Saturday, November 30, 2013

KENDURI ANAK BONGSU SOPHIA IBRAHIM

Majlis persandingan Aida, anak perempuan bongsu Sophia Ibrahim,.

Kak Spohia, mak pengantin yang maintain jelita



Jarang-jarang sekali Kjee akan hadir jika diundang ke majlis perkahwinan. Bukan kerana tak sudi tetapi keadaan kesihatan seringkali tidak mengizinkan.

Tetapi apabila my favourite 'sister', aktres dan penyanyi Sophia Ibrahim jemput Kjee ke majlis perkahwinan anak perempuannya Aida, Kjee tak dapat menolak. She's the elder sister I never had. Pernah berlakon bersama.... pernah menangis dan ketawa bersama.

UnclePali dan Nadia terkejut apabila Kjee beritahu mereka, malam minggu ini kita akan pergi wedding. Mereka tahu Kjee dah lama tak hadir di majlis perkahwinan kawan-kawan. Bukan sahaja kawan-kawan, malah beberapa minggu lepas Kjee pun tak dapat pergi ke majlis perkahwinan anak sedara UnclePali.

Majlis kenduri yang dibuat Kak Piah, berlangsung di Khadijah's Kitchen, restoran milik adiknya, Dato Khadijah Ibrahim di Petaling Jaya. Malah, makanan untuk majlis tadi turut dimasak sendiri oleh Dato Kathy bersama kaum kerabatnya.

Kerana sibuk di dapur, kelibat Dato Kathy tidak kelihatan hingga ke akhir majlis. Agaknya kalau Kjee tunggu lebih lama, mungkin dapat bertemu beliau. Tetapi seperti biasa, sejam lebih sahaja duduk menikmati jamuan, Kjee sudah resah. Lutut mula berdenyut. Dan akhirnya terpaksa mintak diri untuk pulang walaupun majlis belum berlalu separuh jalan.

Selepas ini, Kak Piah akan menyambut seorang lagi menantu, tahun depan. Anaknya, Hairi, penyanyi kumpulan Kool akan menamatkan zaman duda. Jika dijemput, Insya Allah Kjee hadir.








Pada majlis tadi, Kjee bertemu sahabat lama, penyanyi Dhalan Zainuddin dan isterinya Effa Rizan. Alhamdullilah, masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan abang Dhalan yang Kjee panggil abang Dell. Usianya kini 73 tahun! Pernah jadi suami Sophia Ibrahim satu ketika dulu. Syukur Alhamdullilah hubungan mereka masih karib hingga ke hari ini.

Kjee juga bertemu buat kali kedua dengan penyanyi 50-an, Abang R Ismail. Suaranya yang merdu banyak digunakan untuk filem-filem keluaran Cathay Keris. Abang R Ismail kini sudah melewati usia 76 tahun. Dan masih lagi menerima undangan menyanyi di majlis-majlis tertutup.





Anak beranak ni, nak juga enter frame..hehehe

Friday, November 29, 2013

TERUNG ASAM SARAWAK GAMIT PERHATIAN

Foto Bernama 





















Penari tradisional Sarawak menunjukkan pelbagai jenis buah Terung Asam Sarawak pada majlis pelancaran produk tersebut di Kuching, Jumaat. Usaha untuk meningkatkan nilai tambah produk Terung Asam Sarawak perlu dipergiatkan lagi, malah rasa Terung Asam Sarawak yang telah diproses kering adalah sama seperti produk mangga kering dari California. 

Baru semalam Kjee masak lauk Asam Tumis guna Terung Asam atau orang Sarawak panggil Terung Dayak.

Thursday, November 28, 2013

KUIH BAKAR DAGING RESIPI ORI BONDAKU









Kjee dah plan nak buat Kuih Bakar Daging ni sejak malam tadi... janji kat seorang sahabat yang baik sangat. Setiap bulan, ada saja ole-ole dari beliau yang buat Kjee terharu... dari Keropok Losong, keropok kering, pie, telekung, kain batik dan macam-macam lah hadiah lain.

Kjee pun tak tahu nak beri apa sebagai balasan... maklumlah di mata kasar Kjee, dia ada segala-galanya. Tak terbalas Kjee. Tapi apabila Kjee sebut nak beri makanan dari air tangan Kjee yang tak seberapa ini, beliau seronok sangat!

