Pages

Saturday, June 15, 2013

ALAHAI NAJWA.. INI KES LEMBU PUNYA SUSU KE?





Mana ada penyanyi kita yang tak envy dengan segala pencapaian Yuna di Amerika. Kalau ada yang kata tidak, Kjee rasa dia tak cukup grey matter up there. Kalau diterjemah bahasa Melayu pasar, belum cukup otak!

Siapa tak nak berjaya macam Yuna. Kalau tak macam Yuna, macam Shila Amzah pun dah bagus sangat2 lah. Pasaran Negara China bukan kecik tau!

Tapi Kjee paling kesian pulak kat budak baru Najwa Latiff ni. Kjee bukanlah nak nak lemahkan semangat dia nak berjuang hingga ke taraf Yuna ataupun Shila. Jauh sangat lagi perjalanan awak. Kena kutip banyak ilmu, kena lakukan banyak pengorbanan dan yang paling penting kena buat banyak homework.

Sekarang ini tengah panas orang perkatakan mengenai sekumpulan pelajar2 di Amerika yang ramai2 menyanyikan lagu Sahabat yang dipopularkan oleh Najwa.  Lagu itu dirakamkan dan di upload kat You Tube.

Untuk pengetahuan semua, ada seorang pelajar Malaysia di sana yang bersusah payah mengajar teman2 bukan berbangsa Malaysia di sana  menyanyi dan merakamkan lagu itu. Tapi bila dah meletup, Najwa pulak tetiba amik kredit.

Ini gambar Ana Najia binti Sharin sedang mengajar kawan2nya lagu itu.



Cerita mengenai Ana Najia keluar dalam akhbar tempatan


Baca sini.

Pagi tadi Kjee dapat mesej dari ibu pelajar Malaysia itu.

Slm kak gee. Amy nak minta tlg kat kak gee. Sedih sgt dgn najwa latif penyanyi tu. Anak amy ada di US skrg..utk program xchange student. Dia ada ajar lagu SAHABAT nyanyian najwa ni kat students chorus group kat high school sana. Lagu tu dah meletup di youtube tp boleh pulak najwa tu berpura2 tak tau lagu tu anak amy yg ajar. Siap terharu sebak sdgkan dia dan kakak dia dah tahu dari awal menerusi twitter anak amy. Sakitnya hati bila dia berbangga sgt bila dia kata lagu dia dipilih di US tu. Sebagai ibu mesti la amy fhm mcmana perasaan anak amy tu. Ptg td radio era pun ada siarkan lagu tu dan maklumat tak betui la. Berita Awani pun ada.

Nama anak Amy, Ana Najia binti Sharin. Umur 18 thn..br dpt result spm. Hehee..10A. Dah 6 bulan belajar di Chariho High School, US. Melalui prog pertukaran pelajaran. Blk nanti nak sambung form 6 wpun dah dpt tawaran dr UIA. 
Huhhh..pnjg lebar ni sbb terkilan dgn najwa latip tu.


Minta sgt jasa baik kak gee bg penerangan kat blog atau fb kak gee. Jasa baik kak gee tuhan je yg dpt membalasnya.

Kita tunggu sahaja apa jawapan Najwa nanti yer. Apakah tanpa usaha anak Amy, lagu Najwa tu orang sana boleh kenal?

Jangan kerana lembu punya susu, sapi dapat nama....







3 comments:

Teena Tna said...

Bangganya mat saleh ni sume nyannyi lagu org Malaysia, tp kesian kt ana najla.

ibh_sue said...

Memang video tu tengah meletop pun..Tersebar kat fb..Tp tak sangka la pulak mcm tu ya ceritanya. Tp sue setuju juga dgn kak Jee, jauh lg perjalannya tu. Byk lg dia kena belajar. Bukan senang nak dapat tempat di negara luar.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Jee pengalaman pertukaran belajar adala satu pengalaman yang tak boleh dibeli denagn wang ringgit kerana saya adalah salah seorang peserta pertukaran pelajar keUSA pada tahun 1982-1983.
Pengalaman Ana Najia menjadi salah seorang pelajar diHigh School US tu takkan dapat dilupakan seumur hidupnya dan adalah satu pencapaian besar baginya bila pihak sekolah memilih untuk menyayikan lagu tu...Syabas untuk Ana...yang lain-lain tu tumpang kuah je le.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...