Tuesday, January 29, 2013

JO, NASH DAN KJEE

Nash - ehsan mStar



Hari tu kalau tak silap Kjee, ada terbaca berita Jaafar Onn cari calon isteri. Apabila tersiar di Facebook, ramai yang menyuarakan hasrat ingin jadi calon bakal isteri JO. Tak tahulah samada JO dah jumpa yang berkenan di hatinya.

Hari ini Kjee baca dalam mStar, Nash pulak teringin hendak menamatkan zaman dudanya. Maklumlah anak2 dari bekas isteri pertama dulu dah besar2. Mungkin masa anak2 membesar, Nash taklah rasa sunyi. Tetapi apabila mereka sudah mula sibuk dengan hal masing2, barulah terasa perlu ada wanita bergelar isteri di sisi.

Nash kata dia tidak mencari selama ini, sebab itulah sampai sekarang belum lagi jumpa seseorang yang menepati ciri2 yang diidamkannya.

Pada Kjee, tak payah cari. Kalau tiba masanya Allah swt nak temukan calon yang terbaik, dia akan muncul tanpa kita sedari.

Macam Kjee dululah. Siap buat solat hajat, solat Istiqorah agar Allah swt tutupkan pintu hati ini untuk semua lelaki. Rasa serik sangat nak kahwin lagi selepas dua kali gagal.

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui. Kjee sebenarnya amat memerlukan rupa2nya seorang suami yang boleh menjaga Kjee di usia2 senja. Dan Kjee ditemukan dengan seorang jejaka yang berbelas tahun lebih muda.

Ada sebab disebalik jodoh dengan lelaki muda. Kjee perlukan seorang suami yang mempunyai tenaga untuk menjaga Kjee yang seringkali sakit. Kalau kahwin orang tua, belum pasti lagi siapa jaga siapa kan?

Terima Kasih Allah.

So kalau ada wanita yang bertemu dengan lelaki yang lebih muda dan ingin menjadikannya suami, teruskanlah niat itu. Jangan peduli apa orang kata. Tak semua lelaki muda itu hanya nak pikat wanita yang lebih tua kerana wang ringgit!

My marriage is a living testimony. Dan.....produser Raja Azmi mungkin tidak terkecuali. Wallahualam.

Baca di mStar Online untuk cerita Nash.

Friday, January 25, 2013

RAJA AZMI NAK KAHWIN GITARIS UMUR 27 TAHUN!






Kjee tak mau komen perihal produser Raja Azmi sedang hangat bercinta dengan seorang gitaris berusia 27 tahun. Love is definitely Blind. 

Hanya doakan my good friend ini akan bahagia ke nafas akhir. Dibawah Kjee copy paste berita dari mStar Online.



PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bersedia untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dengan kekasih baharunya iaitu seorang gitaris berusia 27 tahun.

Raja Azmi, 54, berkata, keikhlasan lelaki bernama Hafiz itu dapat dilihat apabila pemuzik itu melamarnya, beberapa hari lalu.

"Dia memang ikhlas dalam hubungan ini kerana berani meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya selepas sebulan berkawan.

"Mungkin terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya sudah bersedia (bergelar isteri).

"Jika ada jodoh, kami mungkin berkahwin pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.

Penerbit dan penulis filem .... Dalam Botol ini mula menjalin hubungan dengan Hafiz selepas berkenalan di sebuah hotel terkemuka yang menjadi lokasi gitaris itu mengadakan persembahan.

Raja Azmi yang bergelar janda sejak enam bulan lalu bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas 28 tahun berkahwin.

Raja Azmi berkata, dia tidak peduli pada persepsi umum susulan pengakuannya menjalin hubungan dengan lelaki yang berusia 27 tahun lebih muda daripadanya.

Katanya, keutamaan pada waktu ini adalah kebahagiaan diri sendiri berbanding pertikaian khalayak yang tidak merasai kedukaannya selepas bercerai.

"Biarlah apa orang hendak kata. Yang penting saya bersikap jujur terhadap perasaan yang saya alami sekarang.

"Saya benar-benar bahagia dan gembira dengan hubungan ini kerana ia membuatkan saya kembali ceria selepas lalui episod duka (perceraian)," luahnya.

Raja Azmi berkata, perbezaan umur tidak menjadi penghalang kerana keserasian antara mereka.

"Umur bukan ukuran kerana kami saling menyayangi dan ia berlaku dengan ikhlas.

"Sudah lama saya berasa sunyi selepas bercerai dan apabila bersama kami rasa seperti seusia," kongsinya sambil mengakui hubungan itu mendapat restu keluarga kedua belah pihak

MY BLOG IS TWO!




Asssalamualaikum. Hari ini blog Kjee dah dua tahun wujud. Dua tahun Kjee bersiaran di alam maya.

Tujuan asal menulis di sini dulu sebab nak hilangkan rasa boring. Boring sebab jadi OKU (ketika itu) dan terperap kat rumah. Hampir 15 jam setiap hari mengadap PC layan Facebook sehingga hampir2 mereng.

So my beloved husband and daughter, kata why not try blogging. Bigger space and bigger playground.

Mula2 Kjee tak berapa berkenan sebab Kjee tak tahu apa nak tulis. Malangnya selepas mula, susah pulak nak berhenti. Justru kekadang Kjee tulis 5 hingga 6 entri sehari.

Itu dulu. Sekarang dah rasa macam tak ada challenge lagi. Empat lima hari baru satu entry. Mungkin time for me to gerak tempat lain. Hehehe.

Anyway, hari ini, 21 Januari 2013, blog Kjee yang mulanya dikenali sebagai Dunia Dari Dapur Kak Jee kini sudah menjadi www.fauziahsamad.com. 

Kenapa Kjee tukar? Ala tukar nama jer. Kjee tak mahu orang keliru dan ingat ini blog masakan.

Banyak pahit jerih Kjee lalui buat blog ini. Baru Kjee tahu ramai haters yang kerja dia siang dan malam, blog walking dan bantai setiap apa yang dia orang baca. Ada saja tak kena.

Kalau Kjee jadi mereka, Kjee akan bukak blog sendiri dan setiap hari kerja maki hamun, carut dan lemparkan kata nesta. Kalau itulah yang boleh buat mereka rasa cukup puas!

Tetapi apabila Kjee tenang semula setelah stress baca komen mereka, Kjee buat kesimpulan mereka ini tidak bersalah. Kerana mereka inilah wujud satu kawasan khas bernama neraka jahanam. Dan agaknya mereka inilah bakal menjadi penghuni sana kelak. Wallahualam.

Anyway, Kjee ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang suka dan tak suka baca blog Kjee. Yang suka baca dua tiga kali sehari dan yang tak suka, 10 hingga 20 kali hingga menyebabkan Kjee dapat kunjungan hampir 7-juta dalam tempoh 2 tahun!

Alhamdullilah syukur! Tak sangka ramai yang sudi menjenguk blog mokcik ini walaupun kekadang banyak sangat ragam dan merapunya.

Ingat senang ke nak dapat hits banyak itu? Blog ini bukan blog politik yang boleh dapat beratus ribu hits sehari. Blog Kjee kekadang mampu cecah 27,000 hits sehari. Dan paling rendah pun berbelas2 ribu sehari.

Selagi Allah swt beri Kjee kesihatan untuk menulis, Kjee akan go on. Tetapi sejak akhir2 ini Kjee menyusun 10 jari memohon maaf, sebab ramai yang komplen Kjee jarang sangat update. Ada kalanya apabila kesihatan terganggu, Kjee tidak berupaya untuk melayan blog ini.

Akhir kata, terima kasih banyak2 kerana buatkan Kjee sangat2 happy di penghujung kehidupan ini. Komen anda, doa anda dan kritikan anda, has made me a better person! Insya Allah.




Thursday, January 24, 2013

POLIS MALAYSIA MEMANG HEBAT!!

Lisa - ehsan mStar


Tahniah PDRM! Polis Malaysia memang hebat! Sekejap saja kes kehilangan wang yang dilaporkan Lisa Surihani berjaya diselesaikan. Yang tak bestnya, orang yang terbabit dalam kes tu adalah seorang wanita dan kakitangan bank berkenaan.

Kan Kjee dah story sebelum ini yang kes membabitkan kehilangan/kecurian wang dari mesin ATM tidak sukar diselesaikan. Baca sini.

Korang bacalah sendiri ya apa yang Kjee baca di mStar tadi yer.



PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani, 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasam diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Tuesday, January 22, 2013

TAK PERLU MAJOR OVERHAUL



Dah tiga hari tak post entry baru. Bukan tak ada idea tetapi kesihatan tidak mengizinkan. Dikejarkan ke hospital untuk sebab lain tetapi setelah menjalani pemeriksaan lain pulak ceritanya.

So spend dua hari dua malam di hospital. Happy sangat sebab sekarang dah tahu apa yang tidak berfungsi. Tak perlu jalani major overhaul cuma servis sana sikit jer. Hehehe.

Terima kasih kepada mereka yang tak putus2 mendoakan.

Akan banyak berehat. So kalau tak ada entry baru, maaf dipinta.

Saturday, January 19, 2013

JOZAN...ANDA MEMANG KING OF LAWAK!!




Kemunculan Johan di pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega, menjadi punca undi terus melonjak menyebelahi kumpulan Jozan. Sebelum ini, ada suara2 sumbang yang meramalkan kedudukan kumpulan itu dengan hanya menampilkan Zizan secara solo, agak goyah.

Bagaimanapun, sebelah tengah hari tadi desas desus Johan akan membuat kemunculan mengejut, membuat ramai begitu teruja dan bersemangat kembali untuk menonton pertandingan akhir itu.

Tahniah Jozan. Bertahan di tempat teratas 10 minggu berturut2. Suatu pencapaian yang cukup cemerlang!

Walaupun beberapa ketika persembahan Jambu dikatakan cukup mantap dan hampir2 berjaya menumpaskan Jozan, namun nasib menyebelahi Jozan, akhirnya.

Ini adalah julung kalinya Johan dan Zizan memenangi sebuah pertandingan dibawah panji2 Jozan! Dan kemenangan itu menjadi lebih manis apabila Johan sanggup berkorban 'memohon cuti dari Hospital Prince Court' semata2 untuk berjuang bersama his other half!

Ramai yang meramalkan selain Jambu, Shiro jugak mampu mengenepikan Jozan memandangkan prestasi kumpulan dari Johor itu, yang meningkat setiap minggu. Apapun, Shiro kelihatan cukup gembira dengan kemenangan di tempat ketiga.

Bagi Kjee, kehebataan Boboi jugak agak mengejutkan. Kjee menjangkakan tempat ketiga adalah persaingan sengit antara Boboi dengan Shiro. Dan mungkin tidak keterlaluan sekiranya Kjee katakan yang Say Who was no fight to the other four.

Sementara itu, tidaklah diketahui samada Zizan sedar akan kemunculan Johan sebab apabila Johan muncul dari belakang pentas beberapa minit selepas Zizan beraksi, wajah Zizan agak gugup.

Johan juga kelihatan seperti baru sampai. Hanya ber t-shirt biasa dan tanpa 'dibedakkan dulu' oleh mekap artiste. Apapun, Kjee pasti, seperti Kjee jugak, ramai yang sebak melihat kemunculan Johan dengan lututnya  kelihatan 'agak tebal sebab berbalut'.

Persembahan Jozan memang mantap terutama sekali bahagian kedua iaitu segmen muzikal. Segmen ini tidak asing bagi Johan kerana dia memang seorang deejay di Radio Era.

Jozan membawa pulang RM500,000, Jambu RM250,000, Shiro RM150,000, Boboi RM50,000 dan Say Who RM15,000.

Friday, January 18, 2013

LISA SURIHANI BARU SAHAJA KEHILANGAN

Lisa - ehsan google











Hari tu Kjee terbaca berita mengenai musibah yang melanda aktres Lisa Surihani. Jumaat lepas, dia membuat laporan polis kerana kehilangan wang sejumlah RM50,000 dari akaun bank beliau.

Lisa muncul jadi juri Maharaja Lawak Mega di Ipoh,  dengan wajah selamba. Walhal dalam hati dia hanya Tuhan sahaja yang tahu keresahannya. Banyak wang tu...kalau Kjee dah tergolek-golek sedih.

Anyway, beberapa tahun lalu Kjee pernah menghadapi masalah serupa. Duit dalam akaun lesap. Taklah banyak macam Lisa punya.

Kjee menyedarinya setelah kad ATM Kjee hilang. Kjee bergegas ke bank dan masa tu baru sedar duit dah tak ada. Lepas tu, Kjee diarahkan buat laporan polis.

Masa itu, Kjee tak pasti apa akan terjadi. Apakah Kjee akan dapat duit itu ataupun apakah orang yang keluarkan duit itu akan ditangkap. Korang tak perlulah tahu apa terjadi kepada duit Kjee itu sebab tak penting.

Tetapi apa yang Kjee ingin cerita di sini ialah, mungkin ramai tidak tahu bahawa ada yang melihat anda ketika anda keluarkan duit di mesin ATM. Tak kesahlah samada its your money or duit orang lain.

Macam mana pulak ada orang nampak? Pak Guard yang duduk dekat dengan mesin tu ke? Bukan pak guard tapi tentu CCTV!

Serius ni. Masa kita nak keluar duit, dalam otak kita hanya fikir nak tekan apa yang perlu ditekan kat mesin tu dan duit keluar. Tetapi korang mesti tak syak ada CCTV kan? Sebab kalau korang tahu, pasti korang pose maut kat situ kan? Hehehe.

Anway, on a serius note... janganlah korang susah hati kalau mendapati duit tetiba lesap dari akaun. Foto orang yang lesapkan duit itu sudah dalam dalam simpanan Bank. Dan kalau korang buat report, pasti Bank akan serahkan semua details termasuk foto si minah atau mamat yang keluarkan duit korang tu.

So the moral of my entry...masa nak gi keluarkan duit, berhiaslah diri dulu...pergilah blow dry rambut, pakai fesyen K-Pop yang latest..sebab semuanya akan di capture di CCTV ATM machine bank tersebut. Kahkahkah.

Atau kalau korang nak keluarkan duit yang bukan korang punya, eloklah korang go in disguise. Tapi sepandai2 tupai melompat....jeng jeng jeng. Fill in the blanks yourself!

LATEST...JOHAN BAKAL MUNCUL MALAM INI?



Kjee baru saja baca berita Johan mungkin akan muncul dalam Final Maharaja Lawak Mega malam ini! Dia yang kini masih di hospital, sedang cuba mendapatkan kebenaran doktor untuk terbang ke JB untuk tujuan itu.

Tanpa Johan, Zizan hilang sengat!

Berita yang dimuatkan dalam mStar Online, antara lain memetik kenyataan pengurus Zizan seperti berikut:

Pengurus Zizan Razak, Marina Juki berkata, pihaknya berharap pasangan Zizan iaitu Johan akan muncul pada malam Jumaat seperti yang diluahkannya ketika dihubungi pihaknya pada Khamis.

“Ketika Zizan menghubungi Johan semalam (Khamis), dia memang teringin untuk beraksi pada malam ini. Kami masih belum dapat sahkan sama ada Johan benar-benar akan muncul atau tidak.

“Kalau diikutkan doktor tidak benarkan dia berjalan jauh kerana keadaan kesihatannya tetapi Johan mahu beraksi pada pentas akhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Prestasi komedi Zizan didakwa merosot sejak ketiadaan Johan dua minggu lalu kerana kecederaan ligamen sehingga memaksa dia menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 26 Disember lalu.

Pentas akhir MLM 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor dan bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134)

ROTI JALA TAPI ROTI KIRAI KATA ORANG UTARA
























Sejak Nadia dah tamat belajar, seronoknya Kjee. Nak makan apa, semua okay jer. Masa dia tengah sibuk nak exam hari tu, apa sahaja kita sebut nak makan, dia antara dengar dengan tidak, sebab dalam fikiran hanya teringat nak study jer.

Semalam Kjee cakap nak makan roti jala dan pagi ini, siap!!! Nadia dan papa dia gotong royong menjala atau kata orang Utara, 'mengirai', sementara Kjee buat kari ayam.








Inilah hasilnya roti jala yang dibuat 90% oleh UnclePali dan 10% oleh Nadia. Dia kata dah lama tak buat, so kekok sangat. Masa Kjee meniaga dulu, Nadia dan UnclePali memang tak menang tangan menghasilkan roti jala.

Kalau tiba hujung minggu, macam2 alasan UnclePali dan Nadia beri bila orang order. Dema maleh nak buat! Hehehe. Maunya tak letih apabila tiba hujung minggu, mereka berdua terpaksa buat dekat 10kg tepung. 1 kilo jadi 80++ keping. Kalau dah 10kg?

Anyway, semua itu sudah tinggal sejarah. Tetapi masih ada yang sms atau call Kjee, selamba jer nak order roti jala. Yang memanggil tu dah ketinggalan zaman. Dah dekat 4 tahun Kjee tak meniaga.





Sejak buat menggunakan acuan botol roti jala 3 muncung ni, dah tak lecak dapur. Maklumlah bancuhan tepung duduk dalam botol yang tertutup rapat dan hanya keluar waktu dipicit ke dalam kuali.

Tapi UnclePali yang pakar buat roti jala kata, acuan tiga muncung ini hanya untuk kegunaan
suri rumah. Bukan untuk orang meniaga. Kalau meniaga kena guna acuan pesen lama tu. Lebih cepat, katanya.

Hmmm entahlah. Sejak ada botol acuan tiga muncung ini, Kjee tak pernah try buat. Baru nak sentuh, UnclePali udah suruh main jejauh. So kerja gua buat kari jer.

Nak resipi roti jala, tengok sini. Nak resipi kari ayam/daging, klik sini. 




Kalau nak beli acuan roti jala 3 muncung tu, sms Kjee 0126780501. Ada special offer untuk mereka yang beli 3 set keatas. 1 set ada dua botol. Kongsi2lah dengan kengkawan kalau nak dapat special offer yang Kjee katakan tu. Sms jer tau, tak yah koling2. Hehehe.

Kalau nak ramekins macam yang Kjee bubuh kari tu, stok ada banyak. Kjee jual 1 set 6 biji. Ini tak ada special offer cuma pos parcel free. Nak tau harga, sms jer yer. Tenkiu.








SIAPA MENJADI PILIHAN? THE BEST MAN WINS!!




Jambu

Shiro

Jozan


Pada kiraan Kjee, Jambu dan Shiro pasti berentap hebat malam ini untuk menolak Jozan keluar. Jozan, pada Kjee mungkin akan muncul juara seandainya Johan ada.

Apapun, doakan yang terbaik untuk mereka bertiga. Opps bukan mereka bertiga sahaja tetapi berlima iaitu Boboi dan Say Who.

The best man wins!! Insya Allah.

Wednesday, January 16, 2013

WORDLESS WEDNESDAY - SUP FUCUK




resipi klik sini 

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI






Asam Pedas ikan tenggiri yang buat semalam. Ingatkan adalah baki untuk dicicah dengan roti pagi ini. Hmmm rupa2nya habis malam tadi tanpa ku sedari. Hehehe.

Itulah pasal  kalau dah lama tak masak menu ni kan?

Tuesday, January 15, 2013

DAH BESAR CUCU NEK YAH

Feeding time

Pandai bawak diri

Their playroom dah macam taska

Handsome nya

Apa hal lak ni?


Gelagat my cucu sedara. Kesian ibunya, Putri Alia Farina sebab tak ada maid. Tapi Alia memang seorang ibu yang cukup cekap! Congrats Alia.


Daddy baliklah...

Makan time

Hmmmm camner boleh jadi camni?

Happy Hours

YANG PAHIT TU LAH SEDAP























Ramai tak suka sayur peria. Baik yang biasa (orang Jawa panggil Kambes) atau peria katak. Mereka kata pahit. Yang pahit itulah ubat. Elok untuk orang perempuan tau. Adakah pernah korang makan jamu manis? Hah itulah ubat yang elok untuk kaum Hawa yang dikatakan ada dicampur peria.

Syukurlah sejak kecik arwah Bonda dah ajar Kjee makan ulam2an yang pahit dan segar. Tapi bila dah tua, jenuh pulak nak ngajor anak sendiri suruh makan. Hmmm banyak sangat songeh!

Kali ini Kjee buat sayur peria katak ala2 stir fry. Goreng kering. Masa tengah masak tadi, teringat yang arwah Bonda selalu masukkan sedikit santan apabila sayur tu dah nak masak. Golek2 dan hidang.

Tadi tangan gatal jer nak capai santan kotak. Tapi apabila fikirkan tanpa santan lebih sihat, maka Kjee tak jadi bubuh.





Kjee tumis simple jer. Hiris satu labu bawang besar kuning (bawang Holland) dan dua ulas bawang putih. Hiris jugak cili api Siam yang pedas tu. Kemudian tumis guna minyak jagung. Pastu apabila bawang dah agak kekuning2an, campakkan satu sudu udang kering yang telah dicuci dan tos. Guna udang segar pun boleh.

Apabila dah naik bau, masukkan sayur peria yang telah dihiris. Kali ini Kjee tak rendam dengan air garam sebab Kjee nak kekalkan rasa pahitnya. Kalau korang tak nak pahit sangat, rendamkan sayur yang telah dihiris dalam air garam kira-kira 10 minit dan bilas bersih.

Golek2 sayur itu selama kira-kira 10 minit atau ikut suka korang nak masak sepenuhnya atau separuh masak. Bubuh garam dan pak aji kalau guna. Kjee bubuh sos nampla atau kicap ikan ganti garam.

Sedap sangat. Kjee dah ratah sikit tadi sebaik keluar dari kuali. Pahit2 sedap!



IDEA SEDIAKAN MENU ROTI YANG TAK MEM'BORING'KAN.







Kalau korang bosan makan roti untuk sarapan setiap hari, dapatkanlah idea macam mana hendak buat sarapan menggunakan roti yang menyelerakan.

Kjee tak pernah rasa bosan makan roti. Ada pelbagai jenis roti di pasaran. Kalau dah bosan roti putih, tukarlah kepada roti wholemeal atau ada orang panggil roti jagung. Selain itu, di pasaraya2 besar, ada jual pelbagai jenis roti yang berasaskan bijirin. Atau buat roti sendiri ikut citarasa korang.

Ada orang bakar roti guna toaster (alat membakar roti) tetapi Kjee suka roti tu dipanggang atas dapur guna kuali non stick, kuali biasa ataupun grill pan.

Kenapa mesti bakar roti? Hah ada rahsia disebaliknya. Selain ia lebih enak, adalah dipercayai apabila kita bakar roti, khasiatnya lebih. Elok untuk mereka yang tengah diet. Kjee tak ingat apa khasiatnya. Nantilah Kjee google dan beritahu.

Walaupun Kjee selalu sangat makan egg on toast atau ada orang kata Egg Benedict, untuk resipi kali ini, Kjee pelbagaikan pembikinannya.






Mula2 Kjee ambil dua kepting roti wholemeal. Satu Kjee tebuk guna cutter bulat. Kemudian Kjee letakkan keju keping (slice cheese) atas satu keping. Kepingan roti yang Kjee tebuk tadi, Kjee letak atas roti yang dibubuh cheese. Lubang yang dah ditebuk tu, Kjee tutup semula dan bakar atas grill pan sehingga garing di kedua2 belah. Dalam gambar nampak terlebih garing...UnclePali terleka masa grill. Hehehe.

Sebelum itu, sediakan telor yang dibuat tiga suka masak. Resipi lihat sini.  Dah siap grill roti, telor tiga suku masak itu dipecahkan dalam mangkuk. Alihkan bahagian roti yang ditebuk sedikit dan tuangkan telor itu di tepat yang dikosongkan.

Makan dengan salad kalau suka. I like!!!





Monday, January 14, 2013

TIPS YANG TAK PAKSA SESIAPA IKUT! TAUKEH BERAS JANGAN RISAU!

Nasi tomato...Kjee suka sangat satu ketika dulu

Berapa kali sehari korang makan nasi? Dua kali? Lunch dan Dinner? Atau tiga kali? Breakfast, lunch dan dinner? Yang breakfast tu Nasi Lemaklah! Atau yang nak ke ladang, kebun dan kerja kontrak buat rumah makan nasi sejuk (istilah arwah Bonda untuk lebihan nasi malam).

Ramai mintak tips kat Kjee cara2 nak elak makan nasi macam yang Kjee lakukan. Agaknya baru sedar betapa menjaga kesihatan lebih penting daripada melayan nafsu makan. Actually, elak makan nasi bukan bererti tak makan karbohidrat langsung! Mesti ada gantian kepada karbohidrat dalam bentuk lain.

Sebenarnya Kjee tak tahu samada apa yang Kjee tulis ini boleh dikategorikan sebagai tips. Mungkin bolehlah dikatakan pengalaman orang tua. Dah lama Kjee sedar Kjee dah tua, tau.

Mungkin sebelum ini Kjee dah pernah beritahu yang Kjee bukan jenis yang bergantung hidup pada nasi. Kerjaya Kjee sebagai wartawan dulu membuatkan Kjee makan tak menentu. Kalau sibuk sangat, apa makanan halal yang ada depan mata, itu yang Kjee makan.

Justru, Kjee menjadi insan yang tidak memilih. Roti kelapa, yang mamak naik basikal jual sambil memicit loceng atau horn jual pun, Kjee boleh makan sepanjang hari. Itu kalau terlalu sibuk dan tak ada masa langsung. Buah2an jugak jadi sebahagian besar diet Kjee satu ketika dulu.


Bubur Nasi boleh dimakan untuk yang tak boleh berenggang dengan nasi

Dan apabila sudah menjadi kebiasaan sejak dari muda, apabila lapar, Kjee tidak pernah mengharapkan nasi untuk membuat Kjee kenyang. Kjee pernah makan tiga atau empat biji karipap untuk lunch. Itu dah cukup kenyang. Kjee makan sebab nak kenyang bukan sebab orang lain makan nasi, Kjee pun kena makan nasi.

Semalam Kjee tanya Nadia macam mana nak bagi tips kepada mereka yang nak elakkan makan nasi. Nadia macam Kjee. Boleh hidup tanpa nasi berminggu2 lamanya. Makanan gantiannya hanya lauk pauk.

Kata Nadia, bagi mereka yang langsung tidak boleh tinggalkan nasi, mereka harus lakukannya secara berperingkat2. Kalau makan 3 kali sehari (termasuk Nasi Lemak untuk sarapan), minggu pertama cuba makan dua kali sahaja.

Kemudian untuk minggu kedua, cuba makan sekali jer sehari. Kjee sarankan pada waktu makan tengah hari. Sebagai ganti untuk sarapan, makanlah roti, roti canai, capati, tosei, mihun ataupun biskut. Dan malam jugak boleh makan roti, mihun ataupun biskut.

Dan minggu ketiga, apabila badan kita sudah mula 'dilatih', cuba keluarkan nasi dari diet seharian. Alah bisa tegal biasa. Harus diingat. Badan kita tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Jadi, latihlah diri supaya menyukai sesuatu yang boleh membawa kearah kebaikan dan kesihatan.

Banyak yang boleh kita makan jika kita buat keputusan untuk berhenti makan nasi. Janganlah cari seribu satu macam alasan. Selera korang dan Kjee bukan sama. Apa yang Kjee suka makan, mungkin korang tak suka. So susah sikit nak beritahu apa yang seharusnya menjadi makanan gantian.


Kalau kita masak bubur yang sedap, takkan tak berselera nak makan?


Satu lagi cara ialah, makan nasi selang sehari. Jadikan 'Hari Tanpa Nasi', menyeronokkan. Plan menu untuk Hari Tanpa Nasi. Fikirkan makanan seperti spaghetti misalnya dalam pelbagai bentuk sajian. Harus diingat, makanan kita harus seimbang. Ada Protein (ikan, daging atau ayam), sayur2an dan Karbohidrat.

Sebagai contoh untuk mereka yang langsung tidak boleh berenggang dengan nasi, Kjee syorkan korang buat bubur nasi yang dimakan dengan lauk pauk (seperti Nasi Air Kelantan) atau bubur lambuk. Kalau kita masak satu genggam beras menjadi bubur, ia boleh buat kita kenyang seharian! Cubalah.

Ada yang kata walaupun dia makan roti dan makanan lain selain nasi, dia masih belum rasa kenyang. Isyhhh sedih betul Kjee dengar. Itu satu alasan yang Kjee rasa sukar diterima dek akal. Kalau Kjee dah kenyang, letak apa depan mata pun Kjee tak akan sentuh.

Orang putih kata 'Its All In The Mind'. Kalau korang dah set minda untuk hanya makan nasi, maka apabila tiba time makan, anda akan meronta2 mencari nasi. Kjee tidak pernah sempitkan fikiran apabila tiba time untuk makan. Apa yang ada, Kjee akan makan kerana Kjee bersyukur itulah rezeki yang Allah swt tetapkan untuk Kjee hari itu.

Cubalah kalau pentingkan kesihatan. Cegah sebelum parah.

NOTA:
ENTRI INI BUKAN MENGAJAK KORANG TIDAK MENJAMAH NASI SEPERTI KJEE. KJEE MENULIS ENTRY INI ATAS PERMINTAAN RAMAI YANG MAHU TAHU CARA MENGELAK DARI MEMAKAN NASI ATAS SEBAB KESIHATAN!
ADA YANG MARAH KJEE SEBAB KONONNYA MENGAJAK ORANG JANGAN MAKAN NASI. BILA MASA KJEE KATA BOIKOT NASI?! KALAU TAK RETI MEMBACA, TAK PERLULAH NAK HENTAM SECARA MELULU!
SO WAHAI TAUKEH BERAS, JANGANLAH RISAU. ENTRY NI TIDAK BERNIAT MEMAKSA SESIAPA BOIKOT MAKAN NASI DAN MERUGIKAN AWAK!! KAHKAHKAH.

Sunday, January 13, 2013

TERIMA KASIH DARI DBKL


Kul 10 malam tadi, kami tiga beranak keluar ronda2 KL di malam minggu. Nak intai jugak 'the aftermath' perhimpunan siang tadi.

Sampai berhampiran Dataran Merdeka yang lengang sebab semua jalan masuk ditutup, UnclePali slow down kereta. Dia ternampak sesuatu. Setelah melepas traffic lights menuju ke Jalan Tun Perak, dia berhenti kereta depan CIMB dan turun bersama kamera.

Kjee dah agak ini mesti kes dia nampak sesuatu yang boleh dijadikan bahan buat blog Kjee. Tak sampai 8 minit, dia kembali. Terus tunjuk Kjee gambar yang diambil. Kjee tersenyum nampak banner itu.

Kemudian UnclePali tunjuk satu lagi gambar. Dahi Kjee berkerut. "Apa hal abang amik gambar ni?"



"Tengok betul2. Masa I amik gambar banner tadi, ada polis ambil pulak gambar I," katanya sambil sengih. "Jangan esok muka abang keluar paper...Wanted Dead Or Alive!" usik Kjee. Hehehe.

Pastu kami gerak sampai ke Petaling Street dan seterusnya jalan ke Stadium Merdeka. Sampah yang banyak di kiri kanan jalan. Keadaan di situ gelap hingga menimbulkan keadaan seram. Tak sanggup Kjee nak suruh UnclePali park dan ambil gambar. Tetapi beberapa kereta peronda polis, parking kiri kanan jalan hingga menuju ke Stadium Negara.

Kami bertiga tidak cakap apa2. Mungkin dalam kepala masing2 terbayang suasana hiruk pikuk siang tadi. Alhamdullilah tiada untoward incidents. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan untuk media asing memburuk2kan lagi suasana. Or apakah ada?


Saturday, January 12, 2013

SINGGANG TENGGIRI & SAMBAL JAWA





Ini yang Kjee masak petang tadi untuk  kami tiga beranak. Dua2 lauk ini permintaan Nadia yang dah lama tak makan masakan Kjee.

Singgang ni Kjee buat macam biasa. Campak bawang putih, bawang merah, lengkuas dan daun kunyit serta serbuk kunyit dan cili api ketuk ke dalam periuk bersama air. Didihkan sambil campak asam gelugor. Bila dah mendidih  masukkan ikan. Kjee jugak campakkan dua tiga helai daun limau purut untuk aroma yang segar.



Ini ikan tenggiri segar yang Kjee beli kat Kpg Melayu Sungai Buloh. Ada orang panggil Tenggiri papan, ada panggil Tenggiri bunga. Kjee suka tenggiri ini daripada Tenggiri Batang yang keras sikit isinya.

Makan dengan budu...alahai sedapnya.






And then Kjee buat jugak sambal tumis Jawa. Kalau sebut lauk Jawa, mesti ada tempe. Biasa Kjee buat guna jugak tauhu tapi kali ini Nadia kata nak bubuh kentang dau dan tempe jer. Nadia jugak suruh bubuh terung rimbang atau terung pipit yang tumbuh meliar belakang rumah.

Banyak jugak Kjee buat tadi. So Nadia dah bekukan. Bila nak makan, boleh panaskan.

Ratah sambal tumis Jawa ni dan Singgang Tenggiri sudah memadai bagi Kjee tanpa makan nasi.


Terung Pipit

Friday, January 11, 2013

NADIA DAH HABIS BELAJAR!!

Nadia sebelum melangkah keluar untuk ke UniRazak on the first day of exams







Alhamdullilah anak dara tunggal Kjee selamat menduduki her final exams hari ini. Tujuh paper kesemuanya dalam masa 7 hari!

Anak yang exam, mama yang tak lena tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah! Maklumlah tak pernah selama ini dia mengambil straight 7 subjects! Hehehe.

Tiap hari sebaik sahaja keluar dari exam hall, Nadia terus call Kjee. Nampak sahaja nombor fon dia tertera di fon Kjee, punyalah berdebar. Kena dengar tonasi suaranya. Kalau riang, it means good news.

Alhamdullilah hingga tamat paper yang ke-7 tadi, suara riang dia sahaja yang terngiang2 di telinga! Airmata Kjee berlinangan sebab akhirnya, Nadia tidak lagi dibelenggu dengan peperiksaan.

Apapun, ujian maha besar menantinya apabila dia melangkah keluar di dunia tanpa sempadan dan kejam. Insya Allah, seandainya dia masih berpegang kepada nilai2 murni yang telah disemai sejak lahir, dia bakal selamat. Amiin.

Sebagai ibu, kita mengharapkan segala yang baik buat anak2 kita. Tetapi kita tidak boleh melindungi mereka sampai bila2. Ada saat dan ketika, mereka terpaksa mengharungi hidup sendiri... setelah kita pergi.

Kjee telah semaikan semangat berdikari dalam diri Nadia sejak dia kecil lagi. Maklumlah, tugasan Kjee yang tak menentu sebagai wartawan dan anak seni adakalanya memisahkan kami berminggu2. Tetapi Alhamdullilah setakat ini, Nadia tidak pernah mensia2kan amanah Kjee.

Pada 4 Februari ini, Nadia akan menjalani Internship bersama Bank Rakyat selama 3 bulan. Selepas itu, Kjee serahkan nasib Nadia kepada Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang.

Mudah2an Nadia akan mendapat keputusan cemerlang dalam usahanya menggengam segulung ijazah...Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan (Bachelor in Islamic Banking and Finance).

Dan harapan Kjee setinggi gunung agar dia tidak perlu membayar balik wang PTPTN. Untuk keperluan kearah itu, Nadia hanya perlu tidak kurang dari 0.09 markah sahaja lagi! Penentuannya, tidak sampai dua minggu lagi.

Ya Allah, mudah2an doa ibu tua ini untuk anak yatim bernama Farah-Nadia, untuk mencapai cita2nya ini, diberkati. Amiin.


Walaupun letih belajar siang dan malam untuk exam, masih boleh senyum pagi tadi

JOM JUMPA CHEF HANIELIZA AHAD INI

Chef  Hanieliza 


Kjee baru sahaja dapat call dari Chef terkenal Hanieliza Kamaruddin dari Terengganu. Beliau akan membuat  demo masakan di Kuala Lumpur, Ahad ini.

So, kalau ada kelapangan jom kita melihat Chef Hanieliza mempamerkan kepakarannya. Chef Hanieliza mohon Kjee war2kan ini kepada semua yang sudi hadir. Insya Allah Kjee pun akan luangkan masa ke sana nanti.

Masuk Percuma. Tarikh dan tempat seperti dibawah:

TARIKH   :      13 JANUARI 2013
HARI        :      AHAD
MASA      :      5 PETANG
TEMPAT  :      PENTAS UTAMA
                        BREM MALL KEPONG
                        KUALA LUMPUR

MENU     :       1. NASI SERAI
                        2. DAGING LADA HITAM
                        3. SALAD TAUHU










Monday, January 7, 2013

BELON FREE!! JOM PERGI SABAH DAN SARAWAK!!











Dah lama Kjee tak pergi Sabah dan Sarawak. Setiap kali teringatkan dua negeri yang mempunyai pelbagai budaya itu, keinginan hendak pergi melonjak2.

Hah sekaranglah masanya untuk pergi. Tiket belon free dik!!!



10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini


SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’. - mStar Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...