Pages

Thursday, June 20, 2013

IKAN KOMBUNG LOMAK PODEH NISMILAN






Hari ini masak makanan yang cukup sinonim dengan orang Nismilan (Negeri Sembilan). Sebut jer Masak Lomak Cili Api atau Cabai Burung atau Cabai Melaka, omak2 dan abah2 pasti torsonyum. Kena buek pokat2 dan podeh2 baru sodap.

Eh betul ke slang nogori den? Hantam sajalah labu.








Masa Kjee ligat berlakon dulu, selalu jugak shooting kat Nismilan. Kek (dekat) Pilah (Kuala Pilah), Jolobu (Jelebu), Somban (Seremban), Seri Monanti (Seri Menanti) dan kek mano laie, ese dah lupo.

Kalau shooting kat rumah kampung, Kjee mesti jenguk kebun belakang dapur rumah dia orang. Penuh dengan pokok cili api, pokok kunyit dan serai. Pastu pokok kelapa adalah sebatang dua. Dan kalau ada pokok kelapa mesti ada mesin kelapa. Kalau tak ada, mesti ada kukur kelapa.








Maknanya orang Nismilan kalau nak buat Masak Lemak Cili Api bukan main mudah. Main petik2 cili api, daun kunyit dan buahnya serta kait kelapa kek belakang ghumah.. Hanya perlu beli ikan. Kalau masak lemak ayam kampung, disalainya dulu. Adoi...maleh nak citor!

Kalau buat rendang daging dia orang campakkan jugak kacang panjang last minute sebelum rendang masak. Kenangan mengusik jiwa sebab masa kecik2 (belum sekolah lagi), kami sekeluarga pernah tinggal kat Pilah dan Somban. Dua adik Kjee lahir di Nismilan. Sorang di Pilah dan yang bongsu kek Somban.

Ini nak citer pasal famili ke pasal lauk Masak Lomak Cili Api? Oppps korang perasan dah tersasar yer.

Hari2 citer pasal resipi boring gak sebab lauk ni dah banyak ulang tayang. So korang tengok jer lah resipi dia kek sini. Hari ni Kjee guna 1 setengah kotak santan. So my lauk very de pekat, podeh dan sooo gud. Hehehe.







4 comments:

Shiela said...

Pergghh.. Terkedu memandang.. Nengok pun tau sodap ni.. Belimbing buluh tu lg laa mantop..

Ms Haslina said...

as salam kak jee.
mmg true story part keadaan rumah di kg org nismilan tu.
kak jee lupo citor part belimbing tu.

selain belimbing, sodap gak lotak hirisan daun pucuk gelogur, buah bacang mudo ko. masam2 sumo.
botul tak kak jee.

FIERA said...

kak, kalo omak fira, di salai eyh dulu ikan kombong tu.... hihihi raso salai2 kuah eyh tu yang sodap tu....

solehah comel said...

waaah tekecor lidah den nengokkan lomak cili api kombung kjee tu... cayalahhh kjeee... mmg hebat....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...