Thursday, February 28, 2013

HOME MADE SHEPHERDS PIE



Ini untuk breakfast esok



Malam ni kureng rajin nak masak dan kureng rajin jugak nak makan kat luar. Yang paling malas bila nak keluar makan ialah part nak bersiap. Pastu makan tak sampai setengah jam jer, dah balik.

So tadi Kjee usher UnclePali. Kalau buat Shepherd's Pie jer boleh ker? You tolong buat mash potato dan saya siapkan inti pie tu ya. Punyalah suka apabila UnclePali game jer.

So jadilah tiga biji ramekins saiz 4" dan 1 flan dish kecik. Yang flan dish tu simpan untuk breakfast esok. Hehehe.


bahan2


Inti sebelum ditutup mash potato


Ini dah kena tutup mash potato


Resipi yang Kjee buat tadi sama cam kat siniTapi Kjee tak bubuh sos tiram. Ganti dengan beef cubes atau kiub daging. And Kjee tambah diced bell peppers (cili hijau besar) dan Kjee hiris cendawan butang.

Dan kalau dulu Kjee paipkan mashed potato yang nampak huduh hingga macam tak selera nak makan, kali ni Kjee lapiskan aje mashed potato kat atas inti yang telah diisi ke dalam ramekins dan flan dish tu.

Mula tadi nak hangin jugak apabila mashed potato UnclePali cair sangat. Tapi apabila dah keluar oven, okay pulak. Dan apabila Nadia puji sedap, kembang hidung papa dia. Hehehe.

So itu sahaja tv dinner kami malam ini. Tengok Buletin Utama sambil makan. Masa nak makan, Kjee taburkan crispy cilli flakes. Sedap.




Sorang satu

Tabur crispy chilli flakes, sedap.




Wednesday, February 27, 2013

JANGAN ADA SESIAPA NAK PINANG SAYA - SHILA




Disebalik wajahnya yang lembut dan ayu, rupa2nya boleh tahan jugak keras hati anak gadis ND Lala ni yer. Tadi Kjee ada terbaca kenyataannya,  dia tidak akan benarkan sesiapa juga merisik (meminang?) dirinya dalam waktu terdekat.

Tapi dalam pada itu Shila Amzah tahu pulak yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut bukan di tangan manusia!

Daripada kenyataan yang berbunyi sikit lebih kurang begini..."sedangkan suami isteri yang sudah bercerai, masih ada ruang untuk rujuk.." Kjee berasakan Shila masih menaruh harapan untuk disatukan kembali dengan Chenta Hati nya itu.

Begitulah dalamnya rasa cinta Shila terhadap Sharnaaz Ahmad. Bila dikenang, macam cinta Romeo terhadap Juliet, cinta Laila terhadap Majnun.

Apa2pun, berat mata kita memandang, lagi berat bahu Shila memikul. Diharapkan panas hingga ke petang tetapi hujan lebat di tengah hari.

Mudah2an Shila tidak berterusan mengecilkan hati kedua ibu bapanya yang telah membesarkannya dari sebesar tapak tangan. Wallahualam.




PERIA KATAK UBAT DIABETES?




Lebih elok kalau dibuat ulam mentah


Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan sotong ni. Resipi yang semua boleh 'hentam sajalah labu'.


Dan eloklah tu kalau ia boleh kurangkan glukos dalam darah sebab kita dah pun join grup yang terkena diabetes. Tapi alhamdullilah reading glukos Kjee within control. Tiap2 pagi cucuk jari cek darah.


Anyway, kalau peria tidak boleh turunkan glukos dalam darah, takkan ahli farmasi di Healthlane suruh Kjee minum bittergourd tea. Bittergourd tu, peria lah dalam bahasa Inggeris.

Tapi teh ini taklah pahit. Biasa2 jer. Kjee memang gemar makan benda2 pahit2 especially dark bitter chocolates....oppps sekarang dah tak boleh....I mean tak boleh makan banyak2. Sikit2 jer. Hehehe.


Teh Peris. Beli kat Health Lane Farmasi. RM26

BANJIR KEMBALI MELANDA

Keadaan Banjir Di Empat Negeri Semakin Teruk Pagi Rabu


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di empat negeri semakin teruk pagi Rabu apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 5,027 orang berbanding 1,046 orang malam Selasa.

Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat gelombang ketiga banjir yang melanda di Pantai Timur manakala keadaan banjir di Perak dan Selangor tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu meningkat lebih sekali ganda apabila 3,679 orang dipindahkan sejak malam tadi ke 44 pusat pemindahan melibatkan daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, setakat 10 pagi, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 1,036 orang dipindahkan ke 19 pusat pemindahan di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Bachok.

Manakala di Perak, jumlah mangsa banjir seramai 297 orang berada di tujuh pusat pemindahan di Manjung, Perak Tengah dan Larut Matang.

Di Selangor, 15 orang berada di satu pusat pemindahan di Sepang.

Sehingga kini, satu jalan ditutup di Kelantan, iaitu Jalan Rantau Panjang -Panglima Bayu untuk semua kenderaan dan di Selangor, Jalan Sungai Lalang - dari Semenyih ke Hulu Langat dan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat. - BERNAMA

STOK BARU DAH SAMPAI










Minat? Sila sms 0126780501. Tq.

Monday, February 25, 2013

JENNIFER LAWRENCE JATUH DI ANUGERAH OSCAR








Inilah yang paling ditakuti ramai anak seni apabila terpaksa menaiki tangga untuk ke pentas terima anugerah. Itulah bahayanya kalau baju berjela2, beropol2.

Seringkali Kjee menahan nafas kalau mengadap TV menonton apa jua majlis anugerah baik dalam negeri mahupun luar negeri.

Apa yang terjadi kepada aktres Jennifer Lawrence, ketika majlis Anugerah Oscar, ini harus dijadikan ikhtibar. Can happen to anybody.

Jennifer menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Silver Linings Playbook.

Sunday, February 24, 2013

HI TEA DI PIZZA HUT, SRI DAMANSARA







Dah lama tak makan pizza kat Piza Hut. Selalunya UnclePali order jer kat Domino's. Kalau buat sendiri lagi puas. Klik sini. Tapi apa nak buat, Nadia dah tak ada masa nak meroti sekarang. Habis belajar sibuk pulak jalani internship.

So hari tu masa jemput Nadia balik kerja, Kjee sebut teringin nak makan, Nadia ingatkan nak order jer. No no no. Kali ni teringin nak eat in. Lagipun, Kjee pernah nampak restoran Piza Hut yang baru dibuka di Sri Damansara.

Kami bertiga suka pizza crust. Nak order yang large, bimbang tak habis. So kami order regular bersama platter yang ada fried chicken wings, pita roll ala popia dan fries. Kjee kalau tak order salad, tak sah hidup. So it was Caesar Salad yang menjadi pilihan.







FIZZ FAIRUZ TAK HABIS2 'WAYANG'





Kalau dah tahu akan mengucapkan dialog 'No Komen' berulangkali, tak payahlah susah2 cari publisiti murahan dan muncul dalam Melodi tadi!

Awak dah buat hal, be a gentleman lah. Hadapinya sebagai anak jantan!

Ada yang tuduh Fizz Fairuz wayang aje dan lelaki Ramli itu hanya 'pelakon tambahan'. Since Ramli dah kata ada beri salinan surat nikahnya dengan second wife dia pada Fizz, hah tunjukkan jer.

Makin kau berbelit2 cakap dan lari2, makin banyaklah orang buat spekulasi dan andaian.

Dalam hal ni, rasa2nya Sharnaaz Ahmad lagi 'jantan'. Sanggup 'sound' kat ND Lala pasal kes ND kata dia biadab. Hah macam tulah baru gentleman kan? Tak kesah lah apa orang nak kata, at least Sharnaaz dah lepaskan segala yang terbuku di dada.

Dan dengan itu, dia dah buktikan dia lagi 'jantan' dari Fizz Fairuz.

Tapi tabik springlah Fizz. Kes awak berjaya tutup kes panas Shila Amzah dan Sharnaaz.

Dan kenyataan Datuk Hattan minggu lalu untuk bernikah semula dengan ex-wife pertamanya, rasa2 Kjee adalah berita yang best sangat. Ia berjaya jugak sejukkan seketika berita panas yang dicipta Fizz Fairuz.

Hai donia donia!




Friday, February 22, 2013

TWO ONE GRILL DI JALAN KUANG DEKAT TASIK BIRU



Setiap kali ke Tasik Biru Kundang untuk sarapan, kami mesti lalu depan Two One Grill. Ia terletak di Batu 18, Jalan Kuang. Kalau nak tahu sebelah mana, korang drive melepasi stesyen Petronas kat Kuang. Satu jer pam minyak kat Kuang so tak boleh sesat punya.

Kemudian terus drive kira-kira 5 minit, tengok sebelah kiri. Mesti nampak cafe ala2 tree house di situ. Kjee kata ala2 tree house kerana keseluruhan perabotnya menggunakan kayu. Duduk di dalamnya terasa duduk dalam tree house.

Kami singgah di Two One Grill (Two One? Tuan?) satu petang kira-kira jam 5.30 petang, minggu lepas. Masa tu Kjee tak sihat. Dah banyak hari tak selera makan. Tapi entah kenapa petang tu tersebut nak makan steak kat Two One.

UnclePali dan Nadia pelik jugak sebab sebelum ni, tak pernah kami ke sana. UnclePali drive perlahan2 sambil Kjee tunjuk jalan.

Oleh kerana masih awal, Kjee ingatkan belum bukak lagi. Tapi sebaik kami masuk dan duduk, seorang customer baru balik. Tak eat in, cuma bungkus.



Lamb Chops


Carrot Cheese Cake Free dengan Lamb Chops


Kjee pun intai2lah menu. Menu grill biasa. Ada beef steak, lamb, chicken wings, mushroom soup dan add ons yang biasa.

Nadia memang tak boleh nampak lamb chops dalam menu. Terus order. Tapi Lamb Chops kat Two On special sikit sebab ada carrot cheese cake dan free drink dengan harga cuma RM18!

Kjee yang nak bukak mata pun tak larat, order mushroom soup with garlic bread dan sepasang grilled wings. Minum air suam jer maklumlah dah lama tak minum manis.



Garlic Bread and Mushroom Soup yang sedap RM4.50

Grill Wings. Satu keping RM3.



Ketika order sampai, terkejut Kjee apabila UnclePali jugak order Lamb Chops. Orderlah makanan lain kan supaya dapat merasa something different. Hmmm.

Nadia yang memang cerewet pasal makanan, makan laju jer. "Eh sedaplah Mama. I like. Even the carrot cheese cake is nice. Eh boleh datang lagi sini. Sedap. Portion pun besar. Better than most of the places kita pernah pergi di kawasan Sg Buloh ni," katanya sambil makan tanpa henti. UnclePali pun angguk.

Kjee longlai je jamah grill chicken wings Kjee sebab badan memang dah tak bermaya. Cuma Kjee habiskan mushroom soup dan garlic bread yang dua2 sedap!

Semasa kami menjamu selera, bosnya (lupa tanya nama) datang ke meja kami. Ramah orangnya. Two One dah beroperasi setahun (10/2/2012). Bukak setiap hari kecuali Isnin dari jam 5.30 petang hingga 12 malam.

Bisnes okaylah kak. Alhamdullilah, kata bos. Yalah tu. Ada ketika masa Kjee lalu situ di malam hari, Kjee tengok sampai tak ada tempat nak park. Two One Grill pun ada buat servis catering. Alamak lupa lak nak ambik no fon. Lain kali makan situ Kjee amik yer. Hehehe.







J SUSAN THOMAS MAHU BERLAKON SETELAH BERGELAR IBU


Penyanyi J Susan Thomas



Malam tadi Kjee  selak gambar2 dalam fail dan ternampak gambar2 kawan Kjee, penyanyi J Susan Thomas. Dah lama Kjee nak tulis mengenai penyanyi cantik ini yang fasih berbahasa Melayu. Susan pernah tanya Kjee samada okay ke kalau dia berlakon sebab sejak akhir2 ini dia banyak dapat tawaran.

"Saya masih belum dapat beri keputusan walaupun saya memang teringin sangat nak berlakon drama atau filem Melayu," kata Susan.

Sekarang ini memang kurang sangat pelakon wanita berbangsa India. Yang ada cuma Kencana Devi. Dan Kjee pasti Susan boleh berjaya menjadi seorang pelakon sehebat Kencana. Bagaimanapun kata Susan, dia masih aktif menyanyi dan banyak mengisi undangan pertunjukan pentas mahupun untuk jamuan makan malam.

