Pages

Friday, June 14, 2013

COOKIES ITA'S DELIGHT - SEDAP DI MATA SEDAP DIRASA



Rozita Kader


Kali pertama Kjee bersua dengannya ketika menghadiri majlis di Akademi Kulineri Chef Liza Zainol, setahun yang lalu. Kjee yang agak malu2 dan terpinga2 sebab tak kenal seorang pun dimajlis itu, tetiba disapanya dengan senyumannya yang manis.

"Kak, Saya Ita...Rozita Kader, teman Facebook Kjee." Dalam hati Kjee masa tu, laa pergi manapun ada teman FB follow. Hehehe.

Balik rumah terus capai lappy. Cepat2 type nama Rozita Kader. Itulah masalahnya kalau approve ramai sangat frens kat FB tapi apabila dah berlaga hidung pun tak kenal.

Semalam Kjee bertemu lagi tauke cookies terkenal di Selangor ini. Kjee malu sangat sebab tak buat homework sebelum menemuinya. Sangat low profile walaupun cookies air tangannya dah masuk Istana, dah jadi sajian VVIP dan dah terbang nun jauh sampai ke Brunei dan seberang tambak ke Singapura!


dari kiri: Mocha Swirl, Orange Bite dan Pandan Delights - antara fav Kjee






dari kiri: Red Pearl, Snow Almonds & Strawberry Fingers -  yummy







Wartawan kanan Kumpulan Karangkraf, Hajah Ct Arfah (Asst editor majalah Midi), adik angkat yang sudah berbelas (mungkin berpuluh) tahun yang Kjee tak temui, sudah ada di sana sebelum Kjee sampai (memang dah janji nak jumpa sana), menyampuk:

"Betul tu Kjee. Kita jer yang tak tahu rupa2nya...orang lain semua tahu.." Masa tu Kjee tak tahu mana nak sorok muka especially lepas satu, satu pencapaiannya diceritakan kepada kami.

Kalau tidak kerana Kjee nak jinak2 jadi agent jual kuih Raya tak de penyakit cari penyakit sebab diri pun bukannya sihat sangat , agaknya Kjee hanya berterusan kenal Rozita sebagai teman FB.

Bengkel Ita's Delight terletak di Lot 499, Jalan Sungai Berteh, Kelang. Tak susah cari kalau tahu...tapi semalam pilot Kjee, UnclePali tak tahu. Alhamdullilah tak sesat setelah Arfah yang ada di sana jadi co-pilot dan UnclePali jugak dapat bantuan Cik GPS.

Dari luar rumah separuh batu separuh kayu setingkat itu lagi dah semerbak harum aroma cookies yang sedang disediakan kira-kira 18 pekerjanya. Rozita tengah sibuk melayan pelanggan dan jugak Arfah dalam office comelnya di bengkel itu. Masa berbual dengannya, kejap2 ada call, kejap2 ada sms menandakan sibuknya wanita in. Patutlah setiap kali Kjee sms atau call seringkali lambat dijawab. Hehehe.

Usahanita berusia dekat2 lima series yang sangat fotogenik ini, dah buat kerja ni selama 12 tahun tapi hanya beranikan diri buka bengkel milik asal rumah neneknya 5 tahun lalu.


Rozita bersama sebahagian pekerjanya. Semua  cookies hand made!


Masa Kjee war2kan ada menjual cookies Hari Raya Ita's Delight dan telah merasa kesedapannya, ada jugak fren FB yang kata, sukar sebenarnya nak "percaya sampel cookies sebab apabila dapat cookies sebenar, rasanya lain.." Ramai dah terkena dan Kjee jugak salah satu mangsa..sebab itu lebih rela buat sendiri.

Ini jawapan Rozita.

