Thursday, October 31, 2013

KOLEKSI BUKU MASAKAN NOR AZLITA AZIZ













Diam-diam ubi berisi. Agak lama Kjee tak intai blog beliau. Dan apabila Kjee cari masa yang sesuai, terkejut jugak melihat perkembangan semasa Nor Azlita Aziz. Dia buat kerja diam-diam dan jeng jeng jeng, tetiba dah muncul dengan buku masakannya sendiri!

Blog Azlita adalah antara blog masakan favorite Kjee kerana ia benar-benar 'sedap dipandang mata'. Kjee yakin, gambar-gambar yang diambilnya sendiri, berserta dengan props dan susunan yang menarik, membuat ramai tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi Blog Masam Manis.

Terima kasih Azlita atau mesra disapa Ita,  kerana sudi mengirimkan buku-bukunya kepada Kjee. Memang Kjee berhasrat nak ke kedai MPH membelinya, setelah mendapat tahu ia berada di pasaran. Tetapi seringkali tidak berkesempatan.


Antara resipi yang dimuatkan... nak tengok banyak lagi, kena dapatkan koleksi buku-buku ini.





















Kata orang, sekarang dah ada banyak 'buku resipi' online, jadi tak perlu lah membeli buku. Tetapi mungkin ramai jugak tidak tahu, ada kelompok besar di luar sana yang membuat koleksi buku-buku resipi.

I have not much to say about Ita's books. It speaks for itself.  Bagaimana cantik gambar yang dipamerkan dalam Blog Masam Manis, begitulah jugaklah dengan buku-bukunya. Tidak jemu, merenung gambar-gambar yang begitu menambat.

Semoga Azlita terus berkarya. Kalau ingin ke blog Masam Manis, sila KLIK SINI.

Buku-buku koleksi resipi Azlita yang berjumlah tiga semuanya, diterbitkan oleh MPH. Ada buku kek, manisan dan jugak biskut Raya. Harga sebuah hanya RM9.90. Borong tiga sekali RM27.90. Boleh juga dibeli online DI SINI.




Laman belakang - Biografi Pengarang



NASI LEMAK SEPARUH KUKUS CARA ARWAH NENEK NADIA








Sebenarnya, kalau nak makan Nasi Lemak, tak susah mana nak cari. Setiap ceruk rantau di Malaysia ni, ada jual. Malah orang Indon pun dah pandai jual tau. Nasi Lemak yang tak lemak.

Tetapi, apakah Nasi lemak beli, sama dengan air tangan kita sendiri. Kita pun fahamlah orang meniaga nak untung, tapi jangan lah melampau-lampau sampaikan nasi lemak mereka ala-ala nasi putih berlauk sambal tumis dan telor rebus saja!

Kalau tak tahu nak masak, jangan meniaga. Itu kata-kata yang selalu terbit dari mulut arwah Bonda. Jangan bagi pelanggan sumpah seranah. Nanti pendek rezeki.

Apapun, hari ni Kjee masak Nasi Lemak sebab dah lama tak makan dan jugak senang nak buat. Hari ni Kjee banyak kerja. Tapi perut nak jugak kena isi, kan?




































Nasi Lemak Kjee hari ni berlaukkan sambal sotong dalam tin jenama Rex, telor rebus, ayam goreng dan jugak tempe goreng. Dan tak lengkap kalau tak ada timun. Kjee suka timun Jepun sebab rasanya lebih enak daripada timun biasa.

Dulu-dulu, nasi lemak kampung biasa turut digunakan Kangkung yang dicelur dengan sedikit garam. Adoii kenapa tadi Kjee tak suruh UnclePali beli kangkung tadi!

Kjee malaslah nak type balik resipi di sini sebab dah banyak kali buat. Link jer kat SINI.

Nasi Lemak hari ni, Nadia yang buat. Nasi Lemak airtangan anak anak dara yang cukup segala-galanya. Rasa lemak, rasa masin dan wangi dek aroma daun pandan. Kjee masak sambal sotong jer.

Masa Kjee meniaga dulu, kami jugak jual nasi lemak untuk sarapan. UnclePali yang bungkus. Jual RM1.20 sebungkus. Laku beb...sebab sedap hehehe.






AKHIRNYA ADA WARTAWAN 'SERANG' ARBAKYAH MANAN


Kjee sudah tunggu sejak sekian lama... tetapi tidak ada seorang pun wartawan arus Perdana, yang berani bersuara. Dan akhirnya, malam ini Kjee bangga apabila Editor Hiburan MStar Online, Niezam Abdullah membuka langkah.

Mana wartawan lain?  Semua senyap sebab nak jaga hati? Nak jaga periuk nasi? Korang nak kecik hati dengan Kjee? Ade aku kesah!!

Baca tulisan Niezam dibawah ini. Tahniah bro...Kjee tabek springggggg!






ADOIII…

SAYA kalau boleh tak mahu sentuh apa-apa mengenai pelakon Abby Abadi. Sebabnya... tak dapat apa-apa faedah pun melayan artis ini.

Cuma saya terpanggil untuk menegur Abby selepas membaca laporan mengenai ceramah politiknya di Kampung Dulang Kechil, Yan Kedah pada 26 Oktober lalu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berlangsung pada 4 November 2013.

Dalam ceramah itu Abby berkata gejala maksiat yang berleluasa dalam dunia hiburan tanah air adalah kerana Umno. Parti itu menjadi punca dunia hiburan menjadi sesat.

Saya tergelak seorang diri membaca laporan itu... Dia sesat sehingga ke Sungai Limau untuk meracun fikiran rakyat dengan cerita yang tidak betul.

Abby mendakwa, semasa dia berlakon dulu, dia tak pernah berfikir sangat tentang dosa dan pahala.

Saya percaya, kalau dahulu, Abby memang tidak akan fikirkan dosa dan pahala. Sebab itu dia tak pernah hirau kesalahan yang dibuatnya.

Atas sebab itu juga dia tidak rasa berdosa menyerang dan memalukan suaminya Norman Hakim (sekarang bekas suami) di khalayak. (Saya turut berada sama semasa insiden itu dan sama-sama bersubahat dengan Abby untuk menyerang Norman. Saya harap Norman dapat maafkan saya)

Sambung baca di SINI.



Wednesday, October 30, 2013

CLAYPOT CHICKEN RICE, CENDAWAN SHITAKE DAN IKAN JERUK TENGGIRI ALA SZECHUAN









Akhirnya, dapat jugak Kjee buat one dish meal ni. Mudah aje tak perlu ada lauk lain. Claypot Chicken Rice antara makanan favorite kalau Kjee dibawa ke food court shopping complex. Makan kat mana aje foodcourt, rasanya tetap sama.

Semalam, Kjee ajak Nadia singgah kat satu kedai yang menjual pelbagai periuk belanga. Suruh dia beli dua biji claypot. Nadia pilih dua claypot kecik berukuran 7". Satu untuk mama dan satu untuk dia sebab dia tahu UnclePali tak suka makan makanan yang kami suka.

Apapun, apabila siap masak tadi, menyesal pulak beli yang kecik. Kalau beli saiz besar sikit iaitu 9", masak sekali jer boleh makan 3 orang! Baru tahu Unclepali okay jer makan Claypot Chicken Rice. Hehehe.

Kjee tak guna resipi khusus untuk masak nasi ayam ni. Kjee hanya risau satu sahaja iaitu periuk tanah tu akan pecah masa masak. Tapi nasib baik ada kawan-kawan Facebook yang bagi tips. Kena rendam dulu periuk tanah sebelum guna. Thanks so much for info.

Malu nak beritahu yang seumur hidup ini, Kjee tak pernah masak nasi atas dapur. Sejak dulu lagi Kjee hanya tahu masak nasi guna rice cooker! Sebab itulah Kjee risau amat-amat sangat tadi. Takut nasi hangit.

Tetapi, kalau buat Claypot Chicken Rice guna claypot, dasarnya mesti berkerak atau dalam kata lain, mesti hangus sikit, baru sedap!

Okay jom kita tengok cara Kjee masak tadi. Kjee guna 2 claypot berukuran 7". Kalaulah korang tak guna claypot dan nak guna rice cooker, masak nasi macam biasa. Apabila tiba peringkat air nak dekat kering, taburkan ayam yang telah ditumis. Letak balik penutup dan biarkan ia masak tanpa dibuka hingga tiba masa nak makan.







CLAYPOT CHICKEN RICE WITH SHITAKE MUSHROOM DAN SALTED FISH

BAHAN-BAHAN

(UNTUK 1 CLAYPOT SAIZ 7")

¾ cawan beras (direndam kira-kira ½ jam)

untuk perapan ayam
1 mangkuk kecik ayam (dipotong kecik2 atau bite size)
2 ulas bawang putih
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu kecik minyak bijan
1 inci halia (dimayang halus)

2 cendawan shitake kering (rendam 1 jam guna air panas)
1 keping ikan tenggiri jeruk
sebutir telor (Kjee tak guna)
2 batang cili kering (digunting pendek-pendek)

untuk kicap curahan
2 sudu air
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap cair atau nampla
1 sudu kecik minyak bijan
1 sudu jus halia

daun bawang

CARA

1. Perap ayam bersama bahan-bahan perapan selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.

2. Apabila sudah cukup masa perapan, letak 1 sudu minyak ke dalam kuali dan tumis dua ulas bawang yang telah diketuk. Kemudian masuskkan dua batang cili kering yang telah direndam dan dipotong pendek-pendek. Goreng hingga cili kering agak garing.

3. Kemudian masukkan semua ayam yang diperap tadi. Goreng pantas-pantas hingga masak. Masukkan cendawan yang telah dibelah 4. Kacau hingga rata dan tepikan.

4. Letak beras dalam claypot. Kjee guna beras wangi. Sukatan air seperti biasa.

5. Apabila air hampir kering (masih lembab), susun ayam yang ditumis tadi diatas permukaan nasi. Susun ikan tenggiri jeruk yang telah dipotong kecik-kecik. Letak penutupnya, perlahankan api dan biarkan nasi masak sempurna.  Matikan api.

6. Ketika hendak hidang, curahkan bahan-bahan curahan diatas yang telah dicampur dan dikacau sebati.

7. Hias dengan daun bawang.


Chicken Rice in a rice cooker





Kjee juga guna rice cooker untuk buat chicken rice ini. Ini kerana Kjee telah buat perapan ayam yang terlebih. Daripada simpan dalam freezer, Kjee suruh Nadia masak nasi dalam rice cooker. Apabila airnya hampir kering, Nadia letak ayam tersebut di permukaan nasi, susun ikan tenggiri jeruk dan curahkan kicap curahan. Banyak mana nak letak kicap curahan ni, agak-agak aje lah yer. Terus letak balik penutupnya hingga nasi masak.

Masakan ini berlainan dari claypot chicken biasa sebab Kjee tumis dulu cili kering hingga garing. Ini cara masakan Szechuan. Jadi, rasanya agak pedas-pedas sikit. Kalau tak suka pedas, tak payah bubuh ya.

Kalau suka bubuh telor, pecahkan sebutir telor diatas tumisan ayam yang telah disusun diatas nasi. Kemudian letak penutup. Wap nasi akan masak telor itu.

Selamat mencuba.














MAYA NAK KAHWIN 'MAT SALEH' LAGI?






Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Walaupun pernah dikaitkan dengan VVIP dan pelakon tanahair, namun aktres cantik Maya Karin, khabarnya terpaut kembali kepada lelaki 'Mat Saleh'. Sebelum ini Maya telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki kulit putih.

Apapun, Maya yang berdarah campuran Melayu-Jerman ini, mengakui dia tidak mampu menolak seandainya itu jodohnya.

Alhamdullilah syukur. Mudah-mudahan Maya Karin akan segera mendirikan rumahtangga. Elak gosip, elak fitnah. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan buruknya dari kita sendiri. Wallahualam.

Ini yang Kjee baca dalam Sinar Harian Online tadi.

Maya tak serik pilih ‘mat saleh’!

Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.

Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.

"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus menyayangi dan memahaminya.

Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.

Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.

Biarpun mengakui sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.

“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.



Tuesday, October 29, 2013

PERIHAL ASHRAF, ADAM DAN FIZO


Ashraf dan Wan Sakinah


Adam dan Fiza


Fizo dan Mawar



Tiga berita artis popular, Ashraf Muslim, Adam AF dan Fizo Omar menarik perhatian Kjee, sejak minggu lepas.

Yang pertama berita majlis reception meraikan pernikahan Asraf dengan isteri keduanya Wan Sakinah. Menarik bagi Kjee kerana Kjee pasti semua fikirkan Ashraf tidak akan mengadakan majlis seumpama itu kerana isteri keduanya itu, dikhabarkan sudah hamil.

Apapun, tahniah kepada Ashraf dan Wan Sakinah. Mudah-mudahan isteri pertama Ashraf juga dapat sama-sama berkongsi kebahagiaan Ashraf menimang cahaya mata pertamanya tahun hadapan.

Kemudian Kjee dikejutkan pulak dengan khabar kononnya rumahtangga Adam Af dan Fiza Elite pulak dilanda masalah. Kononnya ekoran rasa cemburu Adam, apabila Fiza dikatakan bertembung dan berbual dengan bekas kekasihnya.

Itulah berita yang sukar hendak diterima akal. Adam kini dikatakan seorang lelaki amat matang berbanding kemunculannya di persada seni dulu. Kalau tidak, dia tidak pasti akan menerima seorang ibu tunggal beranak dua sebagai isterinya.

Ketika mendengar khabar itu, Kjee berdoa itu hanya spekulasi penyebar berita itu. Dan Alhamdullilah rupa-rupanya memang betul jangkaan Kjee.

Adam dikatakan tidak selesa dengan penyiaran berita tersebut. Baginya, apa yang jadi hanyalah masalah kecil dalam rumahatangga yang baru dibinanya. Dan semuanya telah diselesaikan secara baik dan setelah bincang dari hati ke hati. Sedangkan lidah lagikan tergigit...

Lenyap seketika cerita Adam, kita pula mendapat berita gembira, Fizo Omar akan bertunang dalam masa terdekat dengan gadis pilihan hatinya, Mawar, yang se ayu namanya.

Sama cantik, sama padan kedua kekasih ini. Yang manisnya, Mawar mengakui Fizo adalah lelaki pertama dalam hidupnya kerana keluarganya terlalu menyekat pergaulan bebas dengan lelaki, selama ini.

Apapun, satu sahaja yang Kjee tak berkenan. Lamaran dibuat ala Barat. Buat dalam panggung. Hmmm sikit lebih kurang jugak macam Awal melamar Scha Al Yahya dulu kan?

Well, dunia sekarang.

Apa-apapun, kita doakan Ashraf, Adam dan Fizo akan bahagia di sisi pilihan hati masing-masing hingga ke nafas akhir. Insya Allah.

CLAYPOT DAN KUALI KENIT








Tadi pergi shopping... ewah. Kjee duduk dalam kereta dan tengok jer Nadia beli sebenarnya. Of late, Kjee memang selalu keluar ikut UnclePali dan Nadia. Tapi Kjee tunggu jer dalam kereta. Tak boleh jalan jauh-jauh. Kalau setakat masuk kedai makan, bolehlah. Hehehe.

Oleh kerana susah nak pergi makan Clay pot Chicken Rice kat food court di shopping complexes, Kjee suruh Nadia belikan claypot. Resipi no problem. Berlambak kat internet. Hanya kena sesuaikan ikut selera masing-masing.

Bahan-bahan dah beli. Esok boleh buat.

Tadi apek yang jual tu pesan. Claypot boleh masak atas dapur tapi pastikan diisi air baru dihidupkan api. Kalau tidak pecah.

"Kalau picah lu jangan minangis. Mali sini beli lagi. Saya aler manyak setok." Buat lawak pulak apek tu. Hehehe.

Oppps baru sekejap ni ada fren FB kata kalau tak mau pecah, rendam semalaman sebelum guna. Insya Allah akan buat malam ni. Hehehe.

Masa nak balik, singgah kat Tesco. Nadia turun beli kuali kenit non-stick untuk buat rempeyek. Kat rumah hanya ada satu saiz 5". Sekarang dah RM25 sebiji. Tiga tahun dulu Kjee rasa tak sampai RM10.

Anyway, Nadia jumpa saiz 6 inci. Harganya hanya RM10. Nadia text tanya samada boleh beli dua biji. Okaylah tu. Senang kalau ada dua kuali. Cepat sikit nak buat rempeyek kan. Hehehe.

Ada tiga kaler. Merah, hijau dan biru.

Nampak macam non-stick. Kalau melekat, jangan susah hati. Buat telor dadar guna kuning telor jer. Lepas tu, Insya Allah kuali tak melekat lagi. Petua orang tua-tua.