Kalau ada sesiapa nak undang Susan berlakon atau menyanyi, sila hubunginya di 016 3718597.


Susan selepas bersalin


Kjee sebenarnya, ingin sangat nak kongsi cerita Susan yang hanya berjaya mendapat anak setelah 7 tahun berkahwin. Mungkin ramai yang senasib dengan Susan satu ketika dulu.

Selama tujuh tahun berkahwin, Susan berusaha sedaya upaya mendapatkan anak tetapi gagal. Dia telah cuba segala ubat dan perawatan yang disyorkan kawan2 tetapi masih menemui jalan buntu. Mungkin ada yang merasakan Susan sengaja merancang untuk tidak mempunyai anak kerana mahu menjaga tubuhnya agar sentiasa langsing. Maklumlah ketika itu, namanya sebagai penyanyi sedang meningkat harum.

"Only God knows, akak. Saya cuba macam2. Apa saja orang beritahu, saya akan try. Tapi semua tidak menjadi," kata Susan dengan fasihnya.

Susan bersama buah hatinya

Nak dijadikan cerita, satu hari Susan ke doktor kerana sakit pinggang. Doktor mengesahkan dia kena slip disc dan mengesyorkan dia menjalani pembedahan. Jika tidak, dia akan terus mengalami kesakitan seumur hidup.

Susan mengakui takut untuk menjalani pembedahan. Kemudian seorang seorang saudaranya mengesyorkan dia mencuba Transfer Factor Advance. Kerana takut dibedah, Susan ikut sahaja saranan saudaranya itu. Beberapa bulan selepas itu, doktor mengesahkan dia tidak perlu dibedah!

Sejak itu, Susan mula berjinak2 dengan Transfer Factor dan menjadi ahli 4Life.

"Saya berkenalan dengan Dr Tamilselvan dan isterinya. Oleh kerana saya dan suami tinggal di Johor Bahru, kami sering ke rumah Dr Tamil. Satu hari, saya meminta Dr Tamil bantuan untuk carikan saya anak angkat. Maklumlah Dr Tamil ramai kenalan.


Thaedeus dan papanya Thomas Pillai


"Dr Tamil bertanya kenapa saya tidak cuba Belle Vie? Dia mengesyorkan saya mengambil Belle Vie dan suami saya pulak Male Pro. Kami terus tidak membuang masa dan membeli Belle Vie dan Male Pro. Male Pro hanya terdapat di Singapura."

Susan memberitahu, sebelum itu, dia dan suaminya pernah menjalani pemeriksaan doktor dan sah tiada masalah kesuburan di kedua2 pihak.

"Selama empat bulan saya makan Belle Vie dan suami saya mengambil Male Pro. Bulan pertama, tiada apa2 terjadi. Sampai bulan ketiga saya masih bersabar kerana saya tahu God is listening to my prayers. Dan masuk bulan ke-4, doktor sahkan saya mengandung!" kata Susan.

Ketika Susan mengandung, Kjee seringkali bertemunya di pejabat 4Life. Wajahnya cukup berseri2 dan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.

Esok, usia puteranya, Thaedeus Pillay genap 7 bulan.




"Bagi mereka yang sudah kahwin dan susah nak mengandung, jangan bimbang. Cubalah makan Belle Vie dan beri suami makan Male Pro, macam kami suami isteri. Tak perlu tangguh2kan lagi. Nanti lagi lama lagi susah," katanya lagi.

Susan berkata, kalau ada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara dia dan suami dia makan Male Pro dan Belle Vie, boleh hubungi dia bila2 masa. Dia sanggup berkongsi pengalamannya dengan semua.

Malam ini, (22 Feb), Susan dan Dr Tamilselvan akan berada di  SAHARA HOTEL, RAWANG, MULAI JAM 7.30 MALAM.

Dan esok, 23 Feb, Susan akan berada di pejabat 4life, di Menara Amcorp, mulai 4.30 petang.

Belle Vie - RM197 (harga ahli)

Male Pro - RM255 (harga ahli)

Dan seandainya ada sesiapa yang ingin mendapatkan product 4Life, bolehlah hubungi Kjee di 0126780501/0123816091.

Harga ahli Belle Vie ialah RM197 dan Male Pro RM255 sebelum ditambah harga pos. Bagaimanapun, product Male Pro hanya boleh diperolehi di Singapura. Dan jika ada yang berminat, sila hubungi Kjee.

