Thursday, August 15, 2013

ALFATEHAH BUAT ADIK SIRAJ




Kanak-kanak berusia 11 tahun Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini yang impiannya menaiki kereta Ferrari termakbul baru-baru ini, meninggal dunia pada Khamis akibat sesak nafas selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Rabu.

Muhammad Sirajuddin yang lebih dikenali sebagai Siraj oleh keluarga dan rakan-rakannya, telah menderita penyakit barah tulang sejak setahun lepas.

Beliau adalah anak kepada pasangan Pengurus Kanan di syarikat Western Digital, Mohd Zaini Zakaria dan Pengurus Latihan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Norhayati Jantan.

Menurut Norhayati, Siraj dimasukkan ke PPUM selepas mengadu sesak nafas kira-kira 7 pagi Rabu dan meminta agar dia dibawa ke hospital itu untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 pagi Khamis.

"Beliau (Siraj) menderita barah tulang selepas terjatuh semasa bermain bola sepak di sekolah pada tahun lepas. Dan selepas kejadian itu beliau menanggung derita akibat penyakit tersebut sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong pada Mei lalu.

"Walaupun sudah kehilangan sebelah kakinya Siraj tidak mudah berputus asa dan cuba meneruskan kehidupannya seperti kanak-kanak lain," katanya ketika ditemui Bernama.

Norhayati berkata Siraj, yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik, dimandi serta dikafankan kira-kira 12 tengah hari Khamis di Surau Al-Taqwa, Taman Sentul Utama, dan disembahyangkan di surau yang sama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah kira-kira 1 tengah hari.

3 comments:

  1. alfatihah..
    teringat dgn arwah bos saya dulu
    punca jatuh dlm bilik air
    disahkan kanser tulang lepas tu dan setahun kemudian dipotong kaki dan x lama tu meninggal
    semoga mereka ditptkan di kalangan mrk yg beriman

    ReplyDelete
  2. Alahai sayunyer... budak.sekecil tu tp diuji sebesar tu... btw, Alfatihah utk arwah...

    ReplyDelete
  3. Alfatihah..semoga keluarga arwah tabah menempuh ujian ini.

    ReplyDelete