Pages

Friday, November 22, 2013

WANITA BALUN PEROMPAK PAKAR THAI BOXING!!



Germaine sedap balun perompak yang terjatuh di belakang kotak hitam sebelah kiri. Perhati di gate perompak kedua



Germaine Yeap - ehsan The Star



Awal bulan ini, Kjee ada share satu video di Facebook, mengenai seorang wanita yang membalun seorang perompak yang cuba meragut beg tangannya. Video itu menunjukkan wanita itu baru masuk perkarangan rumahnya.

Dah cuba trace balik video itu tapi tak jumpa. Kjee share dari satu post oleh Media Permatang Pauh atau MPP.

Sebaik sahaja dia turun dari keretanya, dua lelaki menaiki motor tiba (mungkin mengekorinya sejak awal). Salah seorang daripadanya, meluru kearah wanita itu, yang masih tidak menyedari kedatangan lelaki tersebut.  Lelaki itu cuba merampas beg tangan wanita itu.

Masa menontonnya, Kjee sangat simpati kepada wanita yang bakal jadi mangsa ragut. Bagaimanapun, apa yang berlaku, adalah sebaliknya!

Wanita itu telah menyerang lelaki itu sampai terjatuh. Dia pukul lelaki itu bertalu-talu sampai lelaki itu tak sempat membalas. Bagaimanapun, perompak yang seorang lagi yang nampak  kawannya dibelasah, bingkas datang membantu sambil mengharun parang!

Melihatkan parang itu, wanita itu terus lari ke dalam rumah. Kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri dengan menaiki motor. Adegan ini dirakamkan menerusi CCTV rumah wanita berkenaan.

Berkali-kali Kjee ulang tayang tengok. Berani sungguh wanita itu. Tapi awas, jangan korang lakukan apa yang Germaine Yeap lakukan. Pagi ini Kjee baca dalam The Star Online, Germaine, 28 tahun, pakar Muay Thai atau Thai Boxing!!

Menurut Germaine, dia hanya merasa bimbang apabila perompak kedua menghayun parang dan meluru kearahnya.

Apapun, Germaine menasihati kaum wanita supaya "melepaskan beg atau apa sahaja barangan yang diragut perompak...nyawa lebih berharga.."

The moral of my entry... Rasa-rasanya elok, kalau ada kesempatan, wanita pelajari ilmu pertahankan diri. Kita tak tahu bila keadaan seperti itu akan berlaku.

KLIK SINI.


3 comments:

waiem said...

Assalam Kak Jee,

Pernah gak berangan / berimaginasi especially masa terperangkap dalam jem. Kalu ditakdir kena ragut (minta dijauhkan), saya berharap diberi kekuatan luar biasa oleh Allah untuk karate/boxing/terajang..etc peragut itu sendiri dan bawa dia ke balai polis.

Kalau berdepan dengan peragut yang bawa parang pula, diberi kuasa untuk rampas pedang dan tetak kedua tangan peragut itu.

Tapi tu la dalam angan-angan boleh la.

Kad Kahwin Murah said...

da tgk video ni..mmg ganas pmpn tu..kasi hentam sama perompak tu haha jarang jmpe pm berani mcm tu hehe

Andrew Calandrelli said...

Starting out in muay thai, I was scared at first. You know that feeling of that first day in school? That was how I felt. But I was silly to feel scared, it's not that scary. Muay thai is all about partnership – you pair up and you help each other learn. Boxing in Connecticut

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...