KEJAP KATA BELUM KAHWIN, KEMUDIAN KATA SUDAH PULAK



Kisah Fizz Fairuz bertunang dengan bini orang dan putus seminggu kemudian, belum lagi berakhir nampaknya. Walaupun ramai pihak kurang percaya dengan kemunculan kenyataan dari 'Ramli', lelaki yang mengaku suami tunang Fizz itu, namun aktor itu menegaskan dia tidak menipu.

Fizz dilaporkan berkata dia telah menghubungi Azlyn Massiela, sebaik sahaja bertemu dengan 'Ramli' dan setelah didesak, wanita itu mengakui dia pernah berkahwin.

Dalam laporan BERITA HARIAN hari ini, Fizz menyatakan bahawa Azlyn sudah mengakui bahawa dia pun sudah berkahwin menerusi perbualan telefon sebaik saja bekas tunangnya itu mengetahui bahawa dia sudah pun berjumpa dengan Ramli.

"Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya itu telah terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka tetap sah di sisi agama.

"Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Namun, perkahwinan mereka tetap sah walaupun tidak didaftarkan," kata Fizz.

Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan lebih panjang, Fizz memberitahu peristiwa yang berlaku ini melibatkan maruah diri dan keluarga.

"Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang.

"Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga," ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia dilarikan dan terpaksa berkahwin dengan usahawan itu.

Thursday, February 21, 2013

SELAMAT BERSAMA KEMBALI HATTAN/ARIANIE

ehsan goggle

Dari dulu lagi Kjee minat sangat penyanyi sorang ini walaupun ramai penyanyi lelaki baru yang muncul selepasnya.

Dan hari ni Kjee happy sangat apabila kasih Hattan bersama bekas isteri pertamanya Arianie akan bertaut kembali Jun depan. Alhamdullilah. Itulah dinamakan jodoh. Walaupun pernah berkahwin dan berpisah tetapi takdir Allah, tiada siapa yang boleh tolak.

Dan Kjee cukup happy apabila Hattan mengaku, kesilapan perceraian mereka dulu terletak pada dirinya yang terlalu ego dan garang. Tetapi dia telah berjanji akan berubah. Alhamdullilah. Bukan senang untuk seorang lelaki membuat pengakuan sejujur itu.

Mudah2an rumahtangga yang bakal dilalui buat kali kedua dengan Arianie akan bahagia dan kekal hingga ke nafas akhir.


SUAMI KATA BEKAS TUNANG FIZZ HILANG INGATAN!



Kjee pasti ramai yang tertunggu2 untuk mendapatkan kenyataan dari  Azlyn Massiela bekas tunang aktor Fizz Fairuz mengenai kemelut yang melanda baru-baru ini. Kjee baca banyak spekulasi dan andaian orang. Rupa2nya ramai penulis skrip berbakat di kalangan masyarakat kita sekarang.

Antara sub plot paling menarik ialah mereka berasakan itulah hukuman seimpal ketas 'atas dosa yang dilakukan terhadap Chenta Hatinya Almy Nadia'. Hukum Karma, kata mereka.

Anyway, pagi ini Kjee pasti, skrip sebenar 'Tunangku Bini Orang' dengan pelakon utama Fizz Fairuz lebih dasyat lagi jalan ceritanya dari drama bersiri Adam dan Hawa yang didakwa Astro, meletop!! Atau lebih memeningkan kepala dari Sehangat Asmara.

Dalam Kjee mamai2 lagi sebab diberi banyak ubat malam tadi apabila singgah di Hospital lewat malam tadi, Kjee baca dua versi berita yang cukup panas berkaitan drama Tunangku Bini Orang. "Bini Orang' nafi dia pernah 'berkahwin sepanjang usianya selama 26 tahun!' Dan dia sedih Fizz sanggup aibkan dia dan keluarganya sebegitu rupa!

Kjee pasti semua tersandar seketika membaca kenyataan Azlyn dalam sebuah akhbar pagi ini. Malah dia kata kalau sudah 'tidak sayang, tak payahlah fitnah dia sedemikian rupa'. Boleh periksa di mana2 pejabat kadi di Malaysia, rekod dia pernah bernikah.

Malah keluarganya juga dalam proses mencari seorang peguam untuk ke Thailand, siasat samada ada rekod perkahwinannya di sana.

Wahhhh, dasyat sekali ya. Dalam fikiran Kjee, berlegar2 soalan...Permainan siapakah ini? Tak payahlah buat skrip berbelit2 macam ni kan?

Tetapi pasti korang lebih terkejut apabila mendapat tahu, suami Azlyn pulak keluarkan kenyataan, isterinya sakit dan sudah berbulan2 hilang ingatan! Ini, bagi Kjee, telenovela yang bakal mencipta sejarah dunia!

Kenytaan suami Azlyn disiarkan oleh Forblogger.Net. Tak pasti samada kenyataan dalam blog itu berasas. Maaflah, memang ada segelintir blogger yang suka reka2 cerita dan sembunyi tangan lepas lemparkan batu. Tapi Kjee harap blog ini tidak seperti blog sedemikian.

Ini antara yang ditulis oleh blog itu.

“Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. “Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. 

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

 Semalam media melaporkan Fizz Fairuz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, selepas empat hari bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang setelah dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu lalu terus memutuskan hubungannya, Ahad lalu. 

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian adalah kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. 

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia adalah kesilapan saya kerana bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). 

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Menurut sumber, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara. 

Ramli juga memberitahu, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama. 

“Saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan kepada dia walaupun saya sentiasa sibuk,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan. 

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama. 

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

 Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka. Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.


Wednesday, February 20, 2013

CINTA LAIN TUNANG LAIN. TUNANG RUPA2NYA ISTERI ORANG!!








Belum reda lagi kes dia bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain. Sekarang timbul pulak kisah, tunangannya MASIH isteri orang!

Macam kisah dalam sebuah drama! Kjee ingatkan perkara begini hanya berlaku di alam bukan realiti tetapi hakikatnya ia berlaku dalam kehidupan Fizz Fairuz! Kjee tak tahu nak kata apa..apakah doa Almy Nadia agar Allah swt menunjukkan kebenaran akhirnya terserlah?!

Janganlah kita buat andaian apa2 terhadap apa yang terjadi kepada aktor Fizz Fairuz. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya ini. Dan moga2 dia tabah menjalani semuanya ini, Insya Allah.

Baca kisah dia bertunang di sini.

Kjee copy paste apa yang Kjee baca di Harian Metro pagi ini.





Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Nak tahu lebih lanjut, dapatkan senaskah akhbar Harian Metro hari ini.

Tuesday, February 19, 2013

20 TAHUN KERANA LAMBUNG BAYI!




Dua puluh tahun sahaja? Tak ada sebatan ker? Bukan kah undang2 Malaysia begitu keras pasal penderaan keatas kanak2.

Apapun, kita doakan adik Mohamed Hareez Mohd Zamri selamat. Mujurlah usianya terlalu muda untuk mengerti apa itu trauma dirinya dilambung dengan begitu kejam sekali oleh pembantu rumah yang digajikan oleh ibu bapanya.

Yuliana, 23, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya Mohamad Hareez.

Video yang ditayangkan di Buletin Utama TV3 dan juga dimuatnaik di internet telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

Apa reaksi rakyat Indon? Tiada reaksi? Biasalah kan!


Saturday, February 16, 2013

ALFATIHAH KUSWADINATA @ KUSWADI BIN BUJANG


Allahyarham menghembuskan nafas akhir petang tadi di Hospital Ampang. Jenazah Allahyarham di tempatkan di No 7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang.

Semoga roh allahyarham ditempatkan di sisi orang beriman dan dikasihiNya. Amin.

BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR









Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge.

Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung untuk Nadia, UnclePali singgah di Kpg Baru apabila Kjee kata nak makan kuih. Kjee nampak beberapa gerai Thai sudah siap sedia untuk meniaga Bubur Nasi.

Oleh kerana kami sudah lunch, Kjee decide buat sendiri di rumah sebab tak kuasa nak nak keluar semula malam nanti semata2 nak makan bubur nasi.




Sampai saja rumah, Kjee suruh Nadia rendam beras satu mug. Kalau rendam sejam dua, proses memasak bubur atau congee dapat disingkatkan.