PENGURUS CONFIRM MIZZ NINA KINI BERHIJAB



Foto2 yang dimuatkan di instagram Noh dan Mizz Nina



Padi tadi Kjee terbaca berita dalam newsfeed Kjee di Facebook bahawa penyanyi Mizz Nina atau Syazrina Azman yang juga isteri Noh Hujan, sudah mengenakan hijab. Gambar dia berhijab boleh dilihat pada post Mizz Nina dan Noh Hujan, di Instagram.

Alhamdullilah syukur. Itu perkataan yang terbit di bibir Kjee. Tetapi semua tahu pasangan yang baru bergelar suami isteri ini, telah mengerjakan Rukun Islam kelima baru-baru ini. Sudah bergelar Haji dan Hajah. Maaf cakaplah, ada artis yang mengenakan tudung selepas kembali dari Tanah Suci. But not for long.

Sebentar tadi, Kjee baca dalam mStar, pengurus Mizz Nina confirm  yang beliau kini sudah bertudung! Dan akan mencari masa yang sesuai untuk mendedahkan imejnya yang berhijab.

Sekali lagi ucapan Alhamdullilah Syukur terbit dari mulut Kjee. Tahniah Syazrina aka Mizz Nina kerana melalui penghijrahan ini. Mudah-mudahan kekal berhijab.

Ramai artis sekarang sudah pun melalui proses itu dan diterima baik oleh peminat dan masyarakat keseluruhan. Kita doakan yang terbaik buat mereka. Amin.

Berita sepenuhnya, DI SINI.

Monday, October 28, 2013

ARBAKYAH MANAN BUKA PEKUNG DI DADA


Arbakyah Manan


Kalau sudah bertaubat, Alhamdullilah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap perlakuan dahulu, dilontar jauh-jauh dan minta Allah swt terima taubat kita.

Itu sahaja nasihat Kjee boleh beri kepada Arbakyah Manan, bekas pelakon yang semua orang kenal walaupun tak sebut nama pentas atau nama glamournya.

Kjee dan artis-artis lain turut merasa tempias dan berkecil hati apabila Arbakyah seringkali menyebut apa yang dia lakukan selama ini adalah berdosa. Tidak mengerjakan solat dengan sempurna kerana kerjaya sebagai pelakon dan segala sewaktu dengannya. Apakah dia hendak bercakap buat dirinya sahaja atau ditujukan kepada anak seni lain?

Perlukan anak seni war-war yang mereka menjaga solat mereka setiap waktu? Apakah kerana Arbakyah tidak menjaga solatnya dulu, maka dia beranggap semua artis sepertinya. Nasib kau baik Arbakyah sebab tidak ramai artis yang mulut longkang seperti engkau. Ada yang boleh dedahkan segala apa yang telah kau lakukan semasa kau belum bertudung litup!

Kjee pernah intai Facebooknya. Dia siap bagitahu pengikut agar jangan ada sesiapa yang percaya kalau terbaca apa-apa berita mengenainya sebab semuanya fitnah. Pandai pulak dia kata apa yang orang khabarkan mengenainya adalah fitnah! Tapi yang dia fitnahkan kawan-kawan sperjuangannya dulu, tidak pulak diambil kira. Maklumlah sudah bergelar Insan Mulia... boleh keluarkan fatwa sendiri, yang mana satu dosa dan pahala.

Ingatlah wahai Arbakyah... setiap perlakuan kamu diperhatikan... kalau bukan oleh manusia, oleh Allah swt. Jangan berlindung disebalik parti yang bertopengkan Agama.

Allah pays cash my dear sista, if you can understand English!!

Baca di SINI.

BERGEDIL YANG MUDAH DAN SEDAP







Hari ni tak ada mood nak masak. Kjee dah beritahu Nadia nak makan instant soto jenama Sajimee. Tapi kena ada bergedil dan kicap cili padi. Makan instant mee pun, mesti nak cukup sifat!

Nadia pun rebus 1 biji kentang besar dan 2 kentang kecik. Bila dah elok empuk, terus dia mash guna potato masher, campurkan dengan 1 biji bawang yang diracik dan 1 sebutir telor yang telah diletak 1 chicken kuib.

Nak defrost ayam, dah terlambat so guna chicken cube sajalah. Tapi masa masukkan telor, adunan jadi lembik. Nadia suruh bubuh tepung gandum. No no no. Nanti bergedil jadi keras. So Kjee suruh dia kisar kering 1 keping roti dan masukkan. Jadi breadcrumbs. Cantik!!

Kepal-kepal dan goreng. Elok tak pecah berderai macam selalu. Happy sangat.







Tapi sebaik sahaja siap menggoreng, dapat sms dari seorang sahabat yang datang bawakkan Arabic Gum yang Kjee pesan. Sahabat lama yang kini bertugas di TV Al Jazeerah, Doha. Dia ajak makan. His treat, katanya.

So, Kjee dan Nadia ratah sebiji bergedil sorang dan lain simpan.

Rasanya? Nadia suka. Dia kata ada rasa macam Hash Brown yang dikepal. Ada juga rasa macam Fish Cutlet yang Kjee buat dulu. Ya ker? Whatever lah. Hehehe.

Boleh digandingkan dengan soto, dijadikan lauk atau makan begitu sahaja.






JANGAN BANGGA ANAK-ANAK GEBU DAN MONTEL






Hari ni Kjee terpanggil nak cerita sikit pasal masalah obesity atau kegemukkan. Mungkin korang akan melenting dan kata Kjee bukan insan yang sepatutnya beritahu orang lain mengenai masalah ini. Cerminkan diri sendiri, mungkin itu antara kata-kata sinis korang.

Tapi Kjee tak kesah. Nak tahu lebih lanjut apa Kjee nak tulis, terus membaca. Tak nak baca, pergilah blog lain. Tak ada paksaan.

Tentu ada yang tidak setuju jika Kjee kata, masalah obesity di kalangan anak-anak disebabkan oleh kita, ibu-ibu mereka. Dari lahir, kalau boleh nak sumbat segala apa product dan makanan yang ada, supaya anak-anak cepat besar.

Tak tahulah kenapa nak anak-anak tu cepat besar. Sepatutnya, biarlah anak-anak itu membesar secara normal..secara natural dan sepatutnya.

Kjee selalu buat pemerhatian terhadap anak-anak kaum Cina. Sebilangan besarnya, montel-montel. Oleh kerana mereka putih melepak maka kita yang tengok jadi geram. Kalau melintas depan kita, mahu dicubit kedua belah pipi mereka sampai merah padam.

Tahu kenapa anak-anak Cina dalam usia baru nak pandai jalan begitu montel ataupun chubby? Mengikut apa yang Kjee perhatikan, anak-anak yang montel dan gebu ini adalah yang dijaga oleh pengasuh ataupun nenek mereka kerana ibunya bekerja.










Nenek dan pengasuh ini akan menggaul nasi bersama lauk pauk (biasanya ikan dan maybe sayur-sayuran) ke dalam satu mangkuk dan 'sumbat' ke mulut kanak-kanak jagaan mereka. Kalau kanak-kanak itu tak henti-henti hendak berlari atau bermain, pengasuh dan nenek akan ikut. Sumbat dan sumbat sampai habis satu mangkuk, walaupun ada tika, kanak-kanak itu menangis sebab dah kenyang!

Anak-anak Melayu dan India pula, tukang jaga tak begitu 'rajin'. Kalau anak-anak geleng-geleng kepala, tanda kenyang, dah cukuplah diberi makan.

Ini suatu kenyataan bukan yang Kjee reka-reka. Tapi anak-anak Cina di bandar sekarang taklah montel dan gebu lagi sebab ibu-ibu dah suruh penjaga beri makan ikut sukatan. Susu pun berformula yang diberi ikut waktu. Tapi, rasa-rasanya anak-anak Cina di kampung masih di kejar keliling rumah dan disumbat ke mulut, tiap kali time makan.

Bila dah kekenyangan, anak-anak akan tidur nyenyak sampai next meal. Kalau tidur sebaik sahaja lepas makan, bukankah akan menyebabkan kegemukkan? Kalau tak tidur pulak, akan jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak berlari pun dah sukar.







Sebab itulah Kjee kata, ibu-ibulah yang sebenarnya penyebab kepada obesiti anak-anak.  Ini dilakukan tanpa kita sedari. Kalau anak kita kurus keding, kononnya kita akan malu sebab orang akan kata, mereka tidak cukup makan!

Kanak-kanak sebenarnya, telah dijadikan secara natural untuk berhenti makan sebaik rasa kenyang. Tak macam orang dewasa yang hanya berhenti makan setelah tekak puas!

Ketika Kjee kecik dulu, Kjee kurus keding sampai Kjee digelar cicak kubing. Tak tahu mana nak cari gambar masa Kjee selim melim dulu. Bukan kerana ibu Kjee seorang pakar pemakanan tetapi zaman kecik dulu, tiada susu formula bagai. Dan gaji ayah taklah besar. So semuanya cukup-cukup makan jer.

Tetapi kerana tidak dapat mengawal makan apabila menjadi wartawan (hari-hari makan free di hotel apabila pergi assignment), maka badan pun mengembang dan terus mengembang. Lepas kahwin dan beranak, kembang lagi. Dan selepas melalui pelbagai pembedahan dalam perut, kembang dan kembang lagi. Hehehe.

Jadi, the moral of my entry ialah, ibu-ibu harus peka pemakanan anak-anak dari usia mereka mula diberi makanan pepejal iaitu lebih kurang 6 bulan usianya. Tanya mereka yang pakar, beli buku, layari internet. Buat apa sahaja supaya pembesaran anak-anak sempurna. Tidak perlu makanan mahal atau bergadai golok beli susu formula sebab nak setaraf dengan kemampuan jiran atau tergoda dengan iklan-iklan tv!!







Jangan jadikan anak-anak mangsa. Masa depan mereka di tangan kita. Kalau mereka obese, pelbagai penyakit akan menyerang.

Kjee ada rasional kenapa kesilapan di usia kanak-kanak menyebabkan mereka jadi dewasa yang gemuk. Apabila dari kecil, ketika usus mereka masih lembut, segala jenis makanan disumbat. Usus itu jadi kembang. Lepas tu, apabila kita cuba hentikan kemasukkan makanan, usus jadi kosong. Kanak-kanak akan sentiasa lapar sebab usus dah besar. Apabila kelaparan, mereka merengek. Dan ibu-ibu gelabah, isikan perut korong anak-anak.

Korang setuju? Kalau Kjee silap, maaflah. Itu cara pemikiran orang tua macam Kjee. Hehehe.

Masalah obesiti adalah antara masalah utama negara dan jugak dunia dewasa ini. Jangan bangga ada anak-anak yang montel. Chubby Babies Will Be Fat Adults!








Sunday, October 27, 2013

GST..APA HAL NAK KECUH?!!


REMPEYEK IKAN BILIS HALUS RANGGUP










Kjee tak pernah buat rempeyek. Cuma pandai makan sahaja. Baik rempeyek yang ada ikan bilis, kacang tanah mahupun rempeyek yang bubuh kacang hijau yang orang Jawa panggil Tumpi.

