Thursday, October 24, 2013

INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUNNN. AL FATEHAH











Kjee terkejut. Malah, tiada siapa yang tidak terkejut mendengar berita itu. Seorang pegawai bank wanita ditembak di kepala oleh seorang pengawal keselamatan dalam bilik kebal bank.

Kjee dapat berita ini kira-kira pukul 11 malam tadi. Baca di Harian Metro. Terus Kjee link berita itu di FB Kjee. Tak sampai 10 minit, seorang friend FB Kjee, private message Kjee. Kjee terkejut tengok gambar arwah terbaring di lantai dengan kesan tembakan di atas mata kirinya!

Sungguh ngeri dan menyayat hati. Kjee terus tutup mesej itu dan berastaghafar seketika. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Kjee masa itu. Kjee kemudian menasihatkan kawan itu supaya jangan menyebarkan lagi gambar itu sebab ianya salah di sisi undang-undang.

Apapun, kalau Kjee nak tingkatkan hits kat FB atau kat blog, boleh saja Kjee repost gambar itu. Tentu account Facebook dan blog Kjee popular sekelip mata. Tetapi itu sahaja ker? Hits yang meningkat boleh buat Kjee tersenyum puas?

Apa reaksi keluarga terdekat Allahyarham dan jugak sahabat taulannya? Mesti jiwa mereka meruntun kesedihan. Itu gambar yang tidak mahu mereka lihat terutama sekali dalam saat-saat kesedihan.

Tetapi, yang melihatnya hanya dapat meluahkan rasa sedih dan sedekah Al Fatihah. Terima kasih. Tetapi kesan yang ditinggalkan amat mendalam di jiwa kaum keluarga Allahyarham. Tadi UnclePali kata Harian Metro turut menyiarkan gambar itu. Tapi baru sekejap ni, Kjee cek, tak ada. Mungkin telah ditarik balik.

Apakah tujuan orang (Kjee dapat tahu seorang anggota polis) yang merakamkan gambar itu dan memberi kawan-kawannya tengok? Mungkin dia tidak tahu, gambar itu telah disampaikan dari satu tangan ke tangan yang lain.

Sama macam kes adik Nurul (Jazmin?) dulu. Gambar menyayat hati dia dibedah siasat (post mortem) telah disebarkan hingga menyebabkan keluarganya mengalami kemurungan yang serius.

Harap kita semua sedar. Usahlah kita mengambil kesempatan daripada penderitaan orang lain. Bayangkan kalau ianya berlaku di kalangan keluarga kita, sahabat-sahabat yang kita sayangi? Renung-renungkanlah. Wallahualam.

Semoga keluarga Allhayarham Norazita Abu Talib, tabah menghadapi ujian getir Allah Swt. Amin. Al Fatihah.


Salam. Lanjutan peristiwa rompakan d ambank usj depan giant / maidin ptg se mlm...yg melibatan kematian se org staff.nya....suami arwah memohon agar sesiapa yg ada gambar arwah kena tembak d kepala tu tidak memanjang2kan gambar tersebut seterusnya. Kesianilah kpd keluarga arwah yg mempunyai anak2 berusia 8thn & 12thn tu. Pesanan d sampaikan melalui kenalan arwah.
Sekadar menyampaikan. - share dari FB Nazuha Waharp.


6 comments:

  1. bukan gambar je kak jee video kejadian tembak tu pun dah tersebar. saya ada tengok kat blog tadi. kalaupun nak raih trafiic tinggi kat blog.. berpada2 la jangan ambil risiko buat perkara yang menyalahi undang2 & yg paling penting hormati perasaan kaum keluarga mangsa yang dah tentu masih trauma & sedih dengan apa yang berlaku

    ReplyDelete
  2. Betul kak jee. Saya turut tersentuh hati bila gmbr mangsa disebarkan dan disiarkan di blog. Aib beliau tolong la tutup. Cuba bayangkan diri sendiri yg mati dan gmbr kita yg dah mati tu disebarkan. Bukan gambar je. Video pun ada.

    ReplyDelete
  3. yg sebarkn tu langsung xmenghormati perasaan kaum keluarga.. masih tak paham dgn sikap segelintir org kita yg suka sgt menyebarkn benda² mcm ni..

    ReplyDelete
  4. kak jee, saya pun tak sanggup tengok.
    perkara macam ini jangan dibiasakan takut nanti keganasan pembunuhan jadi perkara biasa.

    ReplyDelete
  5. KJee, adik Nurin Jazlin Jazimin la...

    ReplyDelete
  6. actually org malaysia ni memang jahil undang undang. kerana malaysia sbk dgn politocoan yg buat dajal ..smua leka.
    kat ingerlan cuba la..mahu kena tahan dgn osa etc.
    dan kena saman lagi.mmg teruk kalau blogger kat ingerland ni kena. malah undang undang meliputi akta media dan cover blog sekali.

    mana agaknya pegi adab org kita ya?

    ReplyDelete