Wednesday, August 21, 2013

BEZA MASAK LEMAK MENTOR NGAN PROTEGE





Beginilah hasilnya kalau sambil masak lemak sambil buat kerja lain. Handfon bunyi dia jawab dan buat kerja sambil lewa. Manalah mulut Kjee tak bising kan?

Kenapa Kjee bebel2 pagi ni? Well, semalam Kjee mintak anak dara Kjee tolong masak lemak rebung madu yang teman FB Azlinda Hashim bagi masa jalan Raya ke rumah Kjee.

Oleh kerana kureng rajin, Kjee pun suruhlah Nadia masak lemak cili padi. Ini bukan kali pertama dia buat. Selalunya okay. Tetapi kali ini pulak masa dia ceduk dalam mangkuk untuk Papa dia amik gambar, terbeliak mata Kjee!

"Eh camner boleh pecah santan ni?!!" Nadia terkedu. Terkebil2 tak boleh jawab apabila berdentam dentum mama dia tembak.





















Mujurlah pecah santan sikit jer. Kalau tidak mahu seperiuk lauk tu gamaknya Kjee curah kat kepala dia. Hehehe taklah gurau jer. Taklah kejam sangat kan?

Anyway, rasanya sedap. Cuma sikit jer pecah santan.

Azlinda bagi Kjee rebung fresh dari ladang. Selalunya Kjee beli yang dah dijeruk sikit. Yang fresh sedap jugak rupa-rupanya.

Resipi korang intai jer lah kat sini. Dah banyak kali buat. Korang bandingkan jer gambar Sifu buat dengan si Nadia. Dia belum lulus lagi. Nak kena banyak belajar dengan Mentor kan? Mujurlah belum dah nak kahwin. Hehehe.


Ini hasil kerja mentor. Hehehe



6 comments:

  1. Salam perkenalan... nak tanya, macam mana nak elak pecah santan tu.. ada apa2 tips tak? n macam mana nak tahu sukatan santan yang sesuai dengan gulai kita tu... tqa...

    ReplyDelete
  2. Ntahlah. Kjee pun bukan pakar sangat. Kena jaga masa masak. Kalau dibiarkan mendidih, pecahlah santan tu. semalam pecah santan sebab santan yang Kjee beli tu, dia bubuh air kot. Selalu tak macam tu. Baru kejap ni masak lemak cili api pucuk ubi. Okay pulak guna santan segar sama.

    ReplyDelete
  3. Org tua kata kalau takmahu santan pecah minyak ,api kena sederhana dan rajin kacau gulai,kan kakjee ni pun mesti dah terror pasal petua2 ni. Jap lagi adalah org masuk minang nadia. Untunglah jejaka yg jadi menantu kakjee hehehe gurauan tghhari..

    ReplyDelete
  4. salam.. apa yang penting dua-dua nampak sedap.. berlemak.. :)

    ReplyDelete
  5. Tumpang komen, saya ni masih mentor lagi tapi nak kongsi tips kalau masak guna santan yg dh beku dlm peti ais, jgn dicairkan santan tu, hanya terus masukkan dlm periuk bila time santan tu perlu dimasukkan.

    Dan memang kena guna api sederhana dan kacau selalu. Tapi perasan tak, kalau masakan yang kena tumis + msk santan, confirm santan x kan pecah. Kan, kan, kan.

    ReplyDelete
  6. Tak nak pecah santan..kena kacau sampai lijat dan masak. Jgn biar x berkacau terutama masa tgh gulai mendidih..

    ReplyDelete