Sunday, November 10, 2013

AL FATIHAH AHMAD DERIS AKA MAT BUSU PI MAI TANG TU

Pertemuan terakhir Kjee dengan Allahyarham pada 4/9/2013


Kjee baru sahaja mendapat berita pelakon veteran Ahmad Deris atau Mat Busu yang dikenali menerusi drama komedi bersiri Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah pulang ke rahmatullah, malam tadi. Beliau meninggal kerana stroke atau angin ahmar.

Pertemuan terakhir kami adalah pada majlis Seniman di Finas pada 4 September lalu. Ketika itu beliau nampak ceria berbanding dengan pertemuan bersamanya di Majlis Berbuka Puasa yang lalu.

Rasa-rasanya Allahyarham berusia dalam lingkungan 60-an dan berasal dari  Perak tetapi menetap di Kelang, Selangor.

Kjee mula mengenali Allahyarham ketika mula-mula terbabit bersama dalam drama pentas Syyy... yang kemudiannya ditukar kepada Pi Mai Pi Mai Tang Tu setelah dijadikan drama bersiri. Jika tidak silap Kjee, Syyy... dipentaskan pada tahun 1983.

Kali terakhir Kjee bekerjasama dengan Allahyarham ialah untuk drama Aku Kaya yang dibuat di Johor Baharu. Kjee menjadi Pengurus Produksi drama tersebut. Ketika itu, Allahyarham sudah mula uzur kerana diabetes. Drama Aku Kaya dibuat sekitar tahun 2003/2004 dan diarahkan oleh Murali Abdullah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

3 comments: