Saturday, October 26, 2013

SEPATUTNYA SUSAH NAK JADI PAK GUARD!


Simpati...




Kelmarin Kjee berbual dengan UnclePali pasal kes Pegawai Ambank yang ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan, yang turut melarikan wang sebanyak RM450,000.

Kata UnclePali, dulu-dulu bukan senang nak jadi Pengawal Keselamatan atau Pak Guard. Ramai budak-budak muda dari kampung, ketika mula-mula sampai KL akan cari  kerja sebagai guard.

"Masa tu kena ambil gambar 10 jari dan hantar ke Bukit Aman. Lepas tu kena jalani kursus. Tiap pagi kena kawat. Nak jadi Guard guna senjata api, kena kursus lagi, kena interview lagi... Heran jugak bagaimana orang Indon tu dapat lesen jadi guard bersenjata api," tambah UnclePali.

Begitu sukar rupa-rupanya. Kena jawablah pihak syarikat keselamatan tersebut. Tapi kenapa sejak kebelakangan ini, ramai sangat orang asing jadi Pak Guard?

Walaupun lesen syarikat yang mengaji Pak Guard yang tembak pegawai Ambank itu, dah kena TARIK BALIK bukan GANTUNG, syarikat itu masih kena jalani siasatan terpeinci.

Ini berita yang Kjee baca berkaitan hal ini yang Kjee baca dalam Sinar Harian.

Bukan bank tentukan pengawal keselamatan


KUALA LUMPUR - Penugasan pengawal keselamatan di sesebuah bank ditentukan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu, bukan bank, kata Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali.

Menurutnya kebanyakan bank di negara ini menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan, sekali gus menyebabkan pengawal keselamatan di bank masing-masing sering bertukar.

“Ini semua di bawah syarikat itu. Buat masa ini kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai pengawal keselamatan itu. Malah kami juga menunggu polis untuk maklumat lanjut,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971.

Siasatan polis pula mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu, ketika dihubungi, wakil syarikat kawalan keselamatan berkenaan, enggan mengulas.

“Saya tak nak komen apa-apa,” kata wanita yang mengaku pegawai perhubungan awam syarikat.

Mengulas lanjut, Syed Anuar berkata, buat masa ini pihaknya belum bercadang menubuhkan pasukan polis bantuan bagi menggantikan pengawal keselamatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib memberitahu Bernama, pengambilan pengawal keselamatan mesti berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Seorang pengawal keselamatan itu hendaklah melalui tapisan yang telah ditetapkan seperti tiada rekod jenayah lampau. Apabila pengawal keselamatan itu telah mula bertugas, pihak syarikat perlu memastikan pengawal itu berkelakuan baik sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum dibenarkan memohon lesen untuk menjadi pengawal bersenjata.

“Setelah memperoleh lesen senjata api, syarikat kawalan keselamatan perlu menghantar pengawalnya itu menjalani latihan menembak dan memastikan ia mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan semasa menjalankan tugas,” katanya. - Bernama

4 comments:

  1. skrg...mn2 pn kontrak kwln kslmtn d bgnn kerajaan...mmg mngmbil pkrja x ikut prosedur tu...sy da bc byk salinan kontrak or agreement...pihak PUU cuma garis kn...pkrja ada ic...umur...selebih nya...prlu sijil snjata semua tu never2 never talk in that agreement...dan sykt kwln kslmtn pun tumbuh bagai kn cndawan....itu dlm bgnn govt..yg d bgnn non govt...opkos la lg tak ikut prosedur...asal kn pkai uniform security kita da phm dia ada kuasa kwl kslmtn dlm kawasn tu....so sad..n gerammmm

    ReplyDelete
  2. ramai sangat dah pak guard dari warga asing, bukan setakat bank sahaja, malahan dalam mall, kawasan2 perumahan pun ada. itu belum lagi pemandu2 kenderaan awam seperti bus dan taxi.

    ReplyDelete
  3. byk pengajaran yg dapat dari kes rompakan ini ..........

    ReplyDelete
  4. Skg ni..kawasan perumahan pun kena ada guard..mana fungsi polis?malaysia makin menakutkan..

    ReplyDelete