kat depa.....ermmm" -4


Kjee rasa kalau Kjee seorang guru, 4 komen mereka ini begiitu memilukan hati Kjee. Tidak semua guru seperti guru anak2 mereka. Tetapi dek kerana seorang dua guru yang bersikap sedemikian, habis rosak susu sebelanga!

Bagaimanapun, Kjee rasa respon dibawah ini terhadap komen2 diatas, daripada beberapa orang guru, pasti dapat menyejukkan sedikit hati guru2 semua.


Norhayati Haji Othman Masa mula2 posting di Felda dulu, pernah dapat buah mangga Dan masakan daripada ibu murid, bersyukur Dan terima seadanya kerana jasaku bukan Minta dibalas. Hanya sebuah harapan agar anak-anak didikku berjaya.

Cik Bangkit Moncet Sy sbg guru x penah mintak apa2 dr pelajar sy.cuma satu pmintaan sy iaitu hadiahkan sy dgn keputusan yg cemerlang itu shj..rsnya ckgu yg minta hadiah tu hanya bgurau tp bunyinya kurang enak didengar itu sahaja..maaf la kalau sy salah..

Mona Riduan Kata-kata Kjee itu membina..... Betol apa yang akak katakan tu. Sebenarnya daripada pengalaman pernah jadi seorang guru, hadiah yang paling berharga buat cikgu-cikgu bila lihat anak2 murid berjaya dengan kehidupan masing-masing. Itu lah hadiah yang tiada nilainya..... Masa Hari Guru, ramai juga pelajar yang datang hantar kad yang diaorg buat sendiri.... yang itu pun Mona gantung kat bilik / cubicle Mona. They are so precious to me. Ada juga yang datang wish sahaja Selamat Hari Guru. Itu pun dah cukup berharga. Thoughts that count, Kjee.

(Komen Mona, respon dari komen Kjee..." Pemberian harus ikhlas. Kjee pasti guru2 tidak harapkan hadiah mahal2. Cukuplah kalau anak murid hormat guru dan tidak kurang ajar. Dan hadiah paling baik ialah cuba dapat markah terbaik dalam peperiksaan. Itulah hadiah tidak ternilai bagi guru!!!

Apapun, diharap ibu bapa tidak salah anggap entri Kjee ini. Kita semua pernah ada guru. Kita sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Sampai ke hari ini, banyak kenangan manis dan mungkin juga sedikit pahit (mungkin atas kesilapan kita sendiri) yang kita tidak dapat lupakan bersama guru2 kita.

Kita telah didik supaya menghormati guru kita kerana mereka adalah 'ibu kedua' kita. Pada Kjee, walaupun guru2 menerima gaji atas kerja2 yang mereka lakukan, tetapi seandainya mereka tidak ikhlas melakukannya, pasti anak2 kita tidak akan dapat menimba ilmu secukupnya!

Bayangkan, kalau anak2 kita muncul cemerlang, guru2 antara orang pertama yang memeluk, menggenggam erat tangan dan tidak kurang yang mengeluarkan air mata kegembiraan. Air mata mereka juga mengalir sekiranya anak2 didik gagal mencapai keputusan yang diharap2kan.

Kjee masih ingat kata2 seorang guru yang pernah mengajar Kjee di SM Air Panas Setapak dulu: "Of course saya masih ingat awak. Sepanjang karier saya sebagai guru, saya seringkali ingat 4 jenis anak2 didik saya... Pertama yang paling cerdik..Kedua yang mendapat kedudukan paling corot...ketiga yang paling baik, tertib dan hormat saya ... keempat yang paling nakal. Jadi, awak kena fikirlah awak jatuh dalam kategori apa..." 

Jadi di Hari Guru ini, sama2lah kita menghargai mereka. Usahlah nilaikan pengorbanan mereka dengan hadiah sebesar mana pun! Kjee sendiri pun tak pasti boleh mengajar anak Kjee, Nadia hingga menjadi berjaya dan  cemerlang dalam pelajarannya. Ini semua hasil bimbingan yang diterima dari semua guru2nya! Terima Kasih.

SELAMAT HARI GURU!




6 comments:

Anonymous said...

betul tu kak jee. masa zaman sekolah saya dulu (80-90 an) kita pelajar selalunya beri hadiah atau kad pada cikgu fav aje. masa tu cikgu cikgu pun tak ada lah kumpul hadiah. apa lagi kalau cikgu tu cikgu yang garang/tegas. tapi, bila nak tamat sekolah dan masa bersalaman dengan cikgu cikgu, cikgu yang tegas dan garang inilah yang paling touching dan caring. Ohhhh...rindunya pada cikgu cikgu dan alam persekolahan.

Anonymous said...

Just joking saja KJee, sambutan hari guru tak haram ke? sebab hari guru pertama disambut oleh orang2 bangsa Cina - penghargaan mereka terhadap Confucious! Joking jer!!!!

MoiMoi

aziekz said...

Betul...skang bdk2 sbuk nk bg hadiah ke semua guru....

Tp cikgu maklum bkn semua murid mmpu...
Dan di sek saya,,,,siap pesn awal2..jgn paksa mak ayah nk bg hadiah....nk bg pun.,,bg la kpd guru fav....sebab kesian tkut desak mak diorg penun kpala mk aysh klu ank 4,5....huhu..

Dan pesan cukup la sekadar mereka wish..dan kamu jd murid beradap...

masriyah khasim said...

salam k jee..
sgt terkesan dgn entry ni..
pd sy, x tergamak rasanya nk mnta hadiah dr murid2.
tmbhan lg, murid sy tdiri drp pduduk pulau n kbyknnya dr golongan ssh.cukuplah dgn mhadiahkan kejayaan dlm pelajaran.itu lbh bmakna.
demi utk mhargai jasa guru, mrk dgn rela hati bg hadiah pd guru2.sdgkn guru yg plg garang tu la plg byk hadiah yg dia dpt..
bak kata org2 dl, marah itu tandanya syg..

RINDU MAMA...semasa ada dihargai,setelah tiada jangan ditangisi said...

Salam kak jee..betuah nya jd guru...semua wish dan disambut besar2an..kami jururawat yg bersengkang mata menjaga pesakit dan menyambut kelahiran bayi macam dilupakan..hari jururawat pun ramai tak tahu..sob...sob..nangis ni kak jee...

dayang Citra said...

saya pun cikgu kak jee,tak pernah minta hadiah apa2.biasa tak dapat hadiah pun,dan kalau ada budak bagi beras baru dah syukur sgt.sb saya tahu budak2 tu bukan keluarga berada dan petani sahaja.Apa yg penting bagi saya ialah budak2 tu pandai.jadi sy ni kategori guru garang jugalah..haha..bukan apa,garang tanda sayang.saya sayang anak murid sy dan mahu mereka jadi manusia berguna.sangat sedih dan kecewa apabila murid yg sy kenal berpotensi di sk rendah hanyut bila masuk sk menengah dan ada yang berhenti sekolah awal.sy tak kisah bekas murid tak kenal sy lagi asalkan mereka membesar menjadi manusia yg berguna.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...