Sunday, August 4, 2013

MACAM NI LAH JAWI! TAHNIAH






KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan di perkarangan premis semasa pertandingan itu dan penganjur memaklumkan keempat-empat finalis telah menarik diri sebelum majlis tersebut berlangsung.

Beliau berkata jika keempat-empat wanita itu tetap terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 9 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Hanya 15 wanita bukan Islam sahaja didapati bertanding dan saya mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat wanita Islam itu kerana membatalkan hasrat mereka dengan tidak terus mencabar pelaksanaan hukum dan peruntukan akta agama Islam Wilayah Persekutuan. "Ini menunjukkan mereka faham dan menghormati undang-undang, malah saya harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut dan mana-mana individu lain seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu agar tidak berulang," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Che Mat berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya terhadap isu pertandingan ratu cantik itu sepatutnya dijadikan platform agar semua umat Islam terus meninggalkan kegiatan seumpama itu. -mStar

1 comment: