Pages

Saturday, June 1, 2013

MIHUN PUTIH KESUKAAN ANAK2






Dulu2, kalau Kjee malas nak memasak, ini antara menu favorite Nadia. Mihun goreng warna putih yang tak pedas. Kjee namakannya Mihun Putih.

Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati Foodcourt dulu, Mihun Putih ini bukan sahaja diminati oleh kanak2 tetapi mak ayah mereka jugak suka. Malah kalau dia orang buat birthday parties, ini antara menu yang di order.

Tapi ada jugak antara customer Kjee yang kata Mihun Putih ini Mihun Singapura. Entahlah. Kjee pun tak pernah makan Mihun Singapura. So Kjee tak tahu samada yang Kjee buat ni sama dengan yang dibuat orang Singapura.

Hari ni my princess yang masak. Mama relax jer. Apabila dah siap, Kjee baru perasan yang mihun yang Kjee beli jenis yang tak berapa elok. Kalau kualiti yang baik, ia tidak akan putus2 masa menggoreng. Tak ingat pulak beli jenama apa.

Cara masak Mihun Putih ni senang jer. Nak bagi resipi pun malu kata Nadia...macam main2 jer. Tapi masa Kjee update status kat Facebook kata nak buat mihun putih ni, ada yang nak resipi. Okaylah kita tengok bahan2nya:





BAHAN2NYA


1.   air rebusan tulang ayam
2.   udang
3.   isi ayam
4.   bebola ikan (kalau suka)
5.   sawi
6.   Setengah peket mihun direndam
7.   ajishio blackpepper
8.   sos ikan/nampla
9.   sedikit minyak bijan
10. 4 ulas bawang putih (diketuk)
11. daun sop/daun bawang/bawang goreng utk hiasan



CARA MEMBUATNYA:

Ketuk bawang putih. Tumis dalam kuali bersama sedikit minyak. Pastu bubuhlah ayam. Bila ayam dah nampak masak, masukkan udang dan fishball. Jangan terlalu masak (overcook) udang nanti keras, pastu masukkanlah air sup (agak jer). Air sup rebusan ni untuk lembutkan mihun jer. Masukkan sawi dan mihun, satu sudu teh aji shio blackpepper dan sedikit sos nampla/ikan. Ajishio agak masin so jangan berani2 sangat bubuh sos ikan. Gorenglah sampai rata. Apabila mihun dah cukup masak, titiskan dengan sedikit minyak bijan. Lepas itu hidangkan dengan dihias daun sop atau daun bawang dan bawang goreng. Sedap makan dengan cili api potong bubuh sos ikan ataupun cili jeruk.





2 comments:

Mon MonaLea said...

Saya suka masak n mkn mihun putih ni...senang nak membuatnya...

Irfa said...

sy lebih suka bihun putih dr bihun yg letak cili kering tu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...