So malam tadi, Kjee beritahu Unclepali nak buat Kuih Bakar Daging. Ini resipi arwah Bonda yang Kjee sayang sangat dan suka buat, sebab sedap. Kjee rasalah, belum pernah Kjee makan Kuih Bakar Daging sesedap resipi Bonda ni.

So, walaupun sebelah pagi hati Kjee agak terhiris... tak payahlah tanya kenapa, Kjee teruskan juga projek buat kuih ini. Kjee tak pun janji nak beri kuih apa kepada sahabat Kjee itu sebab takut tak jadi buat. Maklumlah... Kjee bukannya sihat.








Nasib baik my beloved assistant aka UnclePali, ringan sangat tulang hari ni. Tolong Kjee blend bahan-bahan dan juga jaga oven. Thanks sayang. I really appreciate. Actually tak susah mana nak buat kalau orang tu sihat kan...

Anyway, Kjee gunakan resipi sama yang Kjee buat berulang kali. Harap-harap apabila Kjee dah tak ada nanti, Nadia akan terus sambung tradisi buat kuih kesukaan mama dan nenek dia ni.

Tips yang Kjee boleh kongsi kalau korang nak buat Kuih Bakar Daging ini ialah, ikut pengunaan bahan-bahan. Jangan kedekut dan cuba jimat. Kjee guna 5 biji telor. Telor tu yang buat kuih ni ringan di dalam dan garing di luar.

Lagi satu tip penting ialah jangan kedekut guna inti. Lagi banyak inti, lagi sedap!! Cara Kjee, mula-mula letak satu sudu kecik ditengah-tengah batter dalam acuan yang dah duduk atas dapur dengan api kecik. Pastu, bubuh satu sudu dalam setiap lekuk acuan. Cara ini, apabila dipotong ikut lekuk, setiap keping ada berisi inti!











Tadi Kjee buat dua peket daging kisar (mince beef) jenama Azmy. Jenama Ramly pun okay cuma jenama itu banyak sangat lemak. Kalau guna daging kisar yang banyak lemak, rebus dulu kira-kira 20 minit, lepas toskan airnya sampai kering. Lepas tos, baru ditumis. Buang air selepas tos. Air tu mengandungi minyak atau lemak.

Kalau meniaga pun, Kjee tak pernah lokek letak inti. Naseblah kalau ada kata Kjee jual mahal. Sebiji RM6 tapi kalau makan puas hati, kenapa nak pertikai pasal harga! Kalau nak murah, dipersilakan dengan segala hormat untuk buat sendiri. Kjee dah bagi resipi so sendiri mahu ingat ya. Hehehe.

Resipi KLIK SINI.







PEGANG TANGAN DENGAN BOYS BOLEH PREGNANT!!


Bahagia setahun jer.. si pompuan 13 dan lelaki 20 tahun... cerai talaq 3!



Pasti ramai terkejut beruk kan kalau Kjee kata berpegangan tangan dengan budak lelaki boleh mengandung!! Begitulah naive nya Kjee masa berumur sekitar 12 dan 13 tahun.

Sekolah Kjee, pelajarnya semua pompuan. All girls school. Tapi tak jauh dari situ, ada sekolah menengah lelaki. Kjee sekolah kat Air Panas Girls School dan sekolah budak lelaki, Setapak High School.

Masa Kjee Form Three kat sekolah tu, tetiba ada satu budak Filipino datang belajar kat situ. Nama dia Fatima Villanueva. Sebelum duduk di Malaysia ikut ayah bersama keluarganya, mereka tinggal di Bangkok. Jadi, kehidupan Fatima agak bebas... berbanding dengan kami.

Sebelum Fatima masuk kelas Kjee, kawan-kawasan Kjee yang kononnya lebih cerdik lah yang kata jangan dekat-dekat dengan budak lelaki. Pegang tangan pun boleh pregnant!

Punyalah Kjee dan geng Kjee takut. Kalau ada event apa-apa dengan pelajar -pelajar High School Setapak, kami sanggup sorok tangan takut nak bersalaman! Karang tak semena-mena boleh mengandung!!! Tak ke nahas! Udahlah bapak aku garang macam...binatang apa hah lagi garang dari Singa?!!!

Kemudian Fatima pun masuklah sekolah kami. Satu kelas pulak dengan Kjee. Dan kami pun berkawan rapat. Budak-budak lain dalam geng Kjee ialah Lily Hong, Charanjeet Kaur dan seorang lagi budak Benggali yang Kjee dah lupa nama.

Apabila Fatima dapat tahu yang kami ni fikirkan berpegangan tangan boleh mengandung, dia pun ketawa guling-guling. Dialah jadi mentor kami. Kalau kami nak tahu apa-apa pasal apa-apapun, dialah jadi story teller. Tapi dalam kelas dia bingai, so kami barter trade lah. Kami ajar dia Bahasa Malaysia, dia ajar kami macam-macam.. hehehe.

Tapi jangan risau... kami tak praktikkan apa dia ajar sebab kami masih was-was sebab takut ... bersentuhan dengan budak lelaki boleh pregnant. In other words, kami tak percaya bulat-bulat apa yang Fatima kata! Hehehe. Well, sampai lah kami masuk kelas Biology... hihihi.

Kjee buat entri ini sebab teringat kisah budak umur 13 tahun yang berkahwin dengan remaja umur 20 tahun dan bercerai setahun kemudian. Macam manalah mak ayah dia boleh lepaskan dia kahwin di usia itu. Entahlah.



Pompuan ni 14 tahun dan lelaki 23 tahun



ASAM TUMIS IKAN DENGAN TERUNG DAYAK







Akhirnya setelah lebih 20 tahun, dapatlah jugak Kjee merasa lauk Asam rebus yang diletak Terung Asam atau Terung Dayak kata orang Sarawak. Ehsan Ct Zarith. Terima kasih banyak-banyak Ct. Akan Kjee kenang sampai bila-bila.

Tadi Kjee masa guna Ikan Mabung. Dulu Kjee makan masa kat Kuching, Sarawak, dia orang guna Ikan Terubuk Salai. Bukan salai sampai kering tapi ala-ala garing kulit diluar tapi masih elok lembut isinya.

Nama saja Asam Rebus tapi Kjee tumis cili dan bawang guna sedikit jer minyak. Kjee tak suka bau cili yang tak garing.


Macam terung biasa tapi warna oren dan masam








Senang jer resipinya. Tumbuk satu bawang besar dan sejemput ikan bilis. Kemudian tumis bersama cili kisar. Kjee guna dalam setengah mangkuk. Kalau korang nak pedas lagi, tambah cili padi.

Apabila cili dan bawang dah garing, masukkan air secukupnya untuk kuah. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, terung dan daun kesom.

Ada orang kata kalau guna terung asam tak perlu bubuh asam jawa atau asam keping. Tapi tadi Kjee bubuh 1 keping asam gelugor, sedikit garam dan jugak satu camca kecik gula. Gulu tu ikut suka lah nak letak ke tidak. Tapi kalau letak, boleh bangkit rasa.

Didih perlahan sehingga ikan cukup masak dan kuahnya cukup rasa. Padam api. Hidang bersama nasi putih, ikan kering dan jugak ulam-ulam bersama sambal belacan.

Kawan-kawan FB kata terung ni ada dijual di Pasar Tani di Johor. Lepas ni Kjee kena mintak tolong friends kat Johor pulak kot.  Che Mat Gebu!!!!!!!





RAHSIA ROZITA CIK WAN SUKA POSE CAM NI?

















Hehehe... Korang perasan tak? Kalau amik gambar berdiri jer, mesti angle macam tu. Banyak kali dah Kjee dah perasan. Kalau korang belum, tak tau nak kata camner sebab hampir 70%  ewah ntah mana aku dapat angka ni pose dia camtu! Hahaha.

Mesti korang kata Kjee dah tak ada kerja lain nak citer pasal hal ni pulak. Eh mestilah... Kjee kan seorang wartawan... kalau nak dapat cerita lain dari yang lain, sendiri mau ingat lah.

Semua wartawan sibuk ke sana kemari sekarang ni nak cari cerita eksklusif pasal Rozita Cik Wan dan Zain Saidin yang akan disatukan sebagai suami isteri yang sah sedikit hari jer lagi.

So, kalau tak dapat angle atau sudut penceritaan yang lain, orang tak nak baca tau. Itu pengalaman mokcik sebagai wartawan. Wartawan lain aku tak tahu! Tak campur hal dia orang!

Okay, berbalik kepada foto-foto diatas yang Kjee dapat ehsan google. Rasa-rasanya Kjee tahu kenapa Cik Ta posing sedemikian rupa. Kalau korang tak tahu, naseblah... sendiri mahu fikir.

