Pages

Saturday, September 28, 2013

IKAN KELI SALAI MASAK LOMAK PODEH








Masa Kjee tengah grill ikan keli ni atas grill pan, Kjee teringat satu kisah di bulan Ramadhan. Ada satu kawan beritahu Kjee, jangan percayalah dia orang jual Ikan Keli Goreng Berlada atau Ikan Keli Goreng Masak Lemak Cili Api.

Kjee terkebil-kebil dengar dia bercerita. Katanya, dari pengalaman dia, biasanya peniaga lauk pauk di Pasar Juadah akan goreng Ikan Keli dalam jumlah yang banyak. Ikan Keli basah murah jer. Kalau tak habis atau bahasa kasar tak laku, esoknya, Ikan Keli Goreng itu akan jadi Ikan Keli Goreng Berlada atau dimasak lemak cili api.

Oh ya ker macam tu? Dulu-dulu kalau singgah Pasar Juadah di bulan Ramadhan, lauk Ikan Keli baik berlada atau masak lemak, mesti antara menu pilihan sebab favorite Kjee dan Nadia. Oh patutlah lauk ikan berlada atau masak lemak mereka, rasa macam kering jer isi ikannya. Rupa-rupanya ikan goreng recycle. Ahhh lantaklah kan.









Hari ni Kjee grill atau salai dulu ikan Keli sebab nak dapatkan rasa salai. Sepatutnya salai atas arang baru sedap. Tapi dek kerana dua hari hujan dan arang duduk kat belakang rumah, maka tak dapeklah den nak salai ateh arang.  Atas grill pan pun jadi lah kan.

Nadia beli 11 ekor ikan Keli kat pasaraya Sri Ternak tadi. Boleh tahan besar-besar ikannya. 11 ekor kata Nadia kira-kira RM13. Sekilo RM4.99. Hmmm nak nampak murahlah tu. Bubuh RM5.00 kan senang! Kjee salai semua 11 ekor tapi untuk hari ni Kjee masak lemak guna 5 ekor jer. Yang lain simpan dalam freezer untuk esok. Mungkin buat Ikan Keli Percik.

UnclePali agak reserved sikit bab Ikan Keli. Tapi kerana Kjee tak berapa larat nak masak lauk lain untuk dia, Kjee suruh jer dia try. Kjee jugak goreng sayur peria bubuh udang kering. Lepas masak, Nadia tergesa-gesa keluar sebab ada janji nak pergi Karnival Usahawan Desa di PutraJaya.

So tinggal dua beranak kami lunch tadi. Kjee perhatikan UnclePali makan. Mula-mula dia cubit sikit jer ikan tu. Kjee buat tak nampak. Kemudian dia makan, pastu cubit sikit lagi sampai habis 2 ekor. Kemudian dia tanya nak tambah seekor lagi ker? Apabila Kjee angguk, cepat-cepat dia ambik seekor lagi dari dalam periuk.

Pastu tambah nasi lagi. Ewah. Kata tak minat makan Ikan keli kan? Hehehe. Berjaya mokcik buat dia makan Ikan Keli. Next time no problem lah nak masak Ikan Keli lagi kan?

Tak payahlah resipi untuk lauk ni kan? Nadia tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Campur dalam santan dan jerang. Kjee ketuk 2 batang serai dan letak 1 helai daun kunyit. Sikit lebih kurang cam RESIPI INI. Tapi tak bubuh daun kaduk.
















Friday, September 27, 2013

OTAK OTAK PULAU PINANG PEMBUKA SELERA




Hari ni Kjee buat lagi tapi extra pedasssss. Bestnya. Tapi UnclePali selamba je makan, kata tak pedas pun. Faham-faham, I've got a husband yang sanggup kunyah cili api sambil makan nasi kalau lauk tak pedas!

Anyway, hari ni Kjee buat 8 bungkus. Kjee dan UnclePali saja ratah 4 bungkus masa makan tadi. Balik dari Uni tadi, Nadia beli Burger King, so selamat my otak-otak. Ada berbaki another 4 for dinner.

Masa buat sambil sembang-sembang dengan Nadia, rupa-rupa Kjee terlupa satu bahan. Itu pun setelah semua otak-otak dah masuk dalam steamer. Kjee terlupa bubuh belacan!! Kecut jugak perut, risau kalau rasanya lari.