Baru-baru ni Kjee singgah makan kat Kedai Minang milik Ann di Paya Jaras, Sungai Buloh. Tetiba mata Kjee terpandang keropok sebesar piring. Diletak bertingkat-tingkat. Kjee amik satu. UnclePali dan Nadia tak amik. Masa Kjee tengah makan, dia orang tengok Kjee dan mintak sikit. Pastu order lagi 3 keping. Masa nak balik, bungkus 7 keping lagi! 1 keping RM1 dan Ann bubuh tiga empat ekor udang halus.

Ann kata namanya Rempeyek Udang atau Salar Udang kata orang Minang. Melihat minat Kjee nak buat sendiri, Ann pun berilah resipi. Main agak-agak jer. Nadia dan Kjee dengar penuh minat.

Hari ni Kjee buat. Nak kena buat cepat sebab takut lupa resipi. Masa Ann beritahu, kami tak ingat pun nak salin.

Anyway, resipi agak-agak yang Ann beri tu menjadi. Terima kasih Ann.

Dibawah ini resipi yang Kjee adun sendiri ikut memori. Ann bagi adunan untuk 1 peket tepung beras. Tapi tiada sukatan lain yang tepat. Kjee beritahu Nadia, naseb lah kan. Kalau jadi Alhamdullilah. Lepas bancuh, Nadia bau dan kata okaylah...ada bau macam nak jadi. Hehehe.

Jom kita intai bahan-bahannya. Tapi Kjee ganti udang dengan ikan bilis putih yang halus. Mahal sangat harganya. RM33 se kilo kat Soon Cheong Marine (Kedai borong) kat Selayang.










REMPEYEK BILIS HALUS
resipi asal Ann

BAHAN-BAHAN

2½ cawan tepung beras
4 cawan air
1 butir telor ayam
1 biji buah pala
3 ulas bawang putih
8 biji cili api (nak pedas tambah lagi)
1 sudu besar jintan manis
2 - 3 helai daun limau purut (dimayang halus)
secubit garam (boleh jugak tidak bubuh)
ikan bilis halus


CARA

1. Semua bahan diatas kecuali daun limau purut dan jintan manis, dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus.

2. Keluarkan ke dalam besen dan campur daun limau purut dan jintan manis. Perap kira-kira 20 minit.

3. Ann guna kuali non stick berukuran 8" atau 9". Tapi Kjee guna non stick pan yang 5" sahaja.

4. Panaskan minyak dalam non stick pan. Minyak harus banyak. Apabila minyak panas, ambil sesenduk adunan tepung tadi dan curahkan ke dalam kuali. Banyak mana harus dicurahkan terpulang kepada besar kualinya. Oleh kerana Kjee guna kuali kenit, Kjee curah ½ senduk.

5. Kemudian Kjee taburkan sedikit ikan bilis. Ikan bilis ini tersangat masin, so jangan berani-berani bubuh garam dalam adunan. Kalau tidak bubuh garam pun ok.

6. Terbalikkan apabila satu side dah garing. Angkat dan toskan atas tisu dapur. Warnanya harus brown. Sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.

7. Ulang sampai habis.

Adunan ini sangat cair. Jangan risau. Ikut sahaja sukatan air Kjee, Insya Allah jadi ranggup sangat. Boleh jugak letak kacang tanah tapi famili Kjee kurang minat. So satu jer Kjee buat bubuh kacang. That's for me. Tapi tak sempat nak makan, UnclePali dah cilok dulu. Hehehe.




Kuali kenit non stick 5" ni buat rempeyek sama saiz. Boleh beli di Tesco











UDANG HALUS GORENG BERLADO ALA MINANG






Lauk ini dijamin boleh membuka selera kalau dimasak ikut resipi yang betul hehehe. Bahan-bahan yang mampu milik. Sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang lebih kurang RM10 sekilo.

Mudah nak sediakan lauk ni. Yang renyah, cuma nak gunting muncung udang bersama 'janggut' nya yang panjang dan berserabut.

Bab gunting janggut ni, hanya Kjee jer yang sabar buat in my house of course.  Hari tu Kjee suruh Nadia dan bila nak masuk dalam tumisan lado, aduhai, masih berselimpangan jangut. Tak ler banyak mana tapi masa dah suntuk, tak kuasa den nak buang janggut-janggut berselimpangan itu.

Selalu Kjee beli dapat udang putih yang halus-halus. Kali ini Nadia beli yang agak kasar-kasar sikit. RM13 sekilo. Isyhh sedap kasar-kasar cam ni buat rempeyek. Hmmm.

Untuk masak Udang Halus Berlado ni, jom kita intai bahan-bahannya. Walaupun ramai yang dah tahu buat, tapi takkanlah semua tahu kan? Mesti ada insan yang tak tahu. Hehehe.
Whatever lah.







UDANG HALUS BERLADO

Bahan-Bahan

½ kilo udang halus
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili hidup
6 biji cili padi (nak berdesing pedas, boleh tambah lagi)
1 keping asam gelugor
garam
secubit gula atau Pak Aji kalau guna


CARA

1. Udang dibersihkan. Gunting muncung dan janggut. Kalau maleh, hangkut sekali secekak janggut dan gunting sekali gus. Kalau anak dara, jangan malas, gunting seekor seekor. Bubuh kunyit, gaul rata dan toskan. Oppps cuci dulu tau.

2. Tumbuk semua bahan-bahan diatas kecuali udang dan asam gelugur. Jangan terlalu halus.

3. Panaskan kuali. Bubuh dalam  ½ cawan minyak dan goreng udang sampai garing. Keluarkan.

4. Tumis bahan-bahan tumbuk guna minyak sama hingga garing dan berdesing hidung. Masukkan garam dan gula atau Pak Aji dan goreng lagi sampai garing. Campakkan 1 asam keping.