Mesti ada RAHSIA kan?  Sukatilah kau Cik Ta!






Wednesday, November 27, 2013

KERANA SUKA SANGAT, UNCLEPALI....




...buat sendiri Pop Corn! Pandainya...mana dapat resipi? Google lah apa lagi!! Apa yang tak ada kat google. Ramai jugak yang turut ajar step by step. Dalam blog Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan pun ada...

Tak susah buat pop corn ni rupa-rupanya. Nasib baik Kjee tak suruh UnclePali beli pop corn maker. Hehehe.

Hanya perlu bahan asas iaitu periuk bertutup rapat, biji jagung kering, minyak (UnclePali guna minyak Zaiton), gula (Unclepali tak guna) dan sedikit susu manis untuk sira pop corn selepas siap masak.

Mula-mula panaskan minyak. UnclePali kata jangan sampai minyak terlalu panas. Minyak itu cukup untuk menutupi periuk. Kira satu layer jer. Pastu masukkan jagung yang cukup-cukup untuk menutup minyak tu. Kira satu layer jugak jagung.





Lepas tu gunakan tudung periuk, tutup periuk rapat-rapat dan besarkan api. Jagung tu akan meletup-letup..sekejap jer. Bila hilang bunyi meletup, cepat-cepat padam api.

UnclePali tak sira pop corn dengan gula yang telah dicairkan. Dia cuma sira dengan susu pekat manis. Sedap! Tak mahal belanjanya.

Bijiran jagung kering tu beli lah kat mana-mana kedai runcit yang ada jual. UnclePali kata kalau boleh dapat jagung Africa lagi bagus. Pop Corn jadi besar dan cantik.

Kalau nak sira dengan gula, masak gula dengan sedikit air hingga pekat. Campurkan sedikit susu manis. Pastu terus sira pop corn.

Selamat mencuba.







TAK ADA KE SYARIKAT SEKURITI TAJA CIK TA-ZAIN KAHWIN?

foto ehsan Sinar Harian



Pengumuman Rozita Cik Wan dan Zain Saidin mengenai pernikahan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, mengundang pelbagai persepsi. Terutama sekali bab tajaan sebanyak 10-juta ringgit dalam bentuk barang kemas.

Tajaan baju dan lain-lain juga bernilai jutaan ringgit. Itu tidak termasuk hantaran kedua-dua belah pihak yang dikatakan bernilai hampir satu juta ringgit yang tidak mendapat tajaan. Maknanya, pasangan ini jugak mengeluarkan belanja yang besar.

Anyway, Kjee tak mahu komen. Biarlah orang kata ia pembaziran atau ada suara-suara sumbang kata, ia seakan riak atau menunjuk-nunjuk.

Pada Kjee, Rozita dan Zain amat bertuah kerana dapat tajaan sebesar itu. Itu maknanya, pihak penaja percaya pasangan ini boleh bantu mempopularkan lagi jenama mereka. Siapa tak nak ditaja dengan jumlah yang besar itu kan?

Cuma diharapkan, ketika majlis dijalankan nanti, Cik Ta dan Zain tidak lupa dapatkan tajaan syarikat pengawal keselamatan yang bertauliah. Faham-faham sahajalah... takut ada pihak yang terliur membaca berita kemewahan yang dipamerkan nanti. Hehehe.

All the best Cik Ta dan Zain.


Monday, November 25, 2013

RAMAI ARTIS VETERAN PERLUKAN ZED ZAIDI!

Sedih....


Jauh lamunan Zed Zaidi




Mereka yang mengikuti perkembangan mengenai Persatuan Artis Malaysia atau SENIMAN, mungkin dah tahu apa yang berlaku sehingga AGM atau Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Belas, diistiharkan sebagai tidak sah.

Sabtu lepas, bekas Presiden Zed Zaidi buat sidang akhbar untuk menerangkan kemelut itu kepada ahli dan jugak pihak media. Pihak sebelah sana yang menang, siang-siang dah buat PC.

Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Kjee paksa diri supaya hadir kerana mahu dengar sendiri apa yang Zed mahu katakan.

Oleh kerana dalam kebanyakan akhbar, cerita itu dah keluar, maka Kjee pun tak nak ulang kisah sama. Cuma Kjee nak kisahkan cerita sebilangan besar artis, yang kebanyakkannya seusia Kjee, yang sangat kecewa dengan tindakan mahkamah yang diambil oleh rakan-rakan seperjuangan kami yang juga sudah masuk kumpulan warga emas.

Kami semua jadi ahli Seniman sejak persatuan itu ditubuhkan. Sepanjang ingatan Kjee, sebelum Zed Zaidi ambilalih tampuk kepemimpinan Seniman, Kjee hanya dapat rasa sekali sahaja duit Seniman. Kalau tidak silap Kjee, dua tahun lalu, Kjee dan arwah Bob Kuman telah diundang ke Bangi Kopitiam, di Taman Melawati untuk terima bantuan.

Kami dapat seorang RM500, satu tin biskut 'mayat' dan kain baik Jawa. Terima kasih sangat-sangat kepada Presiden ketika itu, Harun Salim Bacik dan AJK nya.

Aktiviti lain? Hmmm kalau ada pun, dia orang pilih bulu. Tak semua dapat menyertainya!

Kemudian, setelah Zed Zaidi ambik alih, kalau tak silap Kjee pada Raya lepas, dapatlah kami duit Raya. Sorang dapat RM200. Alhamdullilah. Rasalah kami duit Seniman (hasil derma pelbagai pihak). Kjee dapatlah jemputan hadir Majlis Hari Raya dan juga satu dua aktiviti yang dijalankan, kalau Kjee sihat dan larat pergi.

Seniwati Mariani, Sophia Ibrahim dan Hajah Maimunah

























Dan semalam, tiga artis veteran, Mariani Ismail, Sophia Ibrahim serta Hajah Maimunah yang mewakili artis veteran lain meluahkan rasa kecewa kerana Zed Zaidi tidak lagi menjadi Presiden Seniman.

"Dia bagai anak kami (artis veteran)... seorang anak muda yang menghormati artis veteran dan ambik berat hal ehwal kami! Kami tidak pernah dapat perhatian dari mana-mana bekas Presiden Seniman sebelum ini!!

"Kami tak mahu orang lain wakili kami. Seandainya Zed tidak menjadi Presiden Seniman dalam AGM akan datang, kami akan pakat keluar Seniman. Kami mohon artis-artis semua pilihlah Zed Zaidi semula!," kata Mariani.

Sophia Ibrahim mencelah: "Zed ni macam tahu saja masalah kami artis veteran. Masa tengah sesak (tak ada duit), tetiba dapat call dari dia suruh kami pergi function sama sini. Pergi bukan tangan kosong...adalah sumbangan untuk teruskan hidup... sekejap.."

Zed hanya tunduk dan diam membisu. Ini adalah kali pertama Kjee lihat emosi Zed sedemikian. Biasanya, dia akan bergaul mesra dengan semua hadirin seandainya ada majlis artis. Semalam, Zed masuk ke Pawagam Mini P Ramlee dan bersalaman semua. Macam bukan lagi Zed Zaidi yang Kjee kenali dulu. Apapun dia tetap memberi senyuman, yang memang jelas kelihatan berat untuk dilemparkan.

Zed berkata, banyak aktiviti artis sudah dirancang oleh AJK nya tetapi dia tidak tahu samada ia boleh diteruskan dengan perintah mahkamah untuk menyekat sebarang aktiviti menggunakan nama SENIMAN.

Berulang-ulang kali Zed menyebut, SENIMAN dibawah pucuk pimpinannya telah menjadi 'mangsa keadaan'. Ramai artis yang hadir, kelihatan tidak dapat menahan airmata mendengar ucapan Zed Zaidi.

Apapun, Kjee pun akan turut sama dengan sahabat-sabahat kami yang akan keluar dari SENIMAN jika tidak diterajui oleh Zed Zaidi. Insya Allah.

Nak tahu berita lanjut, KLIK SINI dan SINI.




Hidup Seniman dibawah pimpinan Zed Zaidi


Saturday, November 23, 2013

MAHKOTA DEWA KINI DAH ADA DI MALAYSIA





Buah Mahkota Dewa...ala-ala buah jambu kan?




Apabila adik bongsu Kjee (kini arwah) disahkan mengidap kanser payudara enam tahun lalu, Kjee pun mengelabahlah cari penawar. Dan antara yang Kjee dapat tahu ialah buah Mahkota Dewa dikatakan boleh mengubati kanser. Wallahualam.

Dalam Kjee menangis hari-hari mengenang nasib adik Kjee tu, Seri, pembantu rumah Kjee