Tuesday, October 8, 2013

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT






Nadia nak buat Butter Cake tapi dia takut. Takut tak menjadi. Buang masa aje dia kata. Lagi pun Mama tengah tak sihat, so siapa nak tolong dia?

Well, itu bukan alasan. So sambil Kjee duduk istirehat, Kjee suruh dia surf cari resipi yang berkenan. Lepas tu dia complain pulak. Tak tahu nak pilih mana satu.

Hari ni dengan bantuan Papa dia, Nadia pun projeklah. Hasilnya? Kjee rasa ini  homemade butter cake terbaik yang pernah Kjee rasa. Terima kasih pemilik resipi.

Korang kena percaya kalau Kjee kata kek ni betul-betul sedap. Bila kita gigit, terus tenggelam! Ringan sangat!!

Jom kita intai resipi.








BUTTER CAKE
resipi asal Mrs Ng SK


BAHAN-BAHAN

230 gms butter (Kjee guna Anchor - letak pada suhu 18-30C)
4 biji telor grade B (letak pada suhu bilik)
150 + 50 gms gula halus
200 gms tepung naik sendiri (diayak)
60 ml susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

CARA

1. Panaskan oven. Suhu 180C. Oles acuan alluminium 8"x8" (Kjee guna 7"x7"). Kjee guna kertas minyak. Sekeliling dalam acuan harus dioles sempurna dengan margerin kalau mahu kek naik sempurna.
2. Asingkan putih telor. Pukul putih telor hingga keras dengan dibubuh 50 gms gula secara selang seli, sambil dikocak. Tepikan.
3. Pukul butter dan 150 gms gula hingga kembang menggunakan mixer. Kemudian masukkan vanilla dan dipukul hingga rata. Masukkan kuning telor, satu per satu dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan separuh dari tepung ke dalam adunan butter dan susu. Kemudian diputar lagi hingga sebati. Setelah sebati masukkan separuh lagi tepung dan putar hingga sebati.
5. Masukkan pula separuh dari putih telor dan putar hingga sebati. Kemudian, guna spatula (sudu plastik) dan masukkan sebahagian lagi putih telor. Guna kaedah folding-in atau kaup balik dan kacau perlahan-lahan sampai semuanya sebati.
6. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 minit. Untuk 15 terakhir, turunkan suhunya ke 150C supaya permukaan atas tidak menjadi gelap. Kalau guna oven yang apinya atas dan bawah, mungkin boleh padam api atas di 15 minit terakhir.
7. Kek masak setelah dicucuk dengan lidi dan ia muncul bersih.

Oleh kerana Nadia buat Butter Cake buat kali pertama, dia follow cara seratus peratus resipi asal iaitu buat peraturan 2 dan 3 sekali gus. Dia gunakan stand mixer untuk pukul butter dengan gula, sementara dia menggunakan hand mixer untuk pukul telor.


Kek ini harus dicuba. Gebu sangat hingga menyerupai sponge cake!!

Nadia, bagaimanapun kata, lain kali dia buat, dia akan kurangkan gula. Resipi asal 200gms gula. Dia kata terlalu manis. Mungkin dia akan letak 150gms sahaja. Dan Kjee berpendapat, lagi sedap kalau guna susu cair atau evaporated milk.







19 comments:

  1. KJee...ni boleh cuba buat masa cuti hujung minggu ni.....dah gian nak membaking.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam kak jee..

    Senang2 nnt nak cuba lar..

    Anyway, feel free to visit my blog-
    http://themagicgarden.blogspot.com

    Tq

    ReplyDelete
  3. Asallam Kak Jee
    Saya ni seronok sangat kalau masuk Blog Kak Jee sentiasa....berubah gambar front page nyer...up to date
    Idea2 memasak pon selalu saya cedok dari Kak Jee....nak2 kalau putus idea apa nak masak..masuk sini in sha allah dapatlah ideanya Terima Kasih Kak Jee sbb tak putus2 kongsi dengan semua.

    ReplyDelete
  4. Kak Jee nak tanya...apa yg dimaksudkan dengan telur gred B? Merujuk kepada kesegaran atau saiznya?

    ReplyDelete
  5. Pujian ke atas Nadia yang rajin ke dapur....Pandai Kjee mendidik anak dara tu...

    ReplyDelete
  6. Telor saiz b samalah dengan grade B kot

    ReplyDelete
  7. Macam mana tu ya. Saya selalu confuse. Kalau ikut recipe2 mat saleh, grades of eggs such as A, B etc merujuk kepada kesegaran telur. Saiz pulak ada small, large, extra large, jumbo etc.

    ReplyDelete
  8. Resipi asal ni orang malaysia so kita ikut sajalah saiz telor yang dijual di pasar di malaysia.

    ReplyDelete
  9. Salam kak jee, saya ni pregnant pastu bukak blog kak jee mlm tadi terus mengidam.. tadi start la projek baking, lepas dah siap kek ni.. mmg best & berbaloi cuba...

    ReplyDelete
  10. Salam...aaa agak blur..hehe susu tu msukkan time ble?

    ReplyDelete
  11. thanks for the resepi..nampak sedap & simple je :)

    ReplyDelete
  12. Kjee pun baru terfikir nak buat hari ni Dewi Mamacherrie. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Nak trylah..... tp Kjee dari gaya buat kek ni saya dah tau pasti gebu sebab putih telur di mix berasing ....

    ReplyDelete
  14. Baca resepi pun dah tau gebu kjee....nak cuba buatlah esok...

    ReplyDelete
  15. Tq share resepi ni kak jee.. nnt nak try la mcm senang n simple ja caranya..

    ReplyDelete