5. Perlahankan api dan masukkan udang. Gaul rata dan goreng lagi hingga semua bahan-bahan sekata.

6. Padam api dan kaup ke dalam pinggan. Tinggalkan minyak berlebihan tu dalam kuali.


Makan dengan nasi panas. Sodap sangat-sangat tau. Buat ratah pun lagi sodap, omak oiiii. Lauknya mesti garing. Kalau udangnya masih tak garing, tak sedap. So goreng guna api perlahan.

Korang mesti tanya kenapa Kjee selalu guna bawang besar. Sebab omak den yang ajar. Dia kata bawang besar lebih manis, murah dan senang nak buang kulit.









Hah ingat tak lagi entry sayur asem hari tu? Hmm


SUKA SANGAT...HEHEHE






I like this. Nak share dengan korang. Kita semua pasti ada pengalaman kan? Hehehe

Saturday, October 26, 2013

PECEL IKAN KELI - LAUK JAWA LAGI!







Malam ni UnclePali baru balik dari kampung tengok anak sedaranya bukan dia, nikah. Hehehe. Kenapa Kjee tak ikut? Sebab Kjee tak sihat dan boleh 'lemas' dalam jemputan yang ramai.

So siang ni, for lunch, Kjee masak lauk yang UnclePali tak berapa berkenan iaitu Ikan Keli. Mulanya Kjee ingat nak bakar sahaja cicah air asam. Tapi tetiba Kjee teringat, hari tu UnclePali ada beli satu pasu pokok cekur.

Jadi, terus terlintas di fikiran untuk buat Pecel Ikan Keli. Bukan Pecel Lele tau. Rasanya tak sama langsung!! Ini lauk orang Jawa. Dulu Kjee pernah buat guna ikan pari yang dibakar dan dicarik-carik isinya. Kali ini Ikan Keli bakar atas arang dan tak payah carik-carik.



pokok cekur




Nak tahu rasanya macam mana? Hah sikit lebih kurang macam Ikan Percik Kelantan. Cuma kelainannya, ada bahan-bahan seperti Cekur dan Belacan! Kjee turut racik sehelai daun kunyit halus-halus dan campur.

Kjee tak tahu daerah Jawa mana asalnya resipi ini. Walaupun Kjee orang Jawa, Kjee hanya mengenali makanan ini setelah berkahwin dengan arwah abah Nadia, orang Jawa dari Batu Pahat. Agaknya arwah Bonda Kjee pun tak pernah merasainya.

Walaupun Kjee pernah jadikan lauk ini entri satu ketika dulu, tetapi jom kita intai apa bahan yang Kjee gunakan hari ini.






PECEL CEKUR IKAN KELI

5 ekor ikan keli
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
buah akar cekur (dalam dua sudu)
5 helai daun cekur
1 helai daun kunyit
1 kotak santan
10 biji cili padi (ikut kepedasan)
secubit gula
garam secukup rasa

CARA

1. Ikan Keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam Jawa kira-kira 20 mini. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan.

2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya.

3.  Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus.

4. Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak.

5. Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi.

6. Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan.

7. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Boleh guna ikan lain seperti Ikan Pari atau Ayam. Kjee tak pernah buat gunakan ayam. Tapi Kjee rasa, mesti sedap jugak. Ayam itu jugak harus dibakar sama macam bakar ikan.

Kalau tidak dapat membakar Ikan Keli, goreng dulu pun boleh. Tapi korang tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap!!

Ada orang buat, kuah yang sudah siap dimasak, dicurahkan keatas ikan bakar. Cara apapun boleh. Kjee tidak bubuh kunyit pada kuahnya. Hanya Ikan Keli dilumur sedikit kunyit sebelum dibakar.

Klik SINI kalau nak tengok resipi Pecel Ikan Pari.

Selamat mencuba.













SEPATUTNYA SUSAH NAK JADI PAK GUARD!


Simpati...




Kelmarin Kjee berbual dengan UnclePali pasal kes Pegawai Ambank yang ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan, yang turut melarikan wang sebanyak RM450,000.

Kata UnclePali, dulu-dulu bukan senang nak jadi Pengawal Keselamatan atau Pak Guard. Ramai budak-budak muda dari kampung, ketika mula-mula sampai KL akan cari  kerja sebagai guard.

"Masa tu kena ambil gambar 10 jari dan hantar ke Bukit Aman. Lepas tu kena jalani kursus. Tiap pagi kena kawat. Nak jadi Guard guna senjata api, kena kursus lagi, kena interview lagi... Heran jugak bagaimana orang Indon tu dapat lesen jadi guard bersenjata api," tambah UnclePali.

Begitu sukar rupa-rupanya. Kena jawablah pihak syarikat keselamatan tersebut. Tapi kenapa sejak kebelakangan ini, ramai sangat orang asing jadi Pak Guard?

Walaupun lesen syarikat yang mengaji Pak Guard yang tembak pegawai Ambank itu, dah kena TARIK BALIK bukan GANTUNG, syarikat itu masih kena jalani siasatan terpeinci.

Ini berita yang Kjee baca berkaitan hal ini yang Kjee baca dalam Sinar Harian.

Bukan bank tentukan pengawal keselamatan


KUALA LUMPUR - Penugasan pengawal keselamatan di sesebuah bank ditentukan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu, bukan bank, kata Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali.

Menurutnya kebanyakan bank di negara ini menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan, sekali gus menyebabkan pengawal keselamatan di bank masing-masing sering bertukar.

“Ini semua di bawah syarikat itu. Buat masa ini kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenai pengawal keselamatan itu. Malah kami juga menunggu polis untuk maklumat lanjut,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971.

