Pages

Tuesday, July 30, 2013

SAMBAL GORENG PENGANTIN JAWA... EH LAUK ORANG JAWA..HEHEHE






























Sejak dua tiga hari ni, Kjee sibuk dengan penghantaran biskut Raya. So, apabila dah penat mana ada masa nak memasak kan?

Lauk Sambal Goreng Pengantin yang Kjee bubuh daging dan hati lembu ni, kalau tak silap Kjee masak Sabtu lepas. Ini lauk orang Jawa. Teringinnya dah lama. Tetapi dek kerana sukar nak dapat hati lembu segar, setiap kali teirngat terpaksa ditangguhkan.

Arwah Bonda pesan, kalau nak masak organ dalaman lembu seperti hati, limpa atau peparu, kena beli yang segar. Tak boleh beli yang sejuk beku. Kita tak tahu berapa lama organ2 itu telah disimpang. So takut tak elok untuk kesihatan. Wallahualam.
































Anyway, ada yang kata  Sambal  Goreng Pengantin bubuh sayur, tempe, tahu, sohun bagai. Taklah itu Lodeh atau yang kering kami panggil Lodeh Kering. Sambal Goreng Pengantin guna bahan asas sama. Tapi langsung tak guna sayur. Boleh buat guna ayam ataupun daging.

Arwah Bonda kalau buat, dia suka campur daging jika masak hati lembu ni. Katanya, bubuh daging, manis sikit rasanya.

Resipi korang tengok SINI.

Sama jer, penyediaan dan bahan2. Cuma tukarkan ayam dengan daging dan hati lembu. Hati lembu tu Kjee sebanyak 400gms hiris agak nipis. Kjee guna kira-kira 300gms daging batang pinang. Dah lembut jadi tak perlu rebus. Masak terus jer. Tapi kalau guna daging biasa, kena rebus lah sampai empuk. Airnya jangan dibuang. Masukkan sekali.

Sedap sangat dimakan dengan nasi, ketupat, nasi impit ataupun diratah begitu sahaja. Boleh buat kering sedikit atau berkuah cam Kjee buat. Kjee tambah cili api merah (Cabai Bangla) yang pedas menyinga untuk resipi ini.









1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...