Pages

Friday, June 14, 2013

NAMA GEMPAK TAPI LAKONAN LEMBU YANG DIPAKAIKAN BAJU LAGI ELOK!






Apabila Media Prima umumkan rangkaian TV mereka akan hanya mengambil pelakon2 yang 'ada nama' isyhh bukan ke semua orang kena ada nama kalau tidak camner  nak keluar surat beranak?, Kjee rasalah ramai yang akan terasa penangannya.

Baca sini.

Kjee bukan cakap bagi pihak diri sendiri sebab kita dah pencenkan diri sendiri walaupun masih ada pengarah yang panggil berlakon. Kjee hanya luahkan isi hati teman2 Kjee yang 'tak ada nama' serta jugak kesukaran Produser dan Pengarah dan Pengurus Produksi drama mendapatkan pelakon2 pilihan Media Prima.

Perkara ini bukan baru tetapi dah lama berlaku. Cuma hari ni jer bos Media Prima, Ahmad Izham Omar umum secara terang2. Ia sebenarnya sudah berlaku sejak zaman Kjee jadi pelakon dan juga jadi Pengurus Produksi Drama lagi. Bayangkan berapa lama dah berlaku kan!!

Rata2 masalah yang berbangkit ialah apabila kita serah skrip dan nama pelakon ke stesyen berkenaan. Selalunya, Produser dan barisan petugasnya akan menyenaraikan nama2 pelakon yang dirasakan sesuai untuk bawa watak yang dikehendaki dalam skrip.

Fazura - ada nama ada bakat


Produser pilih pun ikut budget. Mereka senaraikan Hero dan Heroin yang ada nama. Tapi yang pelakon pembantu, ikut kesesuaian watak dan juga budget. Ala hero dan heroin dah bayar gempak, yang pembantu, biase2lah jer kan!

Tapi bila sampai di pihak stesyen, kalau mereka tak berkenan dengan senarai pelakon yang mereka rasa 'kurang bernama' dan tidak boleh 'naikkan rating', sorrylah kena cantas. Produser pepandailah cari pelakon  yang mereka berkenan. Atau mereka sendiri yang tetapkan siapa yang mereka rasakan sesuai.

Dalam pilih punya pilih skrip dan pelakon yang mereka berkenan tu, usahlah dabik dada kata drama keluaran stesyen tu bagus sangat. Especially slot cerekarama yang ditayangkan malam minggu. Biasanya, Kjee hanya tonton 10 hingga 15 minit pertama, lepas tu tekan remote ke channel lain!




Shaheizy Sam Gred A+

Berbalik kepada pemilihan pelakon ada nama dan tak ada nama. Si pelakon yang ada nama pulak, apabila dah tahu nama dia orang dalam tersenarai dalam Gred A stesyen TV, mulalah naik tokcang. Letak harga melambung2 sampai tak masuk akal, minta baju sponsor, mekap mesti jenama kelas dan macam2 lagi!

Atau ada jugak pelakon species tadi yang terima aje semua tawaran walaupun masa pembikinannya sama atau hampir2 sama. Dia sign kontrak dan kata dia boleh 'deal' dengan pihak lagi satu untuk lepaskan dia berlakon. Dan bila tiba hari tersebut, batang hidung tak nampak. Pastu hantar sms kata sakit dan ada MC!

So pada Kjee lah, cara stesyen hanya ambil pelakon yang 'ada nama' tidak elok untuk perkembangan industri.

Bukan semua pelakon ada nama ada bakat yang boleh dibanggakan. Ada yang bakatnya.. ala2 lembu dipakaikan skirt atau dipakaikan kot pun, boleh berlakon lebih elok!!

Maaflah. Itulah yang sebenar2nya berlaku dalam industri pembikinan drama tanahair yang tidak diketahui penonton TV. Please step in SENIMAN!!!

Kalau korang tengok muka tu jer asyik enter frame setiap drama, korang pepahamlah ye.

DIA ORANG JER YANG ADA NAMA! Yang lain Anonymous!




9 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

pendapat saya la kakjee.. yang berbakat walau nama tak gah kalau kita selalu ketengahkan nanti popular jugak dia.. sekarang ni orang boleh terima sesapa saja yang boleh bawak watak sampai terkesan pada orang yang menonton.. Kalau dok highlight retis yang bakat ala2 tiang letrik baca skrip.. sampai bila pun yang berbakat tak mampu mencipta nama se gah mereka yang popular tapi tak berbakat cuma bersepah dengan kontroversi murahan

Kjee said...

Yang suka skandal, suka buat kontroversi pun station tv suka sangat tau!

||aLeaSaRa|| said...

salam kak.yelah sekarang tengok drama pun dah bosan.ketara asyik pelakon tu je keluar tv3.banyak lagi pelakon lain,kan.kita ada ramai muka baru.sekarang saya cuma tengok drama fazura dan sam tu je he3..

Anonymous said...

salam kak jee..akhirnya kak jee buat entry pasai ni.terima kasih..sungguh la kak jee,serius saya sekarang pun dah naik jemu tengok drama2 kat tv3 sebab asyik muka pelakon yang sama ja berlakon.astro pun sama jugak..waktu siang atau petang dia ada,malam pun ada.slot ni dia ada slot tu pun muka dia gak..jemulah nak tengok pelakon cantik2 tapi berlakon x kemana..x best langsung.,dah la jalan cerita balik2 lebih kurang sama.tolonglah stesyen tv terutamanya tv3 bagilah peluang ka orang lain sama..tak semestinya yang cantik lawa tapi belakon entah apa2..boleh naikkan rating..jemu sangat2 tengok muka sama bertempek dalam setiap drama kat stesyen tu..
HANI

Anonymous said...

i was just thinking, kalau macam ni lah gayanya, macam mana lah kita nak cari lagi hidden gem macam aktres adam dan hawa tu...

Anonymous said...

ada bakat tapi tak ada nama....macam mana penonton nak nilai bakat kalau tak ditonjolkan dlm drama... azwiusa

Anonymous said...

kak jee... kalau silent reader for ur blog dari oversea nak order 4LIFE transfor macam mana...i went to their website in US version.. u can't order unless u enroll membership.... i just want to try the product first... weird... this product not that famous unless i ni yg dlm tempurung version midwest usa.... zack

Kjee said...

Salam Zack. Can you email me fauziah.samad@gmail.com. Tq.

Anonymous said...

bosan tgk crita melayu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...