Pages

Thursday, June 6, 2013

ANAK REMAJA MJ CUBA BUNUH DIRI

Paris Jackson - foto google


Paris Jackson, anak Michael Jackson cuba membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya menggunakan pisau pemotong daging. Mujurlah dia segera dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam pengawasan pakar psikaitri selama 72 jam.

Paris, 15 tahun, dikatakan mengalami kemurungan sejak akhir2 ini dan seringkali mahu membunuh diri, kata sumber2 keluarga Jackson.

"Dia memotong pergelangan tangannya kerana dikatakan terlalu merindui ayahnya. Sebelum ini Paris juga pernah menjalani rawatan dan perhatian pakar jiwa. Walaupun keadaannya tidak stabil, namun ia suatu petanda remaja ini, memang perlukan bantuan," tambah sumber tersebut.

Ibunya, Debbie Rowe memohon agar media tidak mensensasikan berita ini kerana Paris kini stabil dan keluarga mereka memerlukan 'privacy'.

Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009. - AFP

Paris dan ibunya Debbie

4 comments:

Irfa said...

kesiannya
apa lah yg dia fikir masa nak potong pergelangan tangan tu ;(

siti farishah An said...

nampak macam die ni masih ade masalah jiwa kacau

Anonymous said...

KESIAN KAT DEPA... WALAUPUN ADA SEGALA2NYA, NAMUN JIWA KOSONG TANPA AGAMA

Anonymous said...

Bapak mereka dah lama meninggal, cerita2 buruk tak habis2 di ruang media, sekuat mana anak2 kecil ini dapat bertahan kalo siang malam cerita buruk di putar berkali2. Ada emak, tapi tidak dapat bermesra kerana undang2 mahkamah. Sedih .....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...