Pages

Sunday, June 16, 2013

FIRST TIME BUAT NASI DAGANG KELANTAN + GULAI IKAN TONGKOL




Kjee tak pernah konfiden nak buat Nasi Dagang. Tak tahu kenapa. Tetapi setelah mencuba hari ni, rupa2nya taklah susah sangat.

Kjee selalu buat Nasi Lemak Kukus atau pun kaedah sama untuk buat Pulut Kuning, so actually cara sama buat Nasi Dagang. No hal punya!

Kalau tak silap Kjee lah Kjee ada baca somewhere yang kononnya nak buat gulai ikan Tongkol untuk makan dengan Nasi Dagang harus ada rempah. Dan rempah yang sedap hanya dibuat oleh pengusaha rempah di Pantai Timur.

Itu yang buat Kjee runsing nak buat Gulai Ikan Tongkol. Kjee ingat perlu rempah. Tapi apabila Kjee surf internet dan intai2 resipi lauk tu, hmmm rata2 mereka guna bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, cili kering dan santan. Dan of course ikan tongkol.

Habis tu, kalau bahan2 semuanya yang mudah diperolehi malah sentiasa duduk menunggu di dapur, kenapa pulak ada rempah kan?

A few days ago Kjee pergi ke Pasar Keramat beli beras Nasi Dagang walaupun UnclePali kata beras pulut dan beras Basmathi ada kat rumah, adjust jerlah buat Nasi Dagang warna putih. Tapi Kjee tak puas hati. Alang2 buat first time, biarlah guna bahan2 yang lengkap. Ewah kononnya! 

Sahabat Kjee Wan Noor Rizan cek mek molek Kelate yang molek sungguh kebetulan call malam tadi masa Kjee terpinga2 nak tahu berapa jama perlu direndam beras nasi dagang tu. Rendam sebelum tidur, Kjee, kata Wan.






Kjee pun rendam sekilo. Pagi tadi Kjee kukus macam Kjee kukus pulut kuning. Cuci beras yang telah rendam, tos seketika, campur bawang merah dimayang halus dan halba dan kukus dalam kukusan yang berlapik daun pisang kira-kira 30 minit.

Lepas 30 minit, Kjee keluarkan  beras itu ke dalam besen dan masukkan 1 cawan air, gaul rata dan kukus balik kira-kira 20 minit.

Selepas itu, sediakan santan. Kjee guna santan kotak. Campur 1 kotak santan dengan 1 cawan air dan garam mengikut rasa. Keluarkan nasi yang dikukus dan bubuh dalam besen. Kemudian dicurahkan santan bergaram tadi. Gaul hingga sebati dan kembali kukus selama 30 minit.

Apabila dah puas hati nasi dagang dah masak, padam api.

Masa menunggu Nasi Dagang tadi siap masak, Kjee sebenarnya terus sediakan bahan2 untuk buat gulai. Kjee guna 6 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, 1 inci halis, 1 inci lengkuas, 2 inci kunyit hidup, 10 batang cili kering. Semua bahan ni Kjee blend sampai halus.

Kemudian Kjee bubuh semua bahan kisar dalam periuk dan masukkan 2 cawan air dan didihkan. Apabila mendidih, Kjee masukkan 1 kotak santan dan terus didihkan guna api sederhana. Apabila sudah mendidih, Kjee masukkan ikan tongkol dan 2 keping asam gelugur.



Rebus hingga kering airnya



(Untuk pengetahuan semua, ikan tongkol telah Kjee rebus bersama 3 keping asam gelugur  dan sedikit cuka hingga kering airnya. Kemudian selepas sejuk, Kjee simpan dan peti ais).

Masak gulai ikan tongkol tu guna api perlahan kira-kira 20 minit, bubuh garam secukup rasa dan sedikit gula. Sebelum padam api, Kjee masukkan segenggam kacang panjang yang Kjee potong 1 inci panjang, 15 biji cili api dan 3 biji cili hijau. Biarkan masak 3-4 minit, baru padam api.

Makan dengan jelantah atau acar mentah timun dan carrot. Kjee tambah telor rebus dan ayam goreng.







7 comments:

roza said...

lapar peruttt....

Suzie said...

Mil saya ajar guna beras wangi Je. Ikan pla rebus sehari smlm dimasak . Saya rebus dgn lengkuas asam daun pandan Cuka Dan gula Melaka.

Anonymous said...

salam kenapa tak guna nama glamour? tuna.

Norzila Zakaria said...

sedapnya kak jee..zila suka nasi ni..tapi lum penah try..bila kak jee ckp senang rasa nak p cari beras dia..

Anonymous said...

meh cni nak turun ilmu...
dalam santan yang digaul dengan nasi tu orang taruk halba dgn halia gak..
rempah yang dimaksudkan tu adalah ketumbar..ambil sedikit, goreng hingga wangi pastu tumbuk, campur dalam kuah gulai ikan tongkol tu..ikan rebus tu biasa orang taruk garam, asam keping dgn nisan (gula melaka)..sekian

Anonymous said...

X pyah gna mnyak kew..kiranya masuk bahan yg dkisar ngan air terus rebus smpai didih...mknanya xda rempah la...

Anonymous said...

saya suka yg kak jee masak ni. ni namanya gulai darat style....hehe.mmg takde rempah...salunya takde halia dan bwg putih.pakai bwh merah,lengkuas,cili kering,kunyit,asam keping.
yg ada rempah tu style lain,kena tumis. rempah tu kombinasi ketumbar+jintan manis+jintan putih disangai dan ditumbuk atau pakai blender kering.tumis rempah skali ngan bwg merah+bwg putih sikit+kari ikan+kari ayam/daging+lengkuas+halia+cili kering.nanti letak gula melaka dalam kuah yeh.insyaallah sedappp

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...