Friday, May 31, 2013

UMNO - DULU, KINI DAN SELAMA2NYA!!






KUALA LUMPUR: Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU-12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

"Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS)," kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

"Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008, katanya.

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya khidmat tenaga profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda.

"Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pengwujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu," katanya.- BERNAMA

DIMSUM CENDAWAN SHITAKE KERING






Dimsum lagi? Kali kedua dalam masa 10 hari. Kjee ni ada tabiat yang kalau suka makan sesuatu, akan ulang dan ulang dan ulang sampai bosan. Pastu takkan makan lagi tiga empat tahun. Ewah.

Sejak akhir2 ini selera makan Kjee amat berkurangan. Tak tahu kenapa. Apabila tiba masa nak masak atau nak makan kat luar, ia seperti masalah yang cukup besar. UnclePali dan Nadia pulak kalau bab makan, malas nak fikir. Mama kena fikir untuk mereka nak makan apa dan dimana.

Kalau ikutkan, Kjee lebih suka makan finger foods atau makanan yang ringan2. Macam dimsum lah. Tapi kalau selalu nak makan dimsum kat restoran memanglah boleh kopak poket. Kjee tak minat makan dimsum kat kedai2 macam kopitiam dan yang sewaktu dengannya. Dimsum mereka tak ori dan lebih tepung jagung dari isi ayam atau udang.






So, nak selesaikan masalah itu, kena buatlah sendiri kan! Kalau buat sendiri, nak letak apa dan banyak mana pun sukati kitalah. Tak de polis nak tangkap.

Hari ni mula2 Kjee teringin nak makan Briyani Johor Diana yang sedap sangat kat foodcourt Taman Melawati. And then untuk minum petang ala2 hi-tea, nak ratah dimsum. Kjee dah suruh Nadia rendam dried Shitake Mushrooms sebelum dia tidur malam tadi. Cendawan ni kena rendam lama kalau mahukan texture yang lembut.

Tadi masa Kjee belek2 cendawan yang Nadia rendam, Kjee kecewa jugak rupa2nya hanya ada dekat 10 ketul. Tak sama saiz pulak tu. Tapi dek kerana teringin jugak, tak kesahlah. Lain kali nak simpan stok cendawan ni kat pantry banyak2. Hehehe.





Masa UnclePali nak gi solat tadi, Kjee suruh dia kensel beli briyani. Kjee nak buat dimsum Mushroom dan jugak dimsum Siew Mai untuk makan tengah hari. Kjee terbuat lebih inti dimsum. Jadi daripada buang ataupun simpan balik dalam freezer, bolehlah buat jugak Siew Mai. Masih banyak wantan pastry berbaki dari hari tu.

Dimsum cendawan ni sama jer inti dengan Siew Mai. Inti ni versatile. Malah boleh ditelakkan dalam wantan pastry, dilekatkan degan sedikit air hujungnya sampai jadi macam tiga segi dan goreng. Sedap sangat makan dengan sos cili. Lain kali Kjee buat,

Tangkai cendawan yang telah direndam itu keras dan hendaklah dibuang sebab ia tidak boleh dimakan. Lepas tu ambil satu sudu kecik inti dan diletak atas cendawan kemas2. Pastu kukus lebih kurang 25 minit atau sampai dirasakan cendawan dah lembut.

Makan dengan sos cili pilihan.

Kjee rasa dimsum ini makanan yang sihat sebab ia tidak menggunakan carbo yang banyak dan menggunakan kaedah kukus panggang grill. Hanya setakat 1 atau 2 sudu tepung jagung untuk satukan ayam itu untuk jadi ala2 doh. Dalam inti ada sayur2 seperti carrot. Boleh juga dipotong kecik2 sengkuang dan dicampurkan. Sukatilah. Kita yang buat dia!

Resipi kat sini. Korang adjustlah..


Sebelah kanan Dimsum Siew Mai dan kiri Dimsum Cendawan Shitake







ERRA HASRAT MAHU KERJAKAN HAJI TAHUN INI




Syukur Alhamdullilah. Spontan Kjee mengucapkannya apabila membaca berita mengenai hasrat aktres kesayangan Malaya ini untuk menunaikan Haji tahun ini. Pendaftaran sudah dibuat 3 tahun lalu dan dia masih menunggu surat panggilan dari Tabung Haji.

Bagaimanapun, kata Erra, dia hanya mendaftarkan dirinya sahaja untuk ke Tanah Suci. Dan dia sedar Kerajaan Arab Saudi menetapkan undang2 pemergian mana2 wanita haruslah ditemani seorang Mahram

Banyak2lah berdoa Allah swt permudahkan. Tiada yang mustahil jika Allah sudah menetapkan masanya sudah sampai untuk kita menjadi tetamuNya, Insya Allah.

Baca selanjutnya di akhbar Berita Harian Online.


Thursday, May 30, 2013

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN/SUSU








Kalau ke Bangsar Park atau kawasan berhampiran, UnclePali suka benar singgah makan tengah hari di gerai mamak Kepala Ikan Annuar yang femes tu. Kalau lunch time, memang kena beraturlah di tengah2 panas terik. Dan parkingnya, Ya Ampun punyalah susah.

Tapi tak tahulah kenapa UnclePali dan jugak pelanggan lain macam dah ketagih dengan kari kepala ikan Annuar. I follow jer. Pada Kjee, tiada yang luar biasa makanan kat situ. Aku pun boleh masak lagi sedap.

