Saturday, June 15, 2013

SAMBAL TUMIS UDANG BUBUH PETAI






Lunch Kjee yang paling simple setakat ini. Nak kata malas tak lah pulak tapi hanya selera nak makan sambal tumis udang bubuh petai dan ikan Pelaling goreng. Kalau ada yang masih tak kenal ikan Pelaling, ia adalah ikan kembung yang kecik2 tu.

Kjee hanya buat sambal udang dengan petai. UnclePali rebus sikit petai, goreng ikan dan buat sambal belacan bubuh belimbing. Eh belimbing kecik tu belimbing besi ke buluh? Ahhh hantam sajalah labu.

Korang nak resipi sambal, klik sini. Itu jer. Dah letih. Malas nak story.


Rebus sampai airnya kering

My petai jeruk

Oh ya tadi Kjee rebus ikan tongkol nak buat Gulai Ikan Tongkol ala Kelantan nak makan dengan Nasi Dagang, untuk brunch esok. Malam karang baru masak gulai, Esok lepas subuh, nak buat nasi dagang pulak.

Selain tu, petai yang Nadia beli kat Chow Kit malam tadi ada baki 3 papan, so Kjee masukkan dalam botol dan buat petai jeruk. Sebab tu penat kot. Hehehe.





0 comments:

Post a Comment