Pages

Friday, June 21, 2013

IKAN BAWAL HITAM MASAK KICAP PEDAS






Tadi masa pergi Hero Market, tetiba ternampak ikan Bawal Hitam. Selalunya Kjee masak kari favorite UnclePali ataupun Sweet Sour,  favorite Nadia. Tapi takkan nak layan tekak orang lain jer kan? Bawal hitam masak kicap pedas ni kesukaan Kjee.

Ini resipi yang mudah dimasak kalau tiba angin topan malas melanda. Nak makan kat luar, jerebu kuat. Mata dah gatal2. Nak suruh UnclePali tapau lepas balik Mesjid, nanti sampai rumah dah sejuk. Eh banyak songeh dan cerewet, so masak jerlah sendiri kan!




Sampai jer rumah tadi, UnclePali tolong siang 2 ekor ikan bawal dan bubuh kunyit garam. Terus digoreng ikan tu tiga suku masak. Kjee pulak blend cili kering, potong bulat 3 labu bawang besar, hiris halia dan bawang putih dan tumis.

Kjee masukkan dulu kira-kira 3 sudu besar cili kisar. Apabila dah agak garing, masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan jugak 1 batang kayu manis dan 2 bunga lawang. Apabila bawang dah layu, masukkan 1 cawan air.








Apabila dah didih, masukkan 1 cawan kicap manis. Biarkan didih sikit lagi, kemudian masukkan ikan bawal. Perlahankan api. Apabila merasakan kuah kicap tu dah meresap ke dalam ikan, padam api.

Itu jer. Tadi plan nak buat lobak putih masak air tapi tak larat. So UnclePali tumbuk cili padi dan buat sambal mentah tempoyak. Makan dengan Timun Jepun.









6 comments:

Diriku Ashikin said...

kakjee...tq ye..sy jumpe post akk ni disaat dah xtau nk masak ape..da try resepi nih....mmg sedap...alhamdulillah kenyang berbuka hrni tq2

Anonymous said...

Tq kgee. Sedap resepi ni. Xtahu nk msk aper utk sahur. Cuba resepi kgee memang mudah, cepat n sedap...

Kb Zhafri said...

sedapnye...saya ambil resepi boleh?

Kjee said...

amik jer lah. Tak ada masalah. Hehehe

Anonymous said...

Tq kgie..

MaMa MuRsYiD said...

Dok tenung ikan bawal dari tadi .. Tapi x juga dpt ilham nak masak apa ikan bawal ni. Jumpa resepi kak jie ni.. Hah terus zasss .....siap bawal kicap pedas.. Hehe... Tq kak jee��

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...