Kalau buat bubur nasi, lauk favorite Kjee dan Nadia ialah ikan bilis yang digoreng garing bersama cili padi dan bawang putih. Kalau ada lauk ini, tak ada lauk lain pun tak kesah.




Cara buatnya cukup mudah. Hiris bawang putih. Kjee guna 6 hingga 7 ulas. Cili padi kampung pulak dalam segenggam dan ikan bilis yang telah dibelah dua dalam semangkuk.

Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang putih hingga garing. Keluarkan dan bubuh atas kitchen towel untuk serapkan minyak. Kemudian hati2 goreng cili padi hingga separuh masak. Hati2 kerana cili padi jika digoreng akan meletup2. Last sekali besar api dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga garing.

Kemudian dicampurkan ketiga2 bahan. Masa makan dengan bubur, pasti ada campuran ikan bilis, bawang putih dan cili padi. Enak banget! Kalau perah jus limau nipis lagi sedap. Tapi tadi terlupa!








Lauk lain yang Kjee masak tadi ialah sotong goreng kunyit dan goreng ikan kering. Nadia pulak buat kangkung goreng belacan dan rebus telor asin.




TEMPAYAN DI BANDAR BARU SUNGAI BULOH




Kjee suka sangat kalau nampak restoran Melayu yang guna nama Melayu. Tak kesahlah kalau diletak nama Restoran Air Tangan Bonda, Restoran Bapakku (serius ada Kjee nampak tapi lupa kat mana), Cengkih, Asam Garam, Kuali dan sebagainya.

Yang terbaru yang Kjee baru nampak di Bandar Baru Sungai Buloh ialah Tempayan. Buka belum sampai sebulan.

 Mula2 signboard restoran tu naik sebelum dibuka, Kjee ingatkan restoran mamak atau Pakistan. Maklumlah sekarang kan kedai mamak/Pakistan ada buat roti tempayan aka tandoori.

Dah banyak kali Kjee nak singgah Restoran Tempayan tapi tak jadi sebab susah nak dapat parking. Intai dari dalam kereta, nampak restoran tu penuh jer.








Tapi beberapa hari lepas, nasib Kjee baik. Nadia pergi dinner dengan staff Bank Rakyat. So dia tumpang salah seorang kawannya yang tinggal berhampiran restoran itu. Kjee janji jemput dia dekat2 situ. Dan kebetulan malam tu, terdapat banyak parking depan Restoran Tempayan. Restoran pun nampak lengang.

Apabila sampai, waiter datang beri menu. Kjee tengok menu. Ada macam2 makanan. Kebanyakkannya ala Thai dan harganya amat berpatutan. Malah lebih kurang sama dengan gerai2 ala Thai kat Sungai Buloh.

Tapi yang menariknya mengenai restoran ini ialah hiasan dalamnya. Hiasan ibarat sebuah rumah kampung yang berasaskan ukiran kayu. Dan semestinya, terdapat banyak tempayan2 yang besar dan kecik diletakkan di beberapa sudut restoran itu.

Kjee dan UnclePali taklah lapar sangat. Masa minum petang, kami dah makan biskut. So Kjee order Mihun Siam sebab memang teringin sangat nak makan sebab dah lama tak buat. UnclePali seperti biasa, order Nasi Goreng Kampung.





Kemudian Kjee ternampak pulak dalam menu Sotong Goreng Kunyit dan Sambal Udang Petai. UnclePali angguk saja apabila Kjee tanya samada nak try ke tidak.

Makanan begitu pantas sampai ke meja kami. Kjee tidak pasti samada sebab masa itu customer belum ramai atau restoran itu mempunyai ramai tukang masak. Makanan yang kami order memang tidak mengecewakan.

Dengan harga yang hampir sama dengan gerai tetapi dalam suasana yang cukup selesa, Kjee akan ke sana lagi, Insya Allah.

Kjee tanya waiter samada taukenya orang Kelantan. Katanya tauke orang kawasan itu. Orang Kuang.

Dan semasa kami menikmati jamuan, tetiba ramai customer berpusu2 masuk. Alhamdullilah. Harap2 bisnes maju dan bertahan lama.

Suasana dalam restoran elok untuk diadakan majlis2 pejabat, perjumpaan keluarga dan yang sewaktu dengannya. Kjee nampak ada juga ruang khas untuk mereka yang datang dalam kumpulan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...