Siasatan polis pula mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu, ketika dihubungi, wakil syarikat kawalan keselamatan berkenaan, enggan mengulas.

“Saya tak nak komen apa-apa,” kata wanita yang mengaku pegawai perhubungan awam syarikat.

Mengulas lanjut, Syed Anuar berkata, buat masa ini pihaknya belum bercadang menubuhkan pasukan polis bantuan bagi menggantikan pengawal keselamatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib memberitahu Bernama, pengambilan pengawal keselamatan mesti berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Seorang pengawal keselamatan itu hendaklah melalui tapisan yang telah ditetapkan seperti tiada rekod jenayah lampau. Apabila pengawal keselamatan itu telah mula bertugas, pihak syarikat perlu memastikan pengawal itu berkelakuan baik sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum dibenarkan memohon lesen untuk menjadi pengawal bersenjata.

“Setelah memperoleh lesen senjata api, syarikat kawalan keselamatan perlu menghantar pengawalnya itu menjalani latihan menembak dan memastikan ia mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan semasa menjalankan tugas,” katanya. - Bernama

Friday, October 25, 2013

SAYUR ASEM ORANG JAWA TEMPATAN






Hari ni UnclePali balik kampung, ada kenduri. So bila dia tak ada, Kjee selalu fikir pantas-pantas apa makanan yang dia tak suka tapi Kjee dan Nadia suka sangat. Bukan apa, cuma kalau Kjee masak masa dia ada, nanti dia makan hendak tak hendak jer. Buat Kjee susah hati.

Tengah Kjee fikir, Nadia cepat-cepat suruh masak yang simple. Yang simple? Hmmmm apa tekak Kjee teringin nak makan? Fikir cepatlah!!

Tetiba teringat lauk Sayur Asem, iaitu makanan orang Jawa. Eh bukan Jawa jer tapi hampir semua daerah di Indonesia ada Sayur Asem. Bahan-bahan hampir sama, mungkin penyediaannya lain sikit kot.

Oleh kerana Kjee orang Jawa, Kjee buatlah cara orang Jawa. Ini kali kedua Kjee buat setelah kali pertama ntah rasa apa  dan Alhamdullilah Kjee dan Nadia setuju, dapat rasa yang hampir-hampir sama walaupun tak serupa.

Kjee cuba tengok kat internet tapi malangnya Kjee lupa Kjee ni Jawa Murtad, so Kjee tak faham sepatah haram pun resipi mereka. Jadi, Kjee buatlah ikut naluri atau my own instincts.

Tadi Kjee ikut Nadia ke Pasar Keramat beli daun salam, daun melinjo (belinjo?), jagung manis, kacang panjang, kacang tanah, labu Siam, dan tomato. Banyak bahan-bahan dia kan? Sebab itu kot Restoran Wong Solo jual satu mangkuk kecik antara RM6-8 satu ketika dulu. How much now I don't know. Tapi memang cekik darah!










BAHAN-BAHAN

2 biji buah labu siam yang kecik
se cekak daun Melinjo
1 batang jagung manis
segenggam kacang tanah
5 batang kacang panjang
5 biji cili padi
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 helai daun salam
2 inci lengkuas
1 inci belacan
secawan air asam jawa
garam
pak aji








Kjee tak ada resipi khusus. Agak-agak dan campak-campak jer. Jangan marah yer.

Mula-mula kena jerang air ikut banyak mana sup dan bahan-bahan yang akan dimasukkan. Kjee guna lebih kurang dua litre air. Jerang sampai mendidih.

Sementara tunggu air mendidih, 1 labu bawang besar dan 4 ulas bawang putih dimayang. Hiris lengkuas. Sebiji tomato potong 4. Daun Melinjo dipetik. Daun ini boleh dibeli di pasar atau pasar tani. Kalau tak ada, okay kot. Tapi seelok-eloknya harus ada dua helai daun salam tak kira yang basah atau kering.

Lima batang kacang panjang dipatah-patah sepanjang 1½ inci. Ada orang rebus nangka muda yang telah dipotong selebar 2 inci. Kjee guna labu Siam yang dulu Kjee panggil sayur Cameron Highlands. Kjee tak makan nangka sebab banyak angin. Jagung dibelah 3 bahagian. Cili padi ikut kepedasan tapi dimasukkan sebji-sebiji.


Labu Siam. Lupa nak amik gambar tadi. Ehsan Google



Apabila air sudah mendidih, masukkan bawang, tomato, lengkuas, cili padi dan kacang tanah. Masak sampai tomato lembut. Kemudian masukkan secawan air asam Jawa. Didih lagi. Selepas itu, masukkan juga 1 inci belacan yang telah dihancur-hancurkan dan jugak jagung. Campakkan juga dua helai daun salam dan biarkan mendidih.

Apabila dirasakan kacang tanah sudah lembut, masukkan labu Siam yang telah dibuang kulit dan dipotong-potong. Apabila Labu Siam dah lembut, masukkan kacang panjang, garam dan sedikit Pak Aji kalau guna. Juga satu sudu kecik gula.

Didihkan guna api perlahan seketika sampai sayur-sayur semua sudah lembut. Last sekali masukkan daun Melinjo, didih seketika dan padam api.

Sedap makan panas-panas. Rasa kuahnya mesti cukup masam. Oleh kerana Kjee ada buah belimbing buloh, Kjee masukkan jugak tadi. Bubuh terung panjang pun boleh.

Selamat mencuba lauk Jawa ni. Elok untuk diet dan jugak vegetarians.





Tadi Kjee padankan dengan Udang Halus Berlado dan Ikan Tenggiri Jeruk goreng



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...