Pages

Tuesday, April 30, 2013

UNDILAH BARISAN NASIONAL


Monday, April 29, 2013

NASI PADANG SEDAP DI JALAN PAYA JARAS, SG BULOH








One Man's Meat Is Another Man's Poison... kalau nak terjemah bahasa Melayu sikit lebih kurang camni... Aku punya tekak aku punya sukalah. Kalau aku makan rasa sedap, kau makan kata tak sedap, ade aku kesah?

Ewah apa kena mengena pulak dengan entry ini? Hehehe.

Hari ni Kjee nak story pasal satu kedai makanan Minang atau Nasi Padang yang sedap sangat kat Paya Jaras. Boleh kata seminggu 3 kali kami makan di sini masa tinggal di Sg Plong. Kjee tahu UnclePali akan rindu sangat makanan kat kedai ni setelah kami meninggalkan Sg Plong. Malah, dua hari sebelum berpindah, kami singgah makan kat situ.





Pernah makan daging berlado ada petai?

"Alaa bila lagi nak jumpa akak ya," kata Ann, toke kedai yang Kjee sayang sangat. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya. Orangnya kecik molek dan kebanyakan makanan di kedainya dimasak sendiri.

"Jangan susah. Abang dah janji akan selalu singgah sini nanti untuk makan. Nasi Padang awak terbaik setakat ini," Kjee beritahu Ann yang tersipu2 kena puji.

So, hari ini selepas sebulan berpindah, Kjee, UnclePali dan Nadia ke kedai Ann. Siang tadi kami ke Ara Damansara. Lepas tu, UnclePali terus ke Paya Jaras. Kjee dah agak dah dia rindu sangat Nasi Padang kat kedai Ann.

Ann punyalah suka tengok Kjee. Dia sangka yang Kjee tak akan ke sana lagi maklumlah dah duduk jauh. Tapi, kalau bab makan, jauh mana pun kami tetap pergi. Janji makanan dia sedap.

Kedai makan Ann ni, kalau tengok macam kedai makanan Minang/Padang biasa. Malah menunya pun biasa. Tetapi kelebihannya ialah rasanya. Kalau Kjee kata sedap, mestilah sedap sebab kan tekak Kjee ni cerewet. Hehehe.

Kjee paling suka lauk jering di kedai Anne, tak kesahlah yang dibuat goreng berlado ataupun masak lemak pedas. Dan pada Kjee sambal ijo (hijau) Ann yang paling sedap yang pernah Kjee rasa setakat ini! Cukup rasa.

Lawaknya kedai Ann ini langsung tiada signboard. Kjee tanya apa nama kedai, dia kata kalau ikut lesen Restoran Sabar Menanti. Tapi dia tak nak guna tu dan tengah fikir nama yang sedap. Apabila Kjee nak acukan kamera kat Ann, dia menolak lembut. "Tak payahlah kak. Malu.."

Kedai Nasi Padang ini buka setiap hari hingga 11 malam. Tapi katanya, lauk pauk siap dimasak pada pukul 11 pagi. Tutup sebulan sekali jer tapi Ann kata tiada hari yang tetap. Cuma 6 Mei ni dia tutup sehari. Harga makanan memang amat berpatutan berbanding Kedai Nasi Padang lain.

Kalau ada yang nak rasa makanan di kedai ini, ia terletak di Jalan Paya Jaras kira2 seratus meter kot dari Tapak Pasar Malam Paya Jaras. Kedai ni setentang dengan Kedai Dr Cermin. Mesti jumpa punyalah.






Sunday, April 28, 2013

BARU DAPAT 8-JUTA PAGEVIEWS, NAK KECOH KER? HEHEHE



Pageviews blog Kjee dah capai lebih 8-juta hits dalam masa 2 tahun 3 bulan. Kjee ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada korang kerana sentiasa sokong blog Kjee yang tak seberapa ini.

Jugak terima kasih kepada haters blog ini. Korang hate pun, korang tengok jugak. Justru peningkatan yang mendadak ini. Hahaha I Like!!

Bukan senang tau nak dapat hits sebanyak ini kalau entri hanya berkisar mengenai kisah2 yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan hidup Kjee.

Sungguh ni, tak bohong. Kjee tahu ada yang nak dapat 10 pageviews sehari pun susah. Kecuali kalau  blog korang tu blog politik. Itu citer lain lah kan! Blog politik boleh dapat sampai 1-juta hits sehari.