Alhamdullilah tak jejaskan pun rasanya. Actually next time kalau tak bubuh belacan pun okay. Pasti mereka yang ada masalah resdung suka dengar kan? Hehehe.

Kjee masih kekok bungkus. Tak per lah baru second try. Lain kali okaylah, gamaknya.

Kalau Kjee buat jual, korang rasa ada yang nak order tak? Kalau Nadia ada rumah, mesti kata tak ada penyakit cari penyakit. CH dia baru jemput dia gi BN Job Fair kat PWTC.

Kalau korang belum try buat, rajin-rajin ke dapur cuba buat weekend ni. It's Yummylicious.

Resipi intai SINI.






CREATIVITY YANG NAKAL







Akhir-akhir ini, ramai sangat budak-budak muda yang kreatif. Buat macam-macam video pastu upload kat You Tube dan jadi tontonan ratusan ribu orang. Video dalam bentuk parodi.

Benda ni dah lama berlaku. Cuma Kjee tak berapa nak layan. Tiap kali Nadia atau UnclePali jumpa video parody baru, mereka akan ajak Kjee tonton sama. Tapi aku dah tua, maleh nak layan korang.

Tetapi apabila muncul video Bobo yang femes semalaman apabila dia upload cara dia dendangkan lagu Sayang eh itu ke judul lagu tu maka lepas satu, satu video dikeluarkan. UnclePali kata ada satu cikgu sekolah yang dah buat sejak beberapa tahun lalu. Kjee tak minat tengok video cikgu tu. Rasa macam kurang cerdik seorang pendidik buat kerja bodoh camtu.

Anyway, lepas Bobo, Shila Amzah pulak muncul dengan lagu Ombak Rindu, mendayu-dayu sampai ramai yang meleleh ayaq mata tengok kecuali mokcik dan ramai lagi yang loya.

Sejak itu, banyaklah video parodi muncul. Dan terbaru, kalau tak silap beberapa hari lepas, muncul pulak video parody kat You Tube, kononnya bini Mat Yo mohon maaf atas keterlanjurannya. Kjee pun minatlah nak tonton. Rupa-rupanya bukan bini Mat Yo tapi ada yang buat video nakal.

Suka hatilah apa korang nak buat lepas ni. Cuma jangan jadi macam mamat Cina yang gila buat video semi lucah dia dengan awek dia. Hati-hatilah. Apa yang korang buat diawasi Kementerian Multimedia dan Komunikasi.

Semua sumber dari You Tube. Mokcik copy paste jer. Hehehe.










Thursday, September 26, 2013

AL FATIHAH






Dari Dia kita datang, kepada Dia, kita kembali. Moga keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, tabah dengan ujian Allah swt. Moga roh Allahyarham tenang di sana.

SELAMAT PENGANTIN BARU ADAM DAN FIZA















Syukur alhamdullilah. Hari ini nasib seorang ibu tunggal terbela.

Penyanyi Adam AF kini menjadi suami dan payung untuk melindungi pelakon dan penyanyi Fiza Elite dan dua anak-anaknya.

Tiada gosip, tiada kisah cinta menghangatkan, alih-alih industri seni dikejutkan dengan pengumuman Adam ingin memperisterikan Fiza walaupun baru sangat berkenalan.

Tahniah Adam dan Fiza. Moga jodoh ini berakhir di Jannah. Amin.

CHICKEN POT PIE






Patutlah orang Mat Salleh boleh makan makanan camni sahaja. Pekena sebekas dah kenyang, tau. Tak percaya, cubalah buat.

Chicken Pot Pie ni Kjee buat semalam atas request Sham. Dia suka sangat makan. Dia taklah  request direct kat Kjee, sebenarnya tapi ada beritahu Nadia yang Chicken Pot Pie yang mama Nadia buat, sedap. Dia suka. So, tak reti-reti nak paham ker? Isyhhh bahasa apa ni... tak reti-reti nak faham. Hehehe.

Chicken Pot Pie ni dah selalu Kjee buat. Jugak favorite Kjee tapi bukan kesukaan UnclePali dan Nadia. Nasib baik dah ada geng baru untuk menikmatinya, kan?

Walaupun, ada resipi yang Kjee dah buat sebelum ni kat SINI, tapi semlam Kjee buat main hentam jer. Ikut apa yang ada dalam fridge. Tapi rasa tetap maintain, kata Sham. Ewah.

Jadilah 3 bekas. Heran jugak ya bila tak ikut resipi pun boleh ngam dapat 3 bekas. Cukuplah kan? Makan dua orang jer. Sham habiskan satu dan Kjee dua. Ehh kenapa Kjee makan banyak. Tidaklah makan sekali gus. Satu bekas Kjee perabis sebaik keluar oven dan satu bekas lagi malam tadi.



Ini inti 

Bahagi 3 bekas ramekins

Tutup dengan puff pastry jenama Kawan


Tu diaaaa

FIZO OMAR PILIH MAWAR, ANAK TOKE TUDUNG FAREEDA





Terjawablah sudah teka teki kononnya pelakon Fizo Omar gitu-gitu dengan Shila Amzah. Fizo pilih anak toke tudang rupa-rupanya.

Fizo akan membuat sidang media untuk umumkan majlis pertunangannya dengan Mawar, anak Faridah Zakaria, usahawan tudung yang bikin gempar satu ketika dulu apabila pelanggan tunggu seawal 6 pagi untuk beli koleksi tudung terbarunya.

Tahniah Fizo. Usahlah bertunang lama-lama. Buat jer yang afdal dulu.

Wednesday, September 25, 2013

ADA SESAPA TAHU INI POKOK APA?



















Masa beli hari tu, Nyonya yang bukak nurseri kat depan Hospital Sg Buloh kata daun Selasih. Masa tu pokok tu kecik sangat so Kjee tak berapa nak cam.

Alih-alih bila dah besar, Kjee mula rasa was-was ia bukan pokok Selasih. Baunya pun langsung tak ada bau daun Selasih. Bau daun hijau jer.

Isyhhh pokok palsu ker? Kan sekarang ada macam-macam barang palsu. Daging lembu pun ada palsu diimport dari China.


WORDLESS WEDNESDAY - MAKARONI GORENG




Tuesday, September 24, 2013

NASI AYAM KUKUS NADIA










Mudahnya apabila sudah ada anak dara yang boleh diharapkan di dapur. Sebut saja nak makan apa, semua dah tersedia.

Nadia selalu kata kenapa di usia ini, Kjee masih anggap dia anak-anak dan tidak boleh diharapkan untuk ke dapur. Hmmm entahlah kan? Susah nak jawab soalan tu. Selagi dia belum bergelar isteri, selagi itu agaknya Kjee masih anggap dia my baby.

Kelmarin dia buat Egg Tarts. Walaupun tak berapa perfect tetapi dia janji dengan Kjee akan buat Egg Tarts yang perfect tak lama lagi. She's just like me masa muda-muda dulu. Tak akan mengaku kalah sebelum berjuang. Ewah.










Anyway, hari ni Nadia buat Steamed Chicken Rice. Bukan Ayam yang dikukus tetapi nasi. Alasan Nadia, dia lebih suka makan nasi yang dikukus daripada yang ditanak sepenuhnya.

So tadi, dia buat Nasi Ayam ikut resipi arwah Nenek dia. Tapi dia tanak separuh jalan atas stove setelah tumis bawang putih dan halia guna marjerin. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan kering.  Pastikan marjerin dan bahan-bahan tumis tu sebati dengan nasi. Kacau perlahan-lahan tau. Airnya dia gunakan air rebusan ayam. Sukatan air ikut beras yang korang gunakan. Tadi Nadia guna Beras Jasmine Superwhite AAA. So sukatan air dia, 2:3¾.


Periuk berisi nasi dimasukkan sekali dalam kukusan



Nasi dah hampir kering dikukus, dia terus letakkan periuk ke dalam kukusan selama 20 - 25 minit atau sampai nasi masak sempurna. Kemudian lerai-leraikan perlahan-lahan.

Untuk ayamnya, Nadia rebus sekor ayam selama kira-kira 15 minit. Kemudian dia keluarkan dan perapkan guna kicap manis, kicap cair dan jugak madu. Perap selama sejam dalam peti ais, kemudian goreng. Tak payah goreng lama-lama sebab ayam dah direbus terlebih dulu. Air rebusan guna masak nasi.

Baki air rebusan, yang ada tulang-tulang sikit, Nadia letakkan akar daun ketumbar dan kobis. Di rebus perlahan sampai kobis betul-betul lembut. Pastu bubuh sikit garam. Sup yang sedap untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Nak ikut full recipe my late mother, klik SINI.






SELEPAS PETROL, KJEE JIMAT GUNA ELEKTRIK PULAK!!!








Semalam Kjee beritahu korang cara Kjee jimat duit untuk petrol walaupun sabsidi minyak telah diturunkan. Kjee sebenarnya tidak menyangka dapat berjimat sebanyak itu. Rupa-rupanya selama ini, Kjee telah membazir tanpa disedari.

Semalam, setibanya di rumah setelah ke dentist dan follow UnclePali menjalankan kerja-kerja rutin kat luar, Kjee dikejutkan pulak dengan bil elektrik dalam pos box. Tiap bulan kami ketar jugak apabila tiba bil elektrik. Maklumlah sekarang musim panas, jadi setiap sudut rumah dipasang kipas angin untuk menyejukkan udara.

Malam pulak, air con dipasang full blast sebab tak tahan kepanasan. Walaupun master bedroom kami taklah besar mana, tapi air con 1 hp yang sepatutnya memadai, kalah di musim panas. Ada kalanya Kjee pasang kipas siling dan air con sekali gus. Bilik Nadia pun ada air con. Sebab itulah risau jugak hati apabila bil elektrik sampai.

Kjee tatap bil elektrik sambil diintai UnclePali dan Nadia. Dialog serentak : " Berapa bil bulan ni? Bulan lepas RM219.."



























Mata kami terbeliak. Cepat-cepat  Kjee congak. "Eh jimat RM53.59!!!" Macam tak percaya. Walaupun mungkin korang rasa tak banyak, tapi pada Kjee jumlah tu banyak sangat. Bayangkan kalau untuk petrol jimat RM200 dan elektrik pulak RM54. Jumlah RM254 tak besar ke? Ko ade?

Korang nak tahu camner Kjee jimat? Mula-mula Kjee guna kaedah bebel sampai tahap gaban sampai dua penghuni lain dalam rumah terpaksa ikut sebab tak sanggup bingit telinga. Sorrylah, Kjee taklah suruh dia orang duduk dalam gelap atau jangan tengok tv atau jangan mengadap computer. 

Ohh tidak. That's not my style. Hidup kita tak tahu sampai mana. Bila-bila boleh padam. So enjoy whatever you have been doing, while it lasts. Suka hatilah UnclePali atau Nadia nak guna computer, nak tengok tv sampai jauh malam atau nak pasang kipas angin atau air con full blast.

Tetapi, Kjee akan bising kalau lepas guna alatan elektrik dalam rumah, plug nya tidak dicabut.

Ilmu ini Kjee lama dah tahu. Seringkali diingatkan di Facebook dan sebagainya. Kononnya, kalau alat elektrik tidak digunakan tetapi plug tidak dipisahkan atau dicabut, arus elektrik akan terus mengalir dalam jumlah yang sedikit. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak kan?

So itulah kaedah yang Kjee paksa UnclePali dan Nadia turut. Dulu, plug kat rumah tak pernah dicabut. Dibiarkan sepanjang hari, sepanjang masa. Malah, computer pun tak pernah shut down. Sebab itu bil elektrik Kjee tak pernah rendah dari RM200. Pernah jugak capai tahap RM300.

Sejak bulan lalu, Kjee mula bising. Sebelum tidur, akan kedengaran suara Kjee mengingatkan.."Plug kat dapur, tv, kipas angin dah cabut? Computer dah shut down?

Minggu pertama dan kedua, kekadang UnclePali dan Nadia terlupa juga. Dan Kjee yang setiap hari bangun paling awal, akan tahu samada tugasan UnclePali dan jugak Nadia untuk mencabut semua plug dalam rumah (kecuali peti ais), telah dilakukan.

