Sunday, June 9, 2013

AMENG YANG SENTIASA DIRINDUI




Dia antara penyanyi lelaki yang sangat2 Kjee minati di zaman kegemilangan lagu2 Balada dan Rock Kapak. Lagu2 Ameng Spring meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam jiwa Kjee. Antaranya Sampai Hati, Bougainvilla, Pesanan Buat Kekasih, Kita diTakdirkan Jatuh Cinta dan banyak lagi.

Kjee bukan sahaja suka lagu2nya tetapi berkenan sangat2 dengan karektornya yang lembut, kelakar dan suka sangat senyum. Jugak pandai masak. Kjee masih tak lupa ikan kembung celup tepung digoreng dan dicicah sama sos cili.

Anyway, apabila Kjee sudah berhenti menjadi wartawan hiburan, Kjee jarang sekali jumpa dengan beliau. Pun begitu, Kjee tidak pernah ketinggalan mengikut semua perkembangannya.

Sedih Kjee apabila dia melalui kegagalan rumahtangga pertamanya (masa itu Kjee sering jugak singgah di apartment mereka di Bukit Antarabangsa), gembira apabila Ameng bertemu jodoh dengan isteri kedua Sabariah dan kemudian Kjee sedih balik apabila Ameng ditangkap dan dipenjarakan.

Namun, ingatan kita semua terhadap Ameng tidak pernah pudar ekoran lagu2nya sering berkumandang di corong2 radio.

Kjee juga seringkali berkomunikasi dengan isterinya Sabariah di Facebook. Seorang wanita yang Kjee rasa juga lemah lembut macam suaminya. Tetapi pada Kjee, Sabariah adalah seorang wanita yang cukup tabah dan setia menunggu kepulangan suami tercinta.

Hari ini Kjee baca di mStar Online berita mengenai Ameng. Syukur Alhamdullilah. Baca di sini.



2 comments:

  1. dulu jamal abdilah pon cakap cenggini ..Tapi lepas tu berkali kali kluar masuk .Org yg hisap dadah ni bukan bole pecaya cakapnya .Slalunya mereka yg kluar ni akan di ekori oleh pengedarnya semula.Disinilah perlu ada kekuatan mereka utk mengelak ....... semuga ameng tabah...

    ReplyDelete
  2. kesian bila pikir nasib ameng kan kak jee??? lagu dia memang sedap-sedap...cuma dia tersilap langkah

    ReplyDelete