Pages

Monday, June 10, 2013

STIR FRY SAYUR TAU MEU






Tiap kali singgah di mana2 pasaraya, Kjee akan nampak sayur ni. Dan tiap kali Kjee hanya pandang jer sebab otak tak boleh register nak masak cara apa.

Sebenarnya, Kjee pernah makan sayur ini masa pergi makan Bubur Nasi berlauk di Kak Mah Tom Yam, Kampung Baru. Nadia yang tukang order. Bila tanya sayur apa, dia kata tak tahu.

Minggu lepas Kjee ke Hero dan nampak lagi sayur ni. Ada orang ambil dan campak kat tempat bawang. Kjee ambil dan baca. Biasanya ada tulis nama sayur kat situ. Tau Meu. Ohh itu namanya. Satu peket RM2.50.









Balik rumah, Kjee simpan dulu. Esoknya apabila Nadia balik kerja, Kjee tunjuk peket tu kat Nadia.

"Goreng biasa jer Mama. Bubuh sos tiram macam kat Kak Mah Tom Yam," kata Nadia.

That was just what I did. Kjee ketuk 3 biji bawang putih, dan Nadia tolong tumis guna sedikit minyak jagung Dia buat ala stir fry, bubuh sikit oyster sauce dan nampla. Tapi dek terlebih bubuh nampla or fish sauce, termasin sikit. Hmmm orang tua2 kata kalau anak dara masak termasin, maknanya dah nak kahwin. Hehehe.

Hari tu Kjee ada rendam cendawan kering shitake tapi lupa nak guna. So Kjee hiris dan suruh Nadia campak dalam sayur. Siap dalam sekelip mata. Itulah kaedah stir fry atau goreng guna api besar pantas2.

Rasanya? Sedap jugak. Kalau masak secara stir fry, masih boleh rasa ranggup. Kjee dan Nadia habiskan berdua. Kami memang pantang tengok sayur.

Kjee rasa sayur ni adik beradik taugeh. Tapi ada yang kata boleh makan mentah. Wallahualam.






14 comments:

ieda said...

dua beradik dgn Tau Geh la tu...hehe..nak cari jg la...dah lama tak meronda area sayur kat supermarket.

Yong Is My Name said...

Kak Fauziah,

fresh+simple=sedap makan bunyi krup krap

Kjee said...

Betul lah Ieda. Tau Meh... Tau Geh. Hahaha

Norzila Zakaria said...

macam best je sayur sepupu tau geh ni kak jee..zila ad jugak jimpa tp x brani beli..heheehe pasni leh la beli

Firdawati Rashidi said...

Salam, nampak best sangat dan fresh...

Jiha said...

Tau meu atau taugeh hijau kata org..lg sedap dr taugeh kuning kan..

Anonymous said...

salam itu adalah watercress.
omputih makan salad ulam atau buat soup.
kaum cina masak gorencg bawang putih dan letsk rencah udang kenkadang

Kjee said...

Wkmsalam. Bukan watercress. Kjee selalu beli water cress buat sup.

Norismaliana said...

oo sayur ni...say pun x reti nak panggil apa namanya...lepas kak jee bagitau baru tau...selalu panggil taugeh hijau...masak mee gantikan taugeh biasa ngan sayur ni lagi sedap tau kak jee...

Anonymous said...

Taugeh=bean sprout, taumeh=pea sprout. Sedap masak mcm kangkung blacan.

Anonymous said...

Taumeh ataw dao mio..adalah benih kacang peas yang...dicambahkan...harganye lebih mahal dr taugeh...sedap digoreng stir fry..

Anonymous said...

atau org panggil pucuk kacang Kak Gee.....cina biasa yg jual tu ,klu melayu tanya dia akn ckp pucuk kacang

Masya said...

saya tak tahu nak masak mcm mana sayur ni .. tq kak gee kongsikan idea resepi brillion ni.. simple dan senang ...

Cahayamata Bonda said...

Mmg boleh mkn mentah..my MIL buat salad gaul mayo jek..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...