Wednesday, October 16, 2013

LUNCH LEFTOVER JUADAH RAYA HAJI






















Inilah juadah untuk Hari Raya Haji semalam yang disediakan Nadia. Kjee hanya jadi mandor dan tukang rasa sebab tak berapa nak berdaya nak jadi head cook.

Gambar-gambar diatas adalah lunch kami tadi. Cukup-cukup jer untuk sekali makan. Nasi Tomato, Kurma Daging, Sambal Sotong tin jenama Rex, Acar Darat dan Ayam Goreng.

Lauk tambahan hari ni, hanya telor rebus. UnclePali suka sangat ada telor rebus kalau Kjee masak lauk Kurma. Ayam goreng tu pun baru goreng. Bukan yang semalam punya. Tapi perap bersama ayam semalam kerana apabila tinggal 3 ketoi, gas habis, so masuk balik dalam freezer.

Acar tu namanya Acar Darat yang Kjee belajar buat dari Mat Gebu. Tapi apabila dah siap masak, dah hidang semalam, baru Kjee terasa ada satu ingredient missing!! Che Mat Gebu janganlah ketawa ya....mai sini bisik sikit...Kjee terlupa nak bubuh udang kering...  Tapi rasanya tak terjejas tau. Dah licin dah. Next time I make sure tak forget. Lol.

Korang pun makan lauk berlebihan semalam?



3 comments:

  1. Ya. Kami pun panaskan juga nasi himpit, pulut kuning & rendang ayam semlm utk makan pagi tadi. Oh ya sya blm perkenalkan diri tapi dah post komen.& follow posting Kjee. Kunjungilah blog Tasdamai7.blogspot.com jika berkelapangan.

    ReplyDelete
  2. haah kak, malam nanti plan nak panaskan semula nasi dagang semalam dengan lauk ikan tonggol. tu pun masih ada lagi ketupat kuah kacang lemang and rendang. mau seminggu ni tak payah masak langsung :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak jee
    Saya pulak bawak bekal utk lunch kat ofis juadah raya yg adik ipar bagi.

    ReplyDelete