Sebab makan tak hengat donia dapat diabetes. Padan muka Hehehe

Tapi Kjee tak harapkan hits banyak2. Kekadang dapat dekat 20-ribu plus plus pageviews sehari dan di hari ngorok (tidur dalam bahasa Jawa), adalah dalam 12 hingga 15-ribu sehari.

Kjee ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca tegar blog Kjee ni. Kekadang sampai seminggu Kjee tak update tetapi apabila Kjee cek pageviews dapatlah belasan ribu hits. Bestnya. Itu yang buat Kjee rasa bersalah sangat, langsung terus buat entri baru. Hehehe.

Ini entri pertama Kjee dulu. Lawak betul bila dibaca kembali. Masa tu nak test power jer. Baca sini. Kemudian setahun kemudian, ini pulak catatan Kjee...Baca sini.




Kjee banyak juga sumbang entri bawah label Anak Seni. Maklumlah Kjee kan pernah satu ketika dulu mengharungi pahit manis hidup sebagai insan seni. Kemudian entri kedua terbanyak ialah Kisah2 Close To My Heart. Kisah2 yang boleh buat Kjee ketawa dan menangis.

Tapi Kjee tak nafikan jugak ramai yang minat entri masakan Kjee walaupun gambar2nya biase2 jer. Lauk2 pun biasa2 jer tetapi itulah citarasa Kjee bab makan ni.

Memang tidak mudah nak puas hati semua. Kjee terima banyak jugak komen yang suruh Kjee berhenti menulis, cepat mati dan semua yang sewaktu dengannya. Ada aku kesah? Itu semua dugaan bagi Kjee. Dugaan yang lebih teruk pernah kulalui, inikan komen dari mereka yang tak ada telor dan hanya guna status Anonymous!

Hope korang terus enjoy baca apa yang Kjee tulis. Kalau tak enjoy nak buat camner. Free bukan perlu bayar tau!! Hehehe.

Antara entries Kjee


Saturday, April 27, 2013

JOM PERGI RAMAI2

AL FATIHAH BUAT KELUARGA DATO A RAHMAN HASSAN




Datin Azizah Mohamad, isteri kesayangan Dato A Rahman Hassan telah kembali ke Rahmatullah kira2 jam 11.30 malam tadi di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Muga Roh beliau dicucuri Rahmat diletakkan di sisi para Solihin. Al Fatihah.

Friday, April 26, 2013

UNDILAH BARISAN NASIONAL!


KARI AYAM DENGAN ULAM DAN IKAN KERING MASIN





Kari ayam lagi!! Kjee ni kan kalau nak boring sangat tak tau nak masak apabila ada stok ayam dalam fridge, mesti nak masak kari ayam atau rendang ayam Kelantan. Tak taulah kenapa.

Tapi pagi tadi Kjee plan nak buat Sambal Goreng Pengantin. Kalau korang orang Jawa mesti tau apa lauk tu. Sedap sangat. Memang tak boleh jumpa kat restoran punya tau!

So lepas balik bekfas dengana UnclePali, dalam otak dah set nak buat sambal goreng. Tapi apabila sampai rumah, tengok dalam bakul bawang, ada sebiji jer bawang. Kalau buat sambal goreng bawang mesti banyak.

So kensel dan guess lauk apa yang menjadi pengganti? Kari Ayam lah!!








Kari ayam sedap sangat kalau dipadankan dengan sambal belacan, ulam2 yang dipetik sendiri dan jugak ikan kering masin yang biasa ataupun jeruk. Mujur ada sambal belacan berbaki kelmarin yang Kjee simpan dalam peti ais. Ulam kami hari ni, timun Jepun dan pucuk daun gajus.

So itulah rezeki kami tiga beranak untuk lunch. Masih ada berbaki untuk dinner. Kalau rajin nak buat Roti Jala. Tapi....kalau rajinlah...kat luar mendung, so macam tak berapa rajin. Hehehe.





Thursday, April 25, 2013


HAPPY BIRTHDAY MY BETTER HALF!

Gambar terbaru kami on UnclePali's bday






Hari ini my beloved husband dah bertambah usianya. Pazeli better known as UnclePali is 45. My Better Half BUKAN my other Other Half. Hehehe.

Ramai bertanya kenapa nama dia UnclePali? Muda lagi kan berbanding isterinya yang memang layak dipanggil Aunty. Hehehe.

Actually, masa kami meniaga di Foodcourt Anjung Melawati, my husband ini cukup disenangi budak2 sekolah. Ada dua sekolah berhampiran. Setiap hari tamat waktu persekolahan, mereka akan berkejar dan berebut2 ke gerai kami untuk mendapatkan Ice Blended UnclePali.

Ice Blended UnclePali. Resipi here.



Mereka menjerit2 meminta 'Uncle Pali' buatkan dulu ice blended mereka.  Dan setelah kami berhenti meniaga, UnclePali merasakan nama itu sinonim dengan dirinya. Atau mungkin menggunakan nama itu mengingatkan dia kembali kepada budak2 sekolah yang disayanginya.

Anyway, itu adalah sebab nama UnclePali kekal hingga ke hari ini. Ibunya juga mengusiknya dengan memanggilnya UnclePali. Hehehe.










We've been married almost 13 years now. 13 tahun yang penuh dengan keindahan...

How do I describe him? "UnclePali seorang yang baik hati, ringan tulang, pandai memasak, lucu, berangin jugak kekadang, sayang Kjee dan anak tirinya Nadia seperti anaknya sendiri, creative, sensitive, sayaannnnng kucing...dan... there's nothing more I could wish for. Mudah2an jodoh kami hingga ke nafas akhir..." Insya Allah. Ameen.

Nak dedicate lagu ini untuk my beloved abang aka UnclePali.








Wednesday, April 24, 2013

NASI GORENG CINA MUDAH



Hari ni tinggal berdua je dengan Nadia. UnclePali pergi temankan anak sedaranya pergi interview scholarship Felda dan Uniten. So kalau tinggal berdua, memang malas nak masak, malas nak keluar makan di luar.

Tapi kerana terpaksa, buat jerlah Chinese Fried Rice yang mudah. Dalam fridge hanya ada ayam. Stok udang tak ada. Kalau ada udang, lagi sedap. Tapi kita yang buat dia kan?

Maka jadilah Chinese Fried Rice ni yang Kjee guna chicken fillets, telor dan mixed vege. Isyhh kalau bubuh ikan kering jeruk tenggiri tadi pun sedap jugak kan? Hmmm terlupa pulak. Anway dah settle early lunch kami dua beranak tadi.

Resipi, korang intai sini. Pun malas jugak nak tulis balik. Hehehe.

Kjee guna beras Faizah Herba Ponni. Sukatan air 1 pot beras, 2 pot air. Kalau makan biasa, 1 pot beras dan 2 setengah pot air.





Untuk sayur campuran atau mixed vege, Kjee selalu beli jenama Wattie's dari New Zealand. Kjee rasa sayurannya lebih sedap. Kalau beli jenama lain, kacang hijau atau green peas nya keras. Mahal sikit tapi puas hati especially kalau celur dalam air panas seketika dan campur mayo untuk makan dengan steak or chicken chop.



SEJAK TANAM MISAI....

My two jantans!

Snowy dah tak reti nak main jauh!!!






Ingat tak hari tu Kjee bagi petua camner kucing kita tak sesat balik rumah especially kalau kita baru pindah rumah? Baca sini. 

Oleh kerana Kjee sibuk sangat mengemas setelah berpindah ke rumah baru, Kjee terlupa nak gunting sikit misai Snowy, Ginger dan CheeTam dan tanam.

Tapi, Sabtu lepas, Kjee nampak Nadia ambil gunting sambil kejar Snowy, Ginger dan Cheetam satu rumah. Rupa2nya dia dah boring tengok Kjee stress apabila Snowy lambat balik rumah. Ginger dan CheeTam tak pernah ada masalah. Actually dua2 tu tak suka keluar.

Nadia pun gunting dua helai misai Snowy, Ginger dan CheeTam lalu tanam di halaman depan rumah. Kjee tak benarkan Nadia gunting lebih dari dua helai sebab tanpa misai, kononnya nanti kucing tu jalan senget. Misai itu macam feelers atau GPS dia orang. Hehehe ntah betul ntah tidak.


Ini hobi Ginger. Relax pandang ke luar

So, sejak Nadia tanam misai ketiga2 ekor anak meow Kjee, Snowy dah tak reti nak pergi main jauh2. Setakat berlegar2 depan halaman rumah dan masuk balik!! Success!!

Walaupun Kjee dah lama tahu petua ni tapi tak pernah buat. Happynya Kjee apabila pintu terbuka luas, Snowy hanya jeling jer. Kalau tidak, sepantas kilat dia dan CheeTam akan menyerbu keluar masa kami tinggal rumah lama.

Hahaha tapi kesian jugak tengok Snowy. Macam monyok jer dan dah tak reti nak keluar. Tapi suka tengok dia berkejaran dengan CheeTam dan Ginger dalam rumah.

Ada beran mau coba?


Cheetam yang camera shy


Tuesday, April 23, 2013

KESIAN RAKYAT SELANGOR!





Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Sekitar Ampang



KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan sekitar Ampang pada Isnin mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)Priscilla Alfred berkata kejadian jam 12.30 malam Ahad melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.

"Ekoran daripada kejadian ini, hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata rumah pam Wangsa Maju mempunyai lima buah pam yang mana empat daripadanya beroperasi dan satu diletakkan dalam keadaan 'standby'.

Rumah pam Wangsa Maju telah beberapa kali mengalami masalah teknikal disebabkan ia telah beroperasi secara 'overload' bagi menampung permintaan bekalan air dari kawasan bekalan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

Justeru katanya buat masa ini pihaknya bersama kontraktor berkenaan telah mengambil tindakan segera dan sedang menyelesaikan masalah tersebut bagi membolehkan pam berfungsi seperti biasa.

Syabas juga akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.

Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.

Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan pam.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - BERNAMA

Monday, April 22, 2013


ALHAMDULLILAH. NORA DAN FASYA BERBAIK DEMI ANAK2













Macam ni lah kan? Suka tengok dua wanita ini yang pernah mencetuskan banyak kontroversi satu ketika dulu sudah berbaik kembali.

Kelihatan Nora Danish mengunjungi Fasya Sanda yang baru sahaja menerima cahaya mata sulung.

INILAH PERDANA MENTERI YANG KITA NAK!!! HIDUP BARISAN NASIONAL!!!






Selain gambar  diatas ni, Kjee suka sangat gambar dibawah ini!! Pemimpin Pembangkang ada? Hampehhhh!

Najib is like a big brother to all!!!




KARI KETAM vs SAMBAL TERUNG






Menu semalam. Kari Ketam dan Sambal Terung. Sejak Kjee kecik lagi kalau arwah Bonda masak lauk ketam, jangan nak ada lauk2 lain kecuali satu sayur. Mesti lauk lain tak laku sebab semua sibuk 'mengerjakan' ketam.

Jadi, mengambil ikhtibar dari pengalaman bersama Bonda, Kjee pun gandingkan Kari Ketam dengan Sambal Terung. Biasanya Kjee buat Terung Berlado Udang Kering. Tapi semalam ubah selera pulak. Kjee buat sambal biasa tapi kisar sekali udang kering.

Masa masak Kjee campakkan kiub ayam (sepatutnya kiub ikan bilis tapi tak de stok). So dah masin tak payah bubuh garam. Masak sambal tu sampai kering betul2 dan hampir garing barulah dimasukkan terung yang telah digoreng separuh masak terlebih dahulu.



Kjee guna terung telunjuk. Selalunya terung telunjuk warna hijau tapi semalam Kjee guna yang warna purple. Hmmm sedap betul. Ada berbaki semalam, Nadia simpan dalam freezer.

Untuk kari ketam, Kjee beli 5 ekor je. Itupun dah sekilo setengah. Penghuni rumah tak ramai. Dapat makan sampai ke malam.



Kari ketam Kjee buat macam selalu je. Resipi di sini. Cara ini jer yang Kjee tahu sejak turun temurun. Hehehe.

Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Tak perlu mintak izin. Sikit lebih kurang halal yer.

Sunday, April 21, 2013


PEMIMPIN ISLAM TULEN!! MANA ADA SIMPAN DENDAM!!
















Kau boleh tidur ke malam tadi Fariz? Orang yang kau hari2 kutuk, jemput kau duduk minum semeja. Pastu amik lagi gambar kau!!! Pemimpin kau ado?!!!!!

Saturday, April 20, 2013

PAKATAN APA WEH!!!!!!!









Abende gelar PAKATAN RAKYAT kalau bertanding atas logo parti memasing?!!! Pakatan Rakyat tak wujud sebenarnya sebab tiada pakatan macam Barisan Nasional. Dalam Barisan Nasional, calon hanya bertanding bawah satu logo sahaja!!!! ITULAH PAKATAN SEBENARNYA!!! HIDUP BARISAN NASIONAL!!!!!!

SATU LAWAN SATU DI PEKAN












DATO SERI NAJIB SERAHKAN BORANG PENCALONAN @9.04 PAGI












Friday, April 19, 2013

UNDILAH BARISAN NASIONAL


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...