Monday, October 21, 2013

SHILA AMZAH DAN JOHAN AS'ARI NAK BERTUNANG?


Hmmm kalau bersanding betul-betul okay kan?  Foto ehsan google




Makin Kjee tatap lama-lama wajah Johan As'ari, Kjee terkenangkan sahabat lama seperjuangan di Berita Harian dulu. Nama dia As'ari Ibrahim. Sekarang dah Dato dan asal Melaka. Wajah mereka seiras.

Baru-baru ni Kjee terbaca Johan ni memang anak seorang Dato, yang terbabit dalam politik tanahair. Isyhh orang yang sama kot. Harap-harap Kjee tak silap orang.

Kjee memang minat sangat lakonan budak Johan ni. Masa dia mula-mula berlakon satu drama dengan Fasya Sanda dulu (tak ingat judul), Kjee dah kata budak ni ada bakat besar dan boleh pergi jauh. Dan nyata sekali ramalan Kjee okay kali ini.

Anyway, walaupun pada pembabitan awal Johan yang belajar di sebuah Tahfiz, agak menimbulkan kontroversi apabila digambarkan berbaring atas riba pelakon Nabila Huda.. Namun gosip cintanya akhirnya lenyap apabila bakatnya lebih menonjol.

Selepas break-off dengan Nabila (mereka kata hanya mesra bukan bercinta), senyap sekejap kisah budak ni. Kemudian sejak beberapa bulan lalu, dia dikatakan gitu-gitu dengan Shila Amzah. Ramai peminat yang suka. Even me. Hehehe.


Amboi Mama Johan (kanan) macam mesra jer ngan bakal menantu.. hehehe


















Malah gambar keluarga Johan saling kunjung mengunjung rumah keluarga Shila dan sebaliknya, turut dipaparkan. Johan, malu-malu kucing kata keluarga kedua belah memang rapat dan dah lama kenal. Kalau rapat, okaylah kan...apa tunggu lagi!

ND Lala pun nampak macam bagi lampu hijau jer. Kan dia dah kata, kalau sesiapa nak anaknya, kenalah rapat dengan keluarga dia dulu. Sekarang dan terang lagi bersuluh.

Hari ni mStar Online kata Johan sudah ada pilihan hati di kalangan artis dan Insya Allah akan bertunang tak lama lagi.

Alhamdullilah syukur. Perkara yang baik eloklah dipercepatkan. Kalau dengan artis yang tu, bagus juga. Sama cantik sama handsome.

Shila pun dah kata.. dia tak nak cari sendiri lagi. Biarlah orang tua yang tentukan.




Semoga cepat disatukan...ewah pandai2 jer Kjee. Hehehe



7 comments:

  1. pertama kali menyinggah kesini dan saya suka blog ni.
    saya jarang tengok cerita melayu tapi tau la johan ni siapa and dia mmg berbakat and shila laks mmg deserve someone yg way much better then shanaz.. heheh tapi ape2 pun jodoh ditangan Allah swt kan.. kita mampu merancang tuhan yang menentukan.

    ReplyDelete
  2. mmg la dato as'ari ibrahim tu bapa johan kak jee..

    ReplyDelete
  3. moga ada jodoh untuk mereka dan moga ini yg terbaik.

    ReplyDelete
  4. sesuai sangat kan kak jee....johan sempoi je...

    ReplyDelete
  5. Saya pon suka dgn couple ni... sama cantik sama padan! dua2 lawa n ensem... moga2 mereka dijodohkan berdua kelak!

    ReplyDelete
  6. betul la kot kakjee, dato' tu bapa kpd johan ni
    http://webberita.com/johan-asari-atasi-populariti-bapa.html

    ReplyDelete
  7. Dah lama tahu dia anak Dato. Tapi tak tahu pulak rupa-rupanya ayahnya bekas wartawan Berita Harian dulu...sama angkatan dengan Kjee.

    ReplyDelete