Sekarang dah jadi macam rutin. Nadia jaga plug dapur dan UnclePali di ruang TV, bilik computer dan ruang depan.

Justru, hasilnya dapat kami lihat pada bil elektrik bulan ini. Bulan lepas RM219.50 dan bil terkini RM165.91. Dua-dua bil tersebut adalah bacaan sebenar.

Kjee sekeluarga akan terus melakukan rutin penjimatan sama sampai bila-bila, Insya Allah. Kjee bukan harapkan penurunan mendadak lagi tetapi kalau boleh maintain jumlah yang sama setiap bulan, Alhamdullilah.

Bersiap sedialah. Khabarnya tarif elektrik jugak akan naik tidak lama lagi. Sediakan payung sebelum hujan. Yang ada bot, sediakan bot sebelum banjir. Hehehe.

PERINGATAN:

CABUT TERUS PLUG BUKAN SEKADAR MATIKAN KARAN JER TAU.

CUCUR NASI IKAN BILIS PEDAS LETAK JAGUNG











Kjee tertarik nak buat Cucur Nasi ni apabila singgah di beberapa blog masakan termasuk Dapur Tanpa Sempadan milik Adnan Ibrahim aka Mat Gebu.

Ini bukan kali pertama Kjee buat. Dah tiga kali. Dan rasa-rasanya tiga kali tidak dapat rupa sama macam yang dibuat Che Mat Gebu.

Pagi tadi Kjee buat guna tepung naik sendiri atau Self Raising Flour (SRF) yang asyik tersengih tengok Kjee tiap kali Kjee bukak kabinet pantry.

Kjee guna 1 cup SRF, 1 cup nasi sejuk baki semalam, 1 cup air, segenggam ikan bilis yang dicuci dan ditoskan kering, 1 labu bawang besar dan cili padi ikut kepedasan. Kemudian Kjee trrrr semua bahan tadi dalam blender. Kalau dah cukup masinnya, tak payah tambah garam. Lepas tu Kjee masukkan 1 cawan jagung manis. Kacau rata.



































Kemudian Kjee goreng. Taklah naik gebu macam hasil air tangan Mat Gebu. Lihat sini. Tapi taklah penyek macam buat dua tiga hari lepas.

Kjee ulang buat pagi ni sebab Kjee suka texture cucur yang ada macam melekit-melekit sikit sebab dikisar sekali nasi putih. Sedaplah pada tekak Kjee. Cicahlah dengan cili sos. Kalau tak nak cicah pun okay sebab dah cukup rasa dah.



Ini yang Kjee buat dua hari lepas. Penyek.

Monday, September 23, 2013

SEJAK PETROL MAHAL, KJEE JIMAT DUIT HINGGA 50%






Apabila minyak naik harga.. oppps pembetulan... apabila Kerajaan kurangkan sabsidi minyak petrol, semua orang bising. Kjee pun sama. Tapi taklah bising sangat, cuma bebel sikit dan mula cari jalan tidak mahu kekurangan sabsidi itu menyebabkan darah aku turut naik meluap-luap.

First thing first. Kjee memang telah catatkan setiap pembelian minyak petrol untuk kereta utama kami yang hanya 1500cc sejak beberapa bulan yang lepas. Tiap kali UnclePali isi minyak baik guna cash atau credit card time pokai, Kjee akan catatkannya dalam memo handfon cap ayam Kjee.

Catatan ni Kjee buat suka-suka jer. Tak sangka catatan yang dibuat itu memberi info berguna. Kjee dapat tahu jumlah wang yang telah dikeluarkan mengisi minyak kereta setiap bulan.

Dibawah kegunaan petrol Kjee untuk 3 bulan yang lalu.

JULAI (1- 29)                     -  RM440
AUGUST (2- 31)                 - RM 460
SEPTEMBER (2-21)           - RM 200

Pelik tapi benar. Sejak sabsidi petrol dikurangkan, kegunaannya telah dapat Kjee kurangkan. Berapa peratus kurang, Kjee tak tau nak kira sebab sekolah dulu Maths tak pernah lulus.

Jadi, agak-agaknya Kjee satu-satunya rakyat Malaysia yang happy sangat walaupun harga minyak petrol naik tapi Kjee boleh jimat duit. Nak tahu caranya?

Kjee elakkan pembaziran. Kalau dulu, setiap malam minggu, kami akan ronda-ronda keliling KL cari pasal, sejak harga minyak dah mahal, kami dah tak lakukan lagi kegiatan yang tak ada hasil tu. Apa yang kami dapat ronda-ronda dari tengah malam hingga ke awal pagi?

Tak ada faedah. Cuma dapat tengok orang jalan terhoyong hayang dan muzik di kelab-kelab tepi jalan yang berdentun-dentam. Pastu naikkan lagi paras gula dalam darah sebab berhenti kat restoran mamak dan minum teh tarik.

And then, no more jalan-jalan makan angin pergi tengok bangunan-bangunan opis dan bangunan pencakar langit di PutraJaya. Atau pergi jalan-jalan sampai ke tepi laut semata-mata nak tengok laut atau sunset. Semua tu dah puas tengok sejak berpuluh tahun kan?

Kjee jugak pastikan kalau hendak kemana-mana, misalnya ke office 4Life di Petaling Jaya, kami akan ada urusan lain sepanjang jalan ke sana. So, kill two or three birds with one stone. 

Usaha Kjee ni sudah berjaya jimatkan hampir 60% daripada budget minyak sebanyak RM500 yang Nadia tetapkan setiap bulan!

So, korang apa tunggu lagi? Daripada korang asyik menghoyan tuduh sana sini pasal minyak naik harga, kan elok korang adjust sikit macam Kjee buat!

Tapi penjimatan melalui minyak tadi, janganlah pulak korang joli beli barang yang tak perlu. Faham-faham sajalah, apabila sabsidi dah diturunkan, ada saja peniaga yang ambil kesempatan naikkan harga barang-barang. Gunakan duit yang dijimat dari petrol tadi untuk kenaikkan barangan keperluan lain. So, tak lah terasa sangat kan!

Perangai sebilangan besar peniaga memang macam tu. Sejak azali lagi, pantang sikit minyak naik harga. Dia orang pun turut naikkan harga barang-barang keperluan. Gula naik 20 sen sekilo, misalnya, dia orang naikkan harga teh tarik 10 sen. Entah siapa yang ajar dia orang buat kira-kira macam tu.

Cukuplah bebelan Kjee buat pagi ni. Korang mesti kata, ala Kjee tak kerja, duduk rumah, bolehlah jimat. Wah belum apa-apa lagi korang dah nak mencelah ye. Kalau korang kerja pun, keluar rumah guna kereta hari-hari, korang tentu dah set budget kan?

Misalnya budget korang untuk petrol adalah RM700 sebulan. Cuba catatkan selain pergi opis dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya, apakah penting korang jalan-jalan buang minyak macam Kjee dulu? Pandai-pandailah nak hidup kan?

Korang tak setuju, ada aku kesah!!

Lepas ni nak cari jalan kurangkan penggunaan elektrik sebab tak lama lagi tarif elektrik, khabarnya, akan naik.

Have a good Monday. No blue blue Monday lah. Every day should be a wonderful day!





Sunday, September 22, 2013

MARI MARI MARI.... STOK BARU DAH SAMPAI







Oleh kerana permintaan untuk ramekins saiz 4 inci lebih banyak daripada saiz lain, Kjee kini menumpukan jualan saiz itu sahaja. Actually beza antara saiz 3.5 inci dengan 4 inci tidak banyak mana pun. Harganya sama seperti saiz 3.5 inci.

Selain itu, Kjee juga telah menambah stok Acuan botol 3-muncung untuk Roti Jala. Heran jugak sejak minggu lepas order semakin meningkat. Baru Kjee sedar kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada pertengahan Oktober nanti.

Jadi, kalau ada yang nak order acuan2 diatas, sila sms Kjee. Jangan tunggu hingga saat-saat akhir.  Terima kasih.



Roti Jala atau Roti Kirai. Resipi klik SINI




Pie Tee.  Resipi klik SINI 


Kjee belum pernah cuba buat pie tee lagi. Ada orang panggil Top Hats. So gambar diatas Kjee google. Untuk resipi korang klik jer kat situ dan korang akan sampai ke blog blogger masakan femes seantero dunia, Mat Gebu.




Telor Kukus. Resipi klik SINI 


Chicken Pot Pie. Resipi klik SINI


Mangkuk Ramekins bukan sahaja boleh buat untuk kukus tapi masuk oven serta jugak microwave. Mangkuk serba boleh.

KALAU ADA SESAPA BERHAJAT, HARAP SMS KE 0126780501. TAK PAYAHLAH EMAIL ATAU TANYA DALAM RUANGAN KOMEN YA. PESANAN ATAU SEBUT HARGA HANYA DIBERI MELALUI SMS. TERIMA KASIH.


SELAMAT PENGANTIN BARU FAUZIAH

Foto ehsan mStar



Pelakon Fauziah Gous selamat bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof. Mudah-mudahan kekal hingga ke nafas akhir.

Dah jadi isteri, jagalah tertib dan maruah diri, serta suami.


Friday, September 20, 2013

SIMPLE TAPI SEDAP







Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak makan.

Tapi sekali sekala sedap jugak makan lauk kering2. Tanpa kuah tapi stand by kicap.

Sayur buncis goreng antara favorite kami sekeluarga. Kjee dan Nadia memang suka. Kalau tanya UnclePali, dia kata okaylah. Tapi setiap kali Kjee goreng, tangan dia jugak tak henti2 capai masa makan. Sekejap jer licin. So kira dia sukalah tu kan?


Kacang Buncis dan fresh Shitake Mushrooms


Nampak mewah kan cendawan Shitake kat atas tu. Kjee letak dekat ¾ peket sebab nak bagi perabis. Sabtu lalu, Kjee guna ¼ peket untuk buat Chicken Pot Pie yang tak sempat amik gambar sebab habis disambar. Semalam, Kjee belek2 cendawan tu. Isyhh kalau tak cepat masak, mesti busuk. Sebab itulah mewah sangat Kjee letak tu. Tapi memang suka letak banyak2. Puas makan.

Kalau nak bubuh cendawan Shitake kering pun boleh. Kena rendam dulu dalam air panas kira-kira ½ jam. Pastu buang tangkai dan hiris. Kalau nak resipi, tengok SINI.






Ini antara sambal yang Kjee suka sangat. Sambal Sotong jenama Rex dalam tin. Kjee lebih suka sotong dalam tin daripada yang segar. Yang segar sedap dibakar dan cicah air asam. Adoiiii kecur lak.

Kali ni, Kjee masukkan sekali sos sotong tu sekali. Selama ini Kjee tos buangkan sos tu. Tapi kalau letak sekali, rupa-rupanya lagi sedap. Ada rasa pedas dan manis.

Kjee buat dua tin besar. Sekarang dah mahal sikit. Dua tin dekat RM12. Tahun lepas, satu tin tak sampai RM10.

Resipi, korang intailah SINI. Makan dengan nasi panas2. Gandingkan pula dengan sayur buncis goreng dengan cendawan Shitake. Yummy. Oppps jangan lupa curahkan kicap kat nasi.










Thursday, September 19, 2013

JOM BACA SURAH YASIN MALAM NI

Wednesday, September 18, 2013

WORDLESS WEDNESDAY










Asam Rebus Bendi





Tuesday, September 17, 2013

PELAKON LAWAK BUKAN ARTIS GRED COROT


Jozan antara 'baby' kelahiran Astro yang hebat!!



Hari tu Lisa Surihani terkejut apabila dia dapat award Pelakon Lawak Wanita Terbaik. Macam dia kurang selesa orang panggil dia pelakon lawak. Walaupun pada Kjee dia cuba cover line dengan menyatakan award tu lebih elok diberi kepada orang lain, namun Kjee rasa-rasa tahu kenapa dia terkejut.

Satu ketika dulu, tempat pelakon lawak atau pelawak tidaklah eksklusif sangat. Geng pelawak duduk di tangga paling corot dalam industri seni tanahair. Malah, pembikin filem ataupun drama jugak bagi habuan paling ciput kepada mereka.

Kenapa industri seni mempunyai tangapan pelawak tidak boleh diletakkan di tempat teratas industri ini, tak lah pulak Kjee ada jawapannya. Tapi sejak azali, sejak Kjee menapak jadi anak seni, begitulah nasib insan-insan lawak.


Jep dan Shuib




Insan-insan lawak ini sebenarnya yang mewarnai industri tanahair. Tanpa mereka, walaupun watak sekecil manapun dalam drama atau filem, akan membuat penonton berwajah ketat sepanjang mereka menonton.

Contohnya. Dalam sebuah filem atau drama yang serius, kalau ada satu watak makcik melatah atau pemuda bodoh-bodoh alang pun akan buat penonton ketawa atau tersenyum. Bukan mudah sebenarnya hendak buat penonton ketawa. Buat penonton menangis, amat-amat mudah.

Justru Kjee rasa ada insan pelawak yang agak terguris hatinya apabila Lisa seolah-olah 'menolak' gelaran yang diberi kepadanya . Mungkin atas alasan gelaran itu 'kurang kelas'.

Apapun, tangapan insan lawak sebagai artis gred bawahan, kini mungkin mula berubah. Ramai pelakon lawak kini hidup lebih mewah daripada pelakon-pelakon yang meletakkan diri mereka lebih tinggi dari insan lawak.


Ebby Yus

Yus Jambu


Nabil 




Kita lihat sahajalah contoh paling dekat. Johan, Zizan, Nabil, Yus Jambu, Jep Sepahtu dan juga Ebby Yus, sekadar menyebut beberapa nama, adalah antara insan-insan lawak yang 'cukup mewah' kehidupan mereka daripada ramai pelakon-pelakon bukan insan lawak.

Tak payahlah kita hitung berapa pendapatan mereka tetapi dalam senyap, ada diantara mereka bergelar jutawan. Tapi mereka tidak war-warkan kemewahan mereka kerana itu tidak penting. Kehidupan atau laluan sukar mereka sebagai pelakon/pelawak sebelum ini membuat mereka lebih hati-hati dan mungkin jugak berjimat cermat.

Hari ni seorang lagi pelakon baru yang tak berapa hebat, juga tidak selesa digelar pelakon lawak setelah membintangi beberapa drama dan filem dari genre tersebut. BACA SINI. Mungkin dia tidak sedar betapa sukarnya untuk mendapat pengiktirafan 'pelawak'!!

Sesiapa sahaja boleh berlakon tetapi tidak semua boleh jadi insan lawak atau pelawak kalau dia tidak mempunyai BAKAT LAWAK. Bakat itu sukar untuk diperolehi. Kalau masuk kelas lakonan, mungkin dia hanya boleh berlakon. Tapi, bakat 'buat orang ketawa menguling-guling' tidak boleh dipelajari.

Pelawak boleh melawak dan menghibur TANPA SKRIP. Tapi mampukah seorang pelakon waiimah sehebat mana pun, berlakon tanpa skrip? Kau fikirlah sendiri!

Jadi, artis-artis yang baru setahun jagung jadi pelakon, usahlah pandang hina PELAWAK atau PELAKON LAWAK. Mereka, sebenarnya, jauh lebih hebat dari korang!!

Kjee ingin memberi sekalung bunga kepada ASTRO kerana berjaya melahirkan ramai Pelawak Tanahair sejak empat atau lima tahun kebelakangan ini. Sesuatu yang gagal dilakukan oleh mana-mana stesyen di negara ini!!!!! Tanpa usaha Astro, bakat mereka hampir terkubur!




Mereka yang membuat penonton tak kering gusi

MENU CUTI SEMALAM






Ini air tangan my princess. Since Mama dia kena grounded sebab swollen ankle (water retention), dia jadi chef in the house. Ahad dia turut buat Cinnamon Rolls tapi tak sempat nak amik gambar, dah langsai.

Believe me, her Penang Asam Laksa is better than mine. Sedap sangat-sangat. Siapa lagi nak puji kalau bukan mama dia. Karipap ayam yang dia buat on Saturday pun sedap sangat sampai semalam dia buat lagi. Kali ini dia buat lebih dan bekukan. Pagi ni mama dia goreng dan makan sama papa untuk breakfast.

Untuk resipi Penang Asam Laksa, tengok sini. Dan untuk karipap yang sedap ewah jenguk sini. Hehehe.

Sorry gambar tak lawo. Amboi lawa ke selama ni? Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...