Harganya pun boleh tahan mahal. Kalau setakat berdua, kepala ikan dan sepotong ayam goreng panas2, mau kena caj sampai RM50!

Anyway, tadi Kjee saja2 jalan2 ke Pasar Keramat. UnclePali kata ikan kucing dah habis. Ikan untuk kucing dia bukan ikan cap kucing.  So Kjee suggest pergi Pasar Keramat sebab dah lama tak ke sana.

Hari ini pasar lengang sebab tak banyak orang jual ikan. Yang ada hanya ikan besar2. Kjee lalu depan satu gerai pakcik jual ikan yang dah tersedia kepala ikan yang telah dipotong2. Kepala ikan Jenahak RM16 sekilo. Hanya tinggal satu...itu pun sudah dibelah dua. 800gms RM12.90.

Kjee rembat jugak bendi dan jugak tomato. Ingatkan nak beli taupok (tahu kering) tapi tak ada. Kalau bubuh taupok masa nak hidang, sedap gak.




















Tadi Kjee masak kari kepala ikan ala India. No santan, no milk. Dulu kalau tak bubuh santan, Kjee ganti dengan fresh milk. But hari ni, tak bubuh langsung. Rasa2nya Annuar pun tak bubuh.

Resipi Kjee kat sini.

Tapi hari ni Kjee tak bubuh air asam Jawa. Kjee bubuh 2 keping asam gelugor atau asam keping. Ada kawan India Kjee beritahu, bubuh asam keping lagi sihat dan elok dari asam Jawa. Whatever. Fungsinya sama, nak bagi masam.

Kjee letak tomato, suka2 jer. Kalau tak ada tak kesah.

Sedap dihidang dengan nasi putih, papadom, ulam Raja, sambal belacan dan ikan kering goreng.




TAHNIAH SHILA AMZA




Rezeki Shila Amza semakin melimpah ruah sejak memilih negara China sebagai platform untuk mengembangkan sayapnya.

Tahniah Shila kerana menerima anugerah “Country Branding Award” di dalam majlis The BrandLaureate Best Brands Awards. Sekali jus menjadikan dia jutawan segera kerana hadiah itu berbentuk wang tunai bernilai RM2.5-juta!

Begitu berbaloi jika hidup sentiasa diiringi doa ibu dan ayah. Nyata sekali Shila, seorang gadis yang kuat semangat. Kekecewaan ekoran putus cinta tidak mematahkan semangatnya untuk terus menggapai cita. Alhamdullilah.

Berita selanjutnya klik sini.


Wednesday, May 29, 2013

DI MANA KAN KU CARI GANTI



Beliau meninggalkan kita, hari ini 40 tahun yang lalu. Perlukah kita mencari penggantinya?

Jawapan yang pasti, tiada siapa mahu P Ramlee diganti. Biarlah nama dan hasil seni yang diusahakan sepanjang hayat beliau terus hidup dan diingati sampai bila2.

Al Fatihah Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee.



Monday, May 27, 2013

CHICKEN CHOP ALA HAILAM... EH YA KER?




Apa beza Chicken Chop Hailam dengan yang Western (western sangat lah tu) yang selalu kita makan kat kedai ataupun buat sendiri di rumah?

Hmmm ada beza. Satu jenis, sosnya dituang keatas ayam yang telah dipanggang ataupun goreng. Jenis Hailam pulak lepas grill atau goreng, dimasukkan ke dalam sos yang telah siap. Dan dimasak seketika.

Itulah yang Kjee rasalah. Mungkin salah. Tapi Kjee buat semalam dan Kjee dapat rasa hampir sama macam yang Kjee makan masa kecik2 dulu. Masa tu arwah bapak suka bawak kami ke Rest House untuk makan Western Food. Tapi tukang masaknya Cina Hailam.







Semalam, Kjee tetiba teringat nak makan Chicken Chop ala Hailam ni. Resipi tak tau nak cari mana. So kena pepandai adjust.

Chicken Chop ori Hailam, selalunya guna cendawan butang (dalam tin) didalam sosnya. Kjee jarang sangat simpan stok cendawan butang dalam tin. So semalam Kjee decide buat jer guna blackpepper.

Bahan2 yang Kjee gunakan untuk buat sos ialah 1 sudu besar butter, 2 sudu minyak jagung, 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos cili, 1 kiub ayam, 1 cawan susu segar, 2 labu bawang besar (potong bulat), 1 labu bawang putih dan lada hitam kisar secukupnya.

Kjee rasa kalau tak bubuh susu segar pun okay jugak. Guna air biasa jer. Kjee guna susu low fat HL. Rasa macam manis sikit. Lain kali kalau buat tak mau bubuh susu segar. Air yang diguna, Kjee adjust untuk sesuaikan dengan kepekatan sos.

Kjee guna setengah ekor ayam yang kecik. Cuci bersih2, potong dua dan dibubuh sedikit lada hitam dan garam. Lepas tu Kjee panggang guna grill pan atas dapur hingga tiga suku masak. Kjee juga grill bawang putih. Caranya Kjee ambil satu labu bawang putih. Kjee potong dua tanpa buang kulit dan Kjee telangkup bahagian yang dipotong atas grill pan bersama ayam. Kalau kita bakar ayam dalam oven, letak jer di sisi ayam. Lihat gambar bawah yang Kjee google. Semalam lupa snap.





Untuk buat sos, Kjee panaskan butter dan minyak jagung. Bila butter dah cair, Kjee masukkan bawang besar yang Kjee dah potong bulat2. Kasar2 sikit tak per. Orang Hailam guna banyak bawang besar.

Apabila bawang dah layu, masukkan tepung dan goreng sampai agak brown sikit. Pastu bubuh air (Kjee bubuh susu). Masukkan jugak chicken cube, sos cili, sos tiram dan lada hitam. Masak hingga kuah pekat. Rasa.

Kjee tak bagi kuah tu pekat sangat sebab Kjee nak masukkan ayam yang sudah dipanggang ke dalam sos. So Kjee adjust bubuh air supaya sos cair sikit.

Kemudian masukkan ayam yang telah dipanggang ke dalam sos dan biarkan ia reneh kira-kira 10-15 minit. Kjee jugak picit keluarkan isi bawang putih yang telah dipanggang ke dalam sos. Kalau rasa sos pekat, boleh tambahkan lagi air panas, masa ini.

Kjee padamkan api setelah Kjee rasa ayam dan sos sudah cukup sebati rasanya. Kalau tadi terlebih bubuh air, boleh terus masak sampai kuahnya pekat mengikut citarasa memasing.

Hidangkan panas, dengan kentang goreng, mix vege ataupun dengan garlic bread.

Kjee rasa2 lah ini cara orang Hailam buat Chicken Chop mereka. Ayamnya lembut dan sosnya meresap ke dalam daging ayam. I like kunyah sekali bawang putih panggang! Cubalah.










HATI2. DAKWAT SURAT KHABAR BOLEH KENA KANSER DAN PENYAKIT KRONIK


Setahun setengah yang lalu, Kjee ada menulis entri untuk menyedarkan korang semua betapa bahayanya menggunakan surat khabar untuk membungkus makanan. Mungkin ramai yang pandang remeh perkara itu. 

Hari2 kita dengar cerita orang kena kanser. Kalau tidak sedara mara terdekat, kengkawan atau kawan2 kepada kawan2 kita. 

Ada yang menyalahkan takdir dan tidak kurang juga mempersoalkan kenapa Allah swt memilih mereka untuk dihinggapi penyakit maut itu.

Apabila adik Kjee dulu (kini arwah) telefon Kjee untuk beritahu dia kena kanser payudara, Kjee tak tahu apa nak kata. Kemudian perlahan2, Kjee suruh dia redha ketentuan Illahi dan dia harus bersyukur menjadi antara insan terpilih untuk mendapat penyakit itu.

Kenapa Kjee kata insan terpilih? Sebab kita semua sedia maklum, apabila kita kena kanser, kita seakan akan sudah tahu, kita di ambang maut. Jadi, pertingkatkanlah persiapan dalam bentuk amalan untuk ke sana. Wallahualam.

Jauh benar menyimpang cerita Kjee dari maksud utama Kjee menulis entri ini. Maaf.

Tadi Kjee seperti biasa membaca semua akhbar secara online sebelum Kjee buat kerja2 rumah lain. Antara yang Kjee baca yang cukup menarik perhatian Kjee ialah mengenai pengunaan surat khabar untuk membungkus atau toskan makanan.

Berita dalam The Star hari ini adalah dipetik dari Dr T Jayabalan, konsultan Pusat Racun Negara (National Poison Centre Consultant).

Menurutnya, dakwat yang digunakan untuk mencetak akhbar ada kebarangkalian menggunakan chemical yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit2 kronik lain.

Justru setiap hari kita dengar kematian dari penyakit2 kronik. Dan kita seringkali mempersoalkan kenapa ia berlaku. Ia berlaku atas kealpaan kita. Cerminkan dulu perbuatan kita seharian. Kalau kita tak buat, pekedai yang melakukannya. 

Ramai yang seronok melihat nasi lemak (sebagai misalan) dilapik daun pisang ataupun plastik dan dibungkus dengan surat khabar. Korang akan kata, wah nostalgiknya. Teringat masa zaman kanak2. Tetapi korang sedar tak kemungkinan daun pisang dan plastik itu boleh bocor dan menyerap dakwat surat khabar?

Tepuk dada, tanya selera lah. Korang tak nak jaga kesihatan sendiri, tiada siapa yang boleh tolong.

Klik sini untuk apa yang Kjee baca mengenai penggunaan surat khabar untuk membungkus makanan. Dan di sini untuk yang Kjee tulis dulu.


Saturday, May 25, 2013

CHICKEN & MUSHROOM POT PIE VERSI KJEE




Oleh kerana teringin sangat nak makan Chicken Mushroom Pot Pie, hari ini Kjee buat lagi tetapi Kjee tak guna canned mushroom soup macam Kjee buat dulu. Kjee buat roux sendiri. Hasilnya, sama sedap. So lain kali tak payahlah bubuh mushroom soup macam kat sini

Kjee juga buat ubah suai puff pastry jenama Kawan yang Kjee gunakan. Kjee roll sikit puff pastry itu guna rolling pin, baru diletak diatas ramekins yang telah diisi dengan inti chicken mushroom.  Kjee buat begitu sebab tak nak bagi pastry itu naik tinggi sangat macam gambar di bawah.


