Pages

Sunday, June 16, 2013

ELAKKAN AKTIVITI LUAR. UDARA TIDAK SIHAT KERANA JEREBU

gambar hiasan ketika KL teruk dilanda jerebu










Kalau negara kita dilanda jerebu, selalunya ia dikaitkan dengan pembakaran hutan di Sumatera. Apabila negara mula dilanda jerebu beberapa hari lepas, rupa2nya berlaku kebakaran dalam negara. Apakah hanya kebakaran dalam negara atau dicampurkan dengan pembakaran hutan di negara jiran?

Apa2pun, esok hari kerja dan sekolah, jadi harap2 di kawasan2 yang terbabit dengan jerebu, elakkan aktiviti luar. Sekiranya perlu menjalani aktiviti luar, seelok2nya memakai penutup hidung.

Ini berita yang Kjee copy paste dari mStar online.


Bacaan Udara Tidak Sihat Dikesan Di Enam Kawasan

PETALING JAYA: Keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung Malaysia dengan enam kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.

Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan satu nasihat umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya mengelakkan aktiviti luar.

Pada pukul 11 ​​pagi Ahad, Jabatan Alam Sekitar mengesan bacaan kualiti udara yang tidak sihat bagi Pelabuhan Klang (104), Melaka (129), Linggi (117), Sungai Udang (120), Muar (125) dan Kijal (101) dengan kawasan lain di Semenanjung menunjukkan tahap yang baik dan sederhana.

Pihak berkuasa kesihatan sedang memantau keadaan dan akan mengeluarkan lagi nasihat awam dari masa ke semasa.


1 comments:

Nour Madihah said...

Saya sayang Kak Jee...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...