"Ita heran jugak Kjee. Kalau ada yang dah pernah beli dan rasa produk Ita, pasti dapat mengesahkannya. Ita buat sampel dan cookies yang dijual dari resipi sama," tegas bekas setiausaha yang meninggalkan gaji hampir RM6,000 sebulan semata2 sebab minatnya dalam bidang membuat cookies.

"Itu mungkin species macam peniaga kat Chow Kit, Kjee. Jenis yang jual cookies 'rasa sama tapi bentuk biskut lain lain'. Malam Raya jual borong 3 bekas RM10," kata Arfah yang buat Kjee, UnclePali dan Rozita ketawa.

Kami turut dihidangkan dengan beberapa jenis biskut yang baru keluar oven. Panas2 lagi. Arfah jamah sebiji dan angkat kening, terkejut dengan kerangupan dan keenakan rasanya. Kjee yang dah rasa sampel beberapa hari lepas, takut2 berani makan. Hmmm bukan nak jaga badan tapi jaga penyakit. Hehehe.


Kiri Hajah Ct Arfah Asst Editor Majalah Midi Karangkraf


Untuk Hari Raya, Rozita telah menyediakan 26 jenis cookies yang bukan sahaja sedap mata memandang tetapi sedap bila dimakan. Banyaknya jenis! Harga antara RM26 - RM28 untuk satu bekas yang mengandungi antara 42 hingga 52 keping setiap satu.Senarainya boleh dilihat dalam blognya  Ita's Delight. Jugak boleh jadi fren Ita di Facebook Rozita Kader dan intai cookies yang dijualnya.

"Customer pun banyak kerenah Kjee. So Ita nak bagi mereka pilihan."

Memang rambang mata. Setiap cookie berlainan tekstur, rasa dan warna. Rozita juga rupa2nya ada membuat kelas untuk mereka yang berminat belajar membuat cookies. Bagaimanapun, menjelang Ramadhan sudah dihentikan sementara kerana tidak menang tangan.

Hmmm itulah kesahnya. Hanya orang macam Kjee dan Ct Arfah tak tahu siapa Rozita pemilik Ita's
Delight ni. Satu Malaya, Singapura dan Brunei dah tahu. Tapi sekarang kami dah tahu! Hehehe.


Besarnya oven


Kalau ada yang nak order cookies Ita Delight, sekitar lembah Kelang, bolehlah order dengan Kjee. Nanti Kjee akan umumkan di mana Kjee berada menjelang Raya nanti untuk collect. Sms Kjee 0126780501.

Dan mereka yang di luar kawasan Kjee, hubungi sendiri Ita Delight  www.ita-delight.com atau emel itasdelight@gmail.com. Rozita mempelawa mereka yang ingin menjadi agent pengedar, menghubunginya segera kerana pesanan terakhir diterima untuk peniaga ialah 1 Ramadhan. Lain2 butiran akan diberitahu setelah menghubungi beliau di 0176757329.

Tengok gambar2 dah terliur. Bayangkan kalau makan sambil hirup secawan teh O atau kopi O panas. Kebaboooom. Hehehe.









3 comments:

Lydia Miza said...

Maju sungguh bisness dia ye kakjee. Oven besar sungguh, lawa2 pulak tu biskutnya.

Wahh lama sy x nmpk muka kakjee , entri kali ni baru dpt tgk. Moga kakjee sht sentiasa..

Mlm td buat tart nenas nyonya resepi yg kakjee share tu. berkali2 buat pki resepi tu. mmg sedap. Tq kakjee

Asyrani Hanis said...

Orgnya mmg peramah.. sy bersyukur kerana berpelung belajar buat pelbagai jenis semperit.. Alhamdulillah tahun ni semperit untaian permata menjadi cookies meletop produk sy. Fb : Misstery Homemade Sweet

roza said...

Bisnes masak2 sangat laris sekarang...kelas mereka laju macam goreng pisang panas...walaupun hanye kelas buat donut dengan toping biasa2 je...masih ramai kakak2 yg berebut2 nak join .....satu perkembangan yang positif.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...