Pages

Tuesday, June 4, 2013

SUP WANTAN BUKA SELERA DI MUSIM PANAS




Apabila musim panas melanda, Kjee siang2 lagi dah angkat tangan tak mau makan makanan berempah dan yang sewaktu dengannya. So, yang menjadi pilihan haruslah jenis yang masak bening, kata orang Jawa. Atau sup atau masak air, kata orang bukan Jawa.

Tapi, kalau buat sup biasa pun nanti tak jugak lalu tekak. So untuk dinner tadi, Kjee buat Sup Wantan atau ada orang kata Dumplings Soup.

Memanglah nak buat dumplings tu renyah sikit tapi cukup berbaloi hasilnya. Pasti anak2 pun suka. Lagipun, dumplings tu boleh dibuat in advance. Klik sini untuk cara buat dumplings.



Inti... udang campur ayam campur cendawan

Boleh bentuk macam ni



Atau macam ni...  kita yang buat dia. hehehe


Buat ketika ada banyak masa dan bekukan. Bila nak makan, rebus jer tulang ayam, tumis bawang putih guna sikit minyak, campak sayur sawi dan bila dah mendidih, masukkan dumplings.

Kjee rebus rangka ayam yang dicampur dengan kulit udang. Kulit udang yang Kjee guna tu setelah Kjee ambil isi udang untuk dicampurkan dengan ayam untuk dijadikan inti. Tadi Kjee bubuh jugak cendawan Shitake kering yang telah direndam ke dalam inti.

Ada yang risau nak guna cendawan shitake sebab tak tahu berapa lama nak rendam. Kjee rendam dalam air panas selama 20 minit. Pastu bila dah kembang, perahkan airnya dan cincang untuk masuk dalam inti.

Tapi Kjee buat cara menumis. Kjee ketuk 3 tau empat ulas bawang putih. Kemudian Kjee bubuh 1 sudu minyak jagung, panaskan dan tumis bawang putih tu. Bila dah naik bau, masukkan sup tulang. Bila dah didih, masukkan dumplings, segala perasa dan akhir sekali baru letak sayur dan sedikit minyak bijan.





Kalau korang tak nak tumis bawang putih sebab nak elak kegunaan minyak, tak payah ikut cara Kjee. Rebus tulang ayam pastu ceduk airnya masuk ke dalam periuk lain, didihkan dan masukkan sayur serta dumplings. Bubuhlah sedikit lada sulah, pak aji kalau guna, kicap cair atau sos ikan dan beberapa titis minyak bijan. Kalau tak suka bau minyak bijan, tak payah bubuh.

Kalau nak buat wantan soup bersama noodles, boleh jugak celur mi kerinting aka maggi dan toskan. Tak perlu guna perasanya. Kemudian curahkan sup wantan keatas noodles atau mi kerinting tersebut. Makan dengan cili jeruk ataupun cili api yang dibubuh kicap cair.

Sedap dimakan ketika panas.




3 comments:

Irfa said...

emm nampak sedap :)

Anonymous said...

sedapnya. kak jee..my favourite

fazliana said...

fuhh kak jee terliuq tgok wantan sup akk...sdp sgttt

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...