Boleh jugak letak saja puff pastry atas ramekins tanpa digelek


Untuk chicken pot pie hari ini, Kjee dadu satu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Kemudian Kjee panaskan periuk dan letak butter serta sedikit minyak jagung. Apabila butter dah cair, Kjee masukkan bawang merah dan bawang putih. Setelah layu, Kjee masukkan kira-kira 1.5 sudu makan tepung gandum. Masak seketika kemudian masukkan kira-kira 1 mug susu segar.

Setelah mendidih, Kjee masukkan kira-kira 1 mangkuk isi ayam yang telah Kjee rebus dan carik2. Gaul rata. Kemudian masukkan 4 cendawan shitake yang telah direndam lembut dan hiris. Masukkan jugak 1 cawan mixed vege.

Kacau hingga rata, lepas tu masukkan 1 kiub ayam Knorrs dan 1 sudu kecik lada hitam. Kjee tak bubuh garam tapi kalau korang suka, bolehlah. Apabila sudah pekat, padamkan api.

Bahagikan inti ayam tadi ke dalam mangkuk ramekins dan sejukkan seketika.




Panaskan oven.

Keluarkan puff pastry Kawan secukupnya. Apabila sudah lembut suhu bilik, tabur sedikit tepung dan roll out  guna pengelek. Kemudian diletakkan kemas2 atas permukaan ramekins dan letakkan sekelilingnya. Tebuk lubang kecik diatas pastry untuk keluarkan wap dan diberuskan sedikit susu segar diatas pemukaan puff pastry itu. Boleh jugak guna telor.

Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 10 hingga 12 minit.

Makan ketika suam.

KALAU NAK ORDER RAMEKINS, SMS KJEE 0126780501.






TAHNIAH SAIFUL DAN NIK SURYANI

Batal air sembahyang - FOTO EHSAN FB PAPAGOMO

JJCM - GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK, TEMERLOH










Dalam perjalanan kembali ke KL dari Kampung Ulu Jempul, Pahang semalam, Kjee request UnclePali amik jalan lama sebab nak singgah Temerloh makan lauk Tempoyak Ikan Patin. Memang femes sangat lauk ni kat  Temerloh.

Kjee masih ingat dulu masa baru kahwin dengan UnclePali. Dia sibuk bercerita mengenai keenakan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak. Dia tahu citarasa Kjee dan Nadia. Kami berdua suka sangat tempoyak.

So satu hari kami pulang ke Kampung UnclePali. Kena lalu bandar Temerloh sebab masa tu highway belum siap. UnclePali bawak kami ke satu restoran di bandar. Punyalah excited kami dua beranak.

Memang enak sangat makan di situ. Kjee tak pernah rasa ikan yang 'manis dan isi ikan Patin halus'. Habis sepiring, Kjee order satu lagi untuk ratah. Bila bil datang, Kjee terkejut. Seratus lebih (tak ingat exact amount). Kjee tanya ikan tu berapa henget sepotong? Dia kata RM70!! Dua potong jadi RM140. Tak termasuk lagi lauk lain yang kami ambik!

Rupa2nya ikan yang kami makan tu Ikan Patin Liar!! Patin Liar dengan patin sangkar jauh beza harganya! Anyway, itu kali pertama dan terakhir kami makan di restoran tu! Tak berani story kat MIL takut dia marah.

Dah lama selepas tu, kami ronda2 dan jumpa satu lagi gerai di foodcourt sebelah sungai menuju ke Temerloh. Selalu jugak kami singgah di situ. Harga dan keenakkannya menepati citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali pulak tak berapa selesa makan ikan sungai. Happynya kami sebab tak perlu share 3 orang. Hehehe.

Semalam, gerai yang selalu kami kunjungi tutup pulak. So UnclePali suggest kami cari kedai makan lain di bandar Temerloh. Masa kami sampai di traffic lights sebaik sahaja keluar dari foodcourt tepi sungai tu, Kjee nampak satu gerai dengan sigboard cukup besar. Nama kedai GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK.



Eh macam menarik jer ni, kata Kjee. So UnclePali drive buat u-turn. Gerai tu sebelah pam Esso.

Kat banner ada tulis, anda order baru kami masak. Masa tu tak ramai orang. Ada lah dalam empat atau lima meja yang penuh. Maklumlah dah lepas lunch time. Kjee minta menu, budak waitress tu kata tak ada. Dia kata hanya ada makanan tempoyak Ikan Patin. Semangkuk RM10. Kalau dengan nasi RM12.

Kjee tanya satu mangkuk tu boleh makan berapa orang. Dia kata seorang jer. So Kjee pandang Nadia. Dia kata try satu mangkuk dulu sebab sebenarnya kami dah lunch kat rumah MIL di kampung. Dia tanya nak bahagian kepala, badan atau ekeor? Kjee pilih ekor.

Makanan panas lain pun dia orang jual. Tapi tukang masak tak ada. Kira2 setengah jam kemudian, hidangan sampai. Kjee tengok...Isyhhh boleh makan dua oranglah. Kjee share nasi dengan Nadia. Kami makan ala ratah2.

Terkejut Kjee rasanya sedap sangat2. Kuahnya pekat tak macam kat kedai lain yang kedekut nak bubuh tempoyak! Cukup pedas dan cukup rasa! Ikan patin pun tak hanyir. Berbaloi2 dengan harga yang dikenakan!

Kjee hirup jer kuahnya. Memang sedap. Kjee beritahu UnclePali, lain kali tak payah ke kedai lain di Temerloh. UnclePali kata kalau teringin nak makan, bukan jauh pun. Ewah bestnya dapat suami yang selalu sanggup drive ke mana sahaja kalau isteri teringin nak makan.

Kjee tak pandai nak tunjuk arah ke kedai ni sebab kita bukan orang Pahang. Anyway, masa nak bayar, dia ambil bisnes kad kedai tu. So dah ada alamat kat bawah, korang check it out sendiri. Tapi kalau guna highway, tak lalulah depan kedai ni. Kena masuk ikut jalan lama ke bandar Temerloh.

Kjee bagi 5 bintang untuk lauk Tempoyak Ikan Patin Go Bang Maju Patin Tempoyak ni!






Wednesday, May 22, 2013

ROTI JALA BERINTI KENTANG DAN AYAM







Oleh kerana dah boring asyik makan karipap jer, timbullah pulak idea nak buat Roti Jala Berinti. Lebih sihat Dari karipap sebab tak perlu deep fry.

So lepas lunch tadi, Kjee sediakan bahan2 nak buat inti karipap. Oleh kerana ada berbaki chicken breasts dari buat dimsum semalam, Kjee pun gunalah untuk buat inti. Kjee sebenarnya lebih gemar inti karipap yang guna daging. Hmmm whatever lah.

Roti Jala Berinti ni famous masa bulan puasa. Tetiba jer ramai yang menjualnya di pasar Juadah. So, kalau hari2 bukan bulan Ramadhan, memang susah nak jumpa Roti Jala Berinti ini melainkan kalau buat sendiri.

Kjee buat ini karipap biasa jer tadi. Dadu kentang dan rebus sampai empuk. Ayam dihiris atau dadu kecik2. Kemudian Kjee tumis bawang besar yang telah didadu, dalam sedikit minyak. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari daging. Ikut suka banyak mana. Nak pedas bubuh lebih.

Apabila rempah dah wangi, masukkan ayam dan goreng sampai kecut. Kemudian bubuhlah perasa garam dan sedikit aji kalau guna. Tos kentang yang telah direbus dan masukkan ke dalam rempah dan ayam tadi. Kacau hingga rata dan masak hingga secukupnya. Sejukkan. Kalau boleh, minyak dikeluarkan, kalau tidak meleleh2 nanti keluar di celah2 roti jala.
























Roti Jala buatlah macam biasa. Resipi di sini.

Tadi, UnclePali tukang jala dan Kjee tukang lipat. Actually lagi susah melipat (bubuh inti) daripada menjala. Tengoklah hasil yang Kjee buat. Kelakar betul. Hmmm naseb lah kan. Habis jugak nanti. Hehehe.

Kalau sudi cubalah. Kalau nak beli Botol Acuan 3 Muncung tu, sms lah Kjee di 0126780501.




WHEN DOG BITES MAN AND MAN BITES DOG





Ketika Kjee menjalani latihan sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times dibawah kelolaan Pak Samad Ismail (kini Arwah), pada awal 70-an dulu, antara tagline yang masih Kjee ingat ialah : " If Dog Bites Man, Its Not News. But If Man Bites Dog, That's NEWS!"

Kami yang menjalani latihan ketika itu, ketawa terbahak2. Rata2 di kalangan kami ketika itu berusia antara 19 hingga 20 tahun. Baru tamat persekolahan menengah Malaysia Certificate of Education (MCE). Kjee berasakan walaupun kami semua ketawa terbahak2, ada juga yang tak berapa faham apa yang tersirat dan tersurat di sebalik kata2 Pak Samad itu.

Kjee mengimbau kembali kisah ini apabila Kjee terbaca berita dalam mStar Online semalam mengenai Sharifah Nadia, seorang pelakon yang mengakui sejak dia diheret ke mahkamah oleh suaminya kerana mencederakan lelaki itu, kesannya amat teruk atas kehidupan peribadinya.

Kjee terbayang, seandainya sang suami yang pukul isteri, kisah itu akan hilang begitu sahaja. Apabila hilang lebam di wajah dan badan isteri, 'kejahatan' sang suami pun dilupakan. Tapi ibarat kata Pak Samad, When Man Bites Dog, dalam konteks ini, apabila sang isteri pukul sang suami, akan terpampang berita itu di akhbar2. Dan masyarakat terus cop isteri sebagai jahat. Harus dijauhi wanita seperti ini!

Sama macam kes seorang kawan FB Kjee yang seorang ini. Hanya dia seorang yang bekerja tetap. Suami, kekadang ada kerja tapi most of the time tak kerja. So kawan Kjee ni yang jadi the sole breadwinner of the family. Mereka mempunyai anak perempuan yang masih kecil, kalau tak silap Kjee ketika itu belum berusia setahun.



google


Silap haribulan, dia pernah dilepuk suaminya kerana gagal dapat wang yang dipinta. Sekali dua, dia sabar. Tetapi apabila berlarutan, mungkin perlahan2 dia mengumpul kekuatan dalam dirinya dan lepuk pulak suaminya.

Wah hebuh sekampung keluarga mertuanya yang dia kaki pukul dan suaminya cedera! Apa yang mereka tidak tahu, menantu perempuan mereka ini bukan sahaja dicederakan di tubuhnya (ada gambar2 sebagai bukti) tetapi seringkali hatinya disakiti.

Maka pasangan ini terpaksa berpisah kerana keluarga si perempuan tidak sanggup melihat anak mereka dijadikan mangsa suami.

Setelah bercerai, anak yang seorang itu dijaga sepenuh masa oleh kawan Kjee. Dan kadang2 Kjee terserempak dengan dia dan anaknya bersama bekas suaminya! "Terpaksa saya bawa anak saya jumpa ayah dia, kak," kata kawan Kjee. Bekas suaminya memujuk dia kembali tetapi ibu dan ayah melarang. Kalau Kjee ibunya, itu jugak tindakan Kjee.

The moral of my entry, wanita seperti Sharifah Nadia tidak seharusnya terus dikecam masyarakat kerana memukul suaminya. Penderitaan yang kita nampak mungkin hanya A Tip Of The Iceberg. Seorang wanita tidak akan melakukan sesuatu di luar jangkaan ramai, sekiranya kehidupannya tidak ditindas. Wallahualam.

Baca sini pasal Sharifah Nadia.

TELOR SEPARUH MASAK TENGGEK ATAS ROTI BAKAR. HEHEHE










Dah lama tak buat entry Egg On Toast atau Egg Benedict atau Telor Setengah Masak Tenggek atas Roti Bakar. Eh kelakar pulak bunyinya kan!

Apupun, ini antara bekfas yang amat menyelerakan Kjee. Yang buat ia lebih sedap ialah sebab bukan Kjee yang buat. Siapa lagi kalau bukan my beloved husband, UnclePali. Bukan Kjee malas nak buat, tapi dia suka lak nak buat. Jangan kacau dapur kalau time sarapan. Hehehe.

Senang je nak buat tapi kalau tak cekap, telor tu tak jadi cantik macam yang UnclePali buat. Hari ini UnclePali guna Cosway Egg Boiler pemberian my dear MamaFaMi last year.

Kalau tak ada egg boiler tu, buat jer cara ni.

UnclePali set timer 8 minit jer. Dia guna air panas yang mendidih 100%. Kalau air panas suam2 kuku, tak payah ler.

Sorry Mala, cilok gambar. Hehehe malas nak snap sendiri

Masa menunggu 8 minit, UnclePali grill roti yang Kjee beli di Jaya Grocer hari tu. Rasa roti yang dibubuh bijiran (seeds) itu, macam buat sendiri kat rumah. Harga toksah tanya...dah lupa. Actually boleh toast jer dalam toaster tapi Kjee lebih suka di grill. Boleh guna Roti Gardenia.

Kemudian apabila telor tu siap, keluarkan telor dari bekas boiler tu, pecahkan dalam cawan/mangkuk dulu. Kemudian baru tuang pelan2 atas roti. Barulah hasilnya cantik.

Kjee rajin buat Roti camni sejak makan di gerai food court Roti Bakar Corner milik Hayati Khalib di Tambun, Ipoh. Sedap sangat. Kalau korang ke sana, jangan lupa singgah makan Roti Bakar Tenggek Telor. Sedap. Dia guna roti benggali. Baca sini.


TAHNIAH ANAK2 MUDA FELDA!! CONTOHI MEREKA DRP BERDEMONSTRASI!
















‘Alhamdulillah’. Hanya ungkapan syukur itu yang mula-mula diungkap Pendaki Everest Felda 2013, Mohd Nasuha Shamsudin 21, ketika menjadi rakyat Malaysia termuda pertama sampai ke puncak Everest .
Beliau bersama lima daripada tujuh pendaki Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl), pagi semalam.
“Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua,” katanya ringkas ketika masih berada di puncak dunia itu yang dihubungi melalui walkie talkie oleh wakil media dan pendaki sokongan di EBC, di sini.
SELEBIHNYA KORANG BELI DAN BACA DI HARIAN METRO.

Tuesday, May 21, 2013

DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE










Apa itu dimsum? Dimsum adalah makanan orang Kantonis. Ada banyak jenis Dimsum. Ada yang kukus, yang goreng dan yang dibakar. Ianya tidak pedas dan dimakan dengan sos cili dan sos manis dan biasanya dimakan untuk sarapan.

Siew Mai adalah salah satu jenis Dimsum yang mudah dibuat dan sedap dimakan. Bagaimanapun, tidak semua restoran yang menjual Dimsum halal. Dan kerana itu, Kjee terpaksalah belajar buat sendiri kalau tak jumpa restoran yang jual Dimsum halal.


Hari ini Kjee buat dimsum setelah banyak tahun tak buat. Actually antara sebab Kjee malas nak buat ialah, penghuni rumah kami hanya tiga orang. Kalau makan kat restoran lebih mudah.


Tapi oleh kerana ramai jugak frens di FB yang ingin tahu camner nak buat dimsum, so hari ini Kjee ringan2kan tulang lah..ehhh ringan tulang ke ringan tangan...oppsss ringan tulang. Hehehe dah lama tak sekolah, peribahasa, simpulan bahasa dah tak mahir lagi.

Nak buat dimsum ni bukanlah susah hanya masalah untuk mendapatkan kulit wantan atau wantan wrappers atau wantan pastry.



Wantan Pastry dijual di bahagian tahu kebanyakkan supermarket


Pagi tadi UnclePali ke Hero Market tapi tak jumpa. Kemudian apabila tengok muka Kjee ketat sebab dah excited nak buat, kami pun singgah kat Giant. Dan apabila dia kembali ke kereta, isterinya senyum lebar. Ala murah jer...sepeket tu hanya RM2 something something. Orang lelaki kalau beli barang jarang tengok harga!

Untuk dimsum hari ini yang dipanggil Siew Mai, Kjee guna isi ayam dan udang. Kjee tak dapat nak agak berapa banyak Kjee guna. Tapi adalah dalam segenggam isi ayam bahagian dada dan segenggam isi udang. Korang adjust lah yer sebab segenggam Kjee macam segenggam King Kong. Kahkahkah.

Kjee masukkan udang, ayam dan 2 sudu tepung jagung ke dalam Food Processor. Kalau tak der FP, korang cari jalanlah nak guna blender kecik yang kita kisar bahan2 kering (spice blender) atau tumbuk guna lesung pun boleh. Setelah halus kedua2nya diblend, dikeluarkan dan dicampurkan dengan tepung jagung hingga sebati.

Kjee telah potong halus2 setengah batang carrot, 4 cendawan shitake kering yang telah Kjee rendam kemudian hiris halus2 dan sehelai dua daun bawang yang jugak telah dimayang halus. Campurkan sekali ke dalam ayam tadi. Pecah telor sebiji, pukul sedikit dan masukkan jugak dalam bahan2 tadi. Gaul hingga sebati, bubuh sikit garam pak aji kalau guna dan kira2 setengah sudu kecik minyak bijan.

Simpan dalam peti ais selama sejam.






Apabila sedia untuk membentuk Siew Mai, Kjee jerang dulu air dalam kukusan. Kemudian keluarkan wantan pastry dari fridge. Keluarkan sedikit sahaja dari dalam peket. Kalau keluarkan semua nanti ia menjadi kering. Kemudian Kjee guna cookie cutter untuk memotong bulat wantan pastry tu.


Kjee buat yang kiri. Yang kanan Kjee google.


Kjee celup jari telunjuk dalam sedikit air dan sapu pada sehelai wantan pastry tu. Pastu amik satu sudu kecil inti ayam tadi dan letakkan tengah2 wantan pastry. Kalau lihat gambar, boleh jugak dibentuk Siew Mai seperti itu.

Ulang sampai habis. Baki wantan pastry disimpan elok2 dalam peti ais dan boleh guna lain kali. Susun dalam kukusan dan kukuslah hingga masak i.e. 10-15 minit.





























Selamat mencuba. Sedap kalau bubuh isi ketam bersama ayam atau ketam bersama udang. Kita yang buat dia kan!!

Nak mudahkan korang, dibawah senarai bahan2. Kjee agak2 jer so korang pepandai jer lah adjust yer.

1. Wantan Pastry
2. Isi ayam (tanpa kulit)
3. Isi Udang
4. Cendawan Shitake kering
3. Carrot
4. Daun Bawang
5. Minyak bijan
6. Sebutir Telor
7. Tepung Jagung

KLIK jugak sini.





Monday, May 20, 2013

BUKA PEKUNG DI DADA DEMI MENEMPAH POPULARITI?

FOTO EHSAN GOOGLE



Kjee langsung tak minat nak highlight story budak2 hingusan ini, yang kononnya pelakon, yang tak pernah pun register dalam otak Kjee. Kjee tak kenal mereka sebabnya of course lah lakonan mereka langsung tidak mempunyai impak yang besar dalam industri seni tanahair.  Maaf.

Tetapi tadi Kjee baca tulisan sahabat Kjee, Oda Ismail dalam kolum beliau dalam news portal Agendadaily. A very good piece by an excellent wartawan hiburan, yang Kjee rasa amat rugi kalau korang tidak dapat membacanya.






Hari ini saja dua nama tiba-tiba jadi popular. Bukan hebat kerana bakat lakonan sekalipun kerja kedua-duanya adalah berlakon. Hairannya, saya tidak kenal pun mereka.
Ada pelakon yang bila orang sebut nama saja, sudah nampak dalam kepala kita drama atau filem hebat mereka. Tapi dua nama ini, Afiq Muiz (lelaki) dan Eina Azman (perempuan) langsung tak tercalit dalam kotak ingatan saya. Penyanyikah? Pelakonkah? Pelawakkah? Tapi, sumpah, mati-mati saya ingat yang dia Bangla potong rumput kawasan rumah saya....
"Ada, mereka tu pelakon drama TV,'' kata seorang kawan.
Begitulah tak berbunyinya loceng ingatan di kepala saya. Kalau mereka pelakon drama kenapa saya tak kenal.? Bermakna tak ada langsung lakonan atau persembahan mereka yang meninggalkan kesan.  Otak kita menyimpan banyak memori bergambar, dan seringkali ia akan terbuka frame demi frame jika sesuatu peristiwa itu betul meninggalkan kesan.
Tapi Ahad, 14 Mei, tiba-tiba saja dua budak mentah ni melonjak jadi buah mulut orang. Bukan, bukan pasal mereka dapat masuk University Oxford, tak juga dapat tawaran Uwei Shaari tapi pasal buat sidang akhbar melahar mak sendiri! Ulang ye: Afiq buat sidang akhbar dengan cinta hatinya, Eina, melahar Puan Hasliza Mohd, 48. Hasliza adalah ibu kandung Afiq. Untuk pengetahuan Afiq umur 25, cinta hatinya Eina, baru 18 tahun!





SANGGUP KORBAN GAJI JUTA2





PETALING JAYA: Figura korporat Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan akan melepaskan gaji tahunan lumayan mereka apabila memegang jawatan dalam Kabinet yang baru.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Wahid memperoleh RM6.26 juta daripada syarikat perbankan gergasi itu pada tahun lepas, menurut data daripada Bloomberg.

The Star juga melaporkan bahawa Wahid menerima RM2.96 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011, yang merupakan tahun kewangan berakhir yang baru bagi kumpulan perbankan itu.

Jumlah imbuhan beliau ialah RM4.68 juta dan RM4.7 juta bagi tahun kewangan (berakhir Jun) 2011 dan masing-masing 2010, menurut laporan tahunan Maybank.

Kedua-dua Wahid dan Low telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Low pula menerima sekurang-kurangnya RM560,000 setahun daripada pelbagai jawatan korporat yang dipegang beliau.

Beliau dibayar gaji bulanan sebanyak RM30,000 sebagai Pengarah Urusan Malaysian Sheet Glass Sdn Bhd dan RM200,000 setahun sebagai pengarah bebas daripada kedua-dua syarikat Sunway Holdings dan Pos Malaysia Bhd.

Bagaimanapun, Low, 66, yang juga Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), berkata beliau tidak menerima sebarang gaji daripada TI-M kerana ia adalah sebuah organisasi berdasarkan sumbangan dan kerja-kerja beliau adalah secara sukarela.

Sebagai menteri, Wahid dan Low kini akan mempunyai gaji tahunan minimum RM179, 642.40 (atau RM14,970.20 sebulan) dan juga RM49,353.48 (atau RM4,112.79 sebulan) setiap seorang sebagai senator.

Kedua-duanya juga layak untuk memperoleh beberapa elaun bagi tugas rasmi dan faedah lain. - mStar Online

CREAMY MACARONI CHEESE SEDAP BAGI YANG TAK JAGA BODY...



Mac n cheese atau makaroni dan keju adalah antara fav Kjee kalau makan di bistro atau cafe yang menyediakan western food. Itu masa zaman Kjee muda2 lah. Bistro atau Cafe seringkali menjadi tempat kami lepak  kerja dulu.

Tapi Bistro sekarang tak sama langsung dengan Bistro zaman Kjee dulu2. Bistro sekarang dah di conquer oleh mamak. Tak tahu macam restoran Mamak boleh tukar nama restoran mereka jadi Bistro!!

Anyway, hari ni Kjee nak cerita pasal makanan fav Kjee iaitu Macaroni and Cheese. Kali pertama dulu Kjee buat guna cheddar cheese yang warna oren. Kali ni, stok tak ada so Kjee gunalah tiga jenis cheese yang warna krim.






Tak berani nak buat selalu sebab its so fattening!! Tak elok untuk yang sedang jaga body...But who cares kan.. bukanlah selalu. Kahkahkah.

Kjee guna pastu jenis kerang untuk resipi hari ni. Boleh guna apa jua jenis pasta. Tadi Kjee rebus 250 gms pasta yang telah diperasa dengan garam hingga kenyal atau al dente. Kemudian Kjee toskan dan tepikan. Kemudian mula buat sos keju.

Untuk sos keju, Kjee campurkan setengah cawan susu (kjee guna susu HL low fat) dengan 2 sudu tepung gandum. Dilarutkan tepung hingga sebti dan tiada lumps. Kemudian Kjee panaskan 3 cawan fresh milk. Apabila susu itu sudah nampak berbuih2 di tepi periuk (menandakan dia sudah panas tapi bukan mendidih), masukkan campuran susu bersama tepung dan kacau tanpa henti sehingga nampak pekat. Perlahankan api.



Semalam Kjee bubuh dua jenis keju iaitu cheddar (keping dan yang sagat) bersama parmesan cheese. Kjee letak ikut suka jer. Kalau nak ikutkan resipi, bubuh 1-1.5 cawan jer. Tapi kita yang buat kan! Hehehe

Kemudian dilarutkan cheese dalam adunan susu tadi dan apabila sudah larut, dimasukkan pasta. Taburkan sedikit lada hitam dan gaul hingga sebati. Kemdian hidang ketika panas.

Sedap dimakan begitu sahaja. Tapi semalam Kjee hidang dengan ayam panggang rosemary, salad dengan dressing balsamic vinagrette dan juga kentang ala2 baked potato with sour cream.

Untuk baked potato, Kjee guna Australia Chat Potato. Kjee cuci bersih2 dan rebus bersama kulitnya. Letak sedikit garam. Apabila sudah elok lembutnya, Kjee leperkan sedikit guna belakang chopping knife, pastu Kjee panaskan frying pan dengan sedikit butter dan olive oil dan garingkan sikit kedua2 belah kentang rebus tu. Kalau nak masukkan dalam oven sebelah ayam panggang setelah direbus dan dileperkan sikit, pun ok gak.



Salad Rocket yang kjee beli



Kentang ala2 baked potato

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...