Pages

Wednesday, June 12, 2013

MI WANTAN BERSAMA SUP DUMPLINGS






Hari ni masih mood nak makan Chinese Food. Mi Wantan atau  Wantan Mee with Dumplings Soup adalah makanan favorite Kjee dan Nadia. Dulu kami selalu saja makan di Medan Selera Pertama Complex.

Tak ramai peniaga Melayu yang pandai buat Mi Wantan ini walaupun pembikinannya cukup mudah.

Kjee buat Mi Wantan bersama sup dumplings buat pertama kalinya hari ini. Tanpa resipi khusus, Kjee macam biasa 'hantam sajalah labu'. Dan hasilnya cukup memuaskan. Kalau UnclePali makan sampai dua pinggan, maknanya sedaplah kan! Hehehe

Dumplings yang Kjee buat sup ini adalah baki dari yang Kjee buat minggu lepas. Lihat sini. Kjee bekukan dalam freezer. Timbul minat nak buat Mi Wantan bersama sup dumplings masa Kjee intai freezer dan nampak wantan beku yang hanya tinggal 12 biji.







So pagi tadi apabila keluar dengan UnclePali, Kjee ajak dia singgah Hero Market beli Mi Wantan, cendawan shitake kering dan cili hijau untuk buat cili jeruk. Tanpa cili hijau jeruk, tak sedap tau.

Sampai rumah Kjee rendam cendawan, rebus sekeping daging ayam bahagian dada bersama tulang ayam untuk buat sup. Air rebusan ayam perlu dibuat awal supaya tak kelamkabut last minute.

Selepas Maghrib tadi, Kjee pun mula projek.

Mula2 buat cili jeruk. Sebenarnya cili jeruk ini elok dibuat sehari sebelumnya. Kjee potong 6 biji cili hijau, bubuh dalam mangkuk dan curahkan cuka menutupi cili. Bubuh juga satu sudu kecil gula putih. Kacau hingga gula larut dan ketepikan.

Untuk sup, Kjee ketuk 4 biji bawang putih dan tumis guna sedikit minyak (Kjee guna minyak Zaiton). Kemudian Kjee masukkan dalam air rebusan tulang (keluarkan ayam dan rangka ayam yang telah direbus untuk buat sup tu). Kjee bubuh garam dan sedikit msg serta lada hitam. Didih seketika. Kemudian masukkan wantan dumplings dan setelah mendidih, titiskan sedikit minyak bijan dan padam api. Sup dah siap.

Langkah seterusnya, sediakan sos kicap. Kjee letak 1 sudu kicap pekat, 4 sudu kicap manis dan 3 sudu minyak bijan dalam mangkuk dan kacau rata. Tepikan.

Dada ayam yang telah direbus, dicarik2. Boleh jugak goreng ayam dan carik2 selepas sejuk.

Kemudian Kjee rebus air dalam periuk. Apabila mendidih, Kjee bubuh sedikit garam dan rebus cendawan Shitake yang telah Kjee rendam kira-kira 4 jam. Apabila sudah lembut, Kjee keluar dan sejukkan. Dah sejuk, perah dan buang air cendawan. lepas tu hiris atau boleh biarkan sebiji2.

Kjee guna air rebusan sama untuk celur sayur sawi bunga yang Kjee potong buang pangkal sahaja. Celur sekejap sahaja, iaitu separuh masak. Keluarkan dan sejukkan.







Masih menggunakan air rebusan sama, Kjee kemudian rebus mi wantan. Kalau korang tengok gambar, sepeket mi wantan itu boleh dipecahkan kepada 4 bahagian. Kjee ambil satu sahaja dan rebus selama kira-kira 3 minit atau sampai kenyal. Jangan terlalu lama nanti lembik.

Selepas itu, cepat2 tenggelamkan mi wantan itu dalam bekas air yang telah diletak sedikit ais. Rendam seketika sahaja iaitu untuk hilangkan panas (kira-kira 1 minit untuk stop the cooking process), toskan dan letakkan dalam mangkuk.

Kemudian curahkan kira-kira 3 sudu sos kicap kedalam mi wantan yang telah direbus. Guna garfu atau chopstick untuk golekkan pantas2 mi dan sos kicap hingga sebati.

Letak di atas pinggan dan mulalah hias. Bubuh ayam yang telah dicarik, sawi, cendawan (boleh dibiarkan sebiji2 atau dihiris) dan juga letakkan sup dumplings dalam mangkuk dan ditabur bawang goreng dan daun bawang.

Makan sebaik sahaja dihidang bersama cili jeruk. Nak lagi umppph, buat cili jeruk guna cili padi atau cabai burung.

Ini sebenarnya menu yang simple tetapi sedikit renyah kerana banyak yang perlu disediakan.

Selamat mencuba.











10 comments:

adda syuhada said...

salam kak jee..
nampak cam sedap jer mi tu..

intandayani said...

lme da tau kak jee sy cari resepi mee wantan..tp akhirnya jumpa kt sini..thanx kak jee..sy ni memang peminat mee wantan

ERIN said...

assalam kakjee,

mi wantan ni atau kalau kat ipoh tu mee kicap ye? pasni nak tgu kakjee share camne buat mee kolok pula

solehah comel said...

eeemmmm!!! yummy nyer kjee.leh wat menu bebuka pose...hihihi...
kawan-kawan sudilah melawat blog saya yg baru nak bercambah di sini ya:http://raihanahkusayang.blogspot.com/
t.k kjee

Norlidawati Jaafar said...

ehmmmmmm besnye kak jee
terliur ida melihat nye
boleh test ni
jemput ye meriahkan blog ida ye
ida ni newbies blogger
umielman.blogspot.com
tq coz sudi nak jadi kawan ida ye

erinne hussin said...

sedapnya kak jee

radz kaber said...

terliur tgk mee wantan nie... bole cuba wantan mee nie... nak cari yang halal jual kat kedai tk tahu kat mana...

www.mnmforlife.blogspot.com

hsaid said...

aku akan cuba selama nee kalau nak makan mee wantan terpaksa ka kedai halal chinese food

Bali Tour said...

Great Article :)
Thank you for the recipe
I will try to cook

nor shafina said...

Alhamdulillah dah try resepi kak jee untuk berbuka tadi..sedap sangat. terima kasih kerana berkongsi resepi dengan jelas sekali. Senang nak ikut. Fina tiru sebijik2. Memang jadi. Puas makan buat sendiri. Tq kak jee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...