Pages

Wednesday, October 9, 2013

BEEF NOODLES ALA TAIWAN







Minggu lepas, Kjee teringin nak makan Noodle Soup kat Taiwan Beef Noodle House, Ampang Point. Tapi masa UnclePali memandu sampai arah sana, tetiba ubah fikiran nak makan steak pulak kat German Imbiss Deli berhampiran Ampang Jaya.

Kalau dah rezeki Kjee nak makan noodle soup, mesti dapat. Tetiba Kjee nampak ada German Beef Noodles Soup kat Menu. Hmmm yang lain tak payah cerita lah. Besar bowl, sampai tak habis kita keliling tiga orang. Of course lah ada order makanan lain.

Rasanya sikit lebih kurang sama dengan di Taiwan Noodles House, kata UnclePali. Cuma mereka guna Angel Hair Pasta. Sedap. Ala Kjee beritahu UnclePali, kalau Beef Noodles soup, nak rasa macam mana pulak? Sama jer mana-mana.

Masa tu, isyhhh rasa tercabar pulak nak buat sendiri. So pagi tadi, Nadia ikut UnclePali ke pasar dan beli tulang rusuk lembu. Rasanya, kalau dibuat asas sup, lagi sedap kalau ada tulang rusuk atau tulang rawan. Pastu UnclePali singgah Giant beli beefballs jenama Azmy.






Balik rumah, Nadia cuci tulang rusuk tu yang abang jual daging dah potong-potong. Dia beli sekilo tapi Kjee rasa 300 gms Kjee buang... lemaknya. Nadia gaul dengan tepung dan lepas tu cuci bersih-bersih. Kemudian dia masukkan dalam pressure cooker bersama-sama 2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 inci halia, 5 bunga lawang dan ½ sudu kecik 5-spice powder serta dua batang akar daun ketumbar. Potong akarnya sepanjang 3 inci sampai cecah sedikit batang daun ketumbar tu.

Rempah 5-spice powder ni boleh dibeli di mana-mana supermarket. Kjee beli kat Hero. Kalau tak ada, korang campakkan jer 1 batang kulit kayu manis. Nadia rebus selama ½ jam. Hingga daging lembut dan terlerai dari tulang. Kalau tak guna pressure cooker, korang rebus hingga mendidih, lepas tu rendidih selama 2 atau 3 jam atau sampai lembut

Sementara tunggu, Nadia potong carrot dan lobak putih. Potong kasar-kasar jer. Pastu rebus dengan sedikit garam hingga ¾ masak. Toskan dan jangan buang airnya.

Apabila daging sudah lembut, masukkan air rebusan carrot dan lobak putih itu bersama dan didihkan. Masukkan dua kiub daging, serta kicap dan sos ikan (nampla). Kalau tak ada sos ikan, bubuh jer garam ikut rasa. Kicap itu untuk bagi warna.

Didihkan lagi soup dan masukkan carrot, lobak putih dan juga beef balls. Titiskan sedikit minyak bijan dan siap.


Potong kasar-kasar

Mi kering



Lepas rebus




Rebus mi kering atau flat egg noodles. Nadia tak dapat beli yang flat so dia beli mi kering panjang yang diperbuat dari tepung gandum dan telor. Rebus selama 4-5 minit atau ikut arahan kat peket. Kemudian toskan kering.

Bubuh noodles dalam mangkuk, dan curahkan sup serta bahan-bahannya. Tabur daun sup, daun bawang dan daun ketumbar yang telah diracik. Hidang bersama cili sos yang sama seperti kita buat cili sos untuk nasi ayam. Kjee makan dengan Crispy Udang Kering pedas dalam botol tu.

Di Taiwan Noodles House, dia orang ricik halus-halus sawi jeruk. Ketika makan, tabur sedikit ke dalam mangkuk. Tapi tadi tak jumpa.

Apapun, rasanya sedap. Boleh buat lagi lain kali.

NOTA:
Sedap jugak kalau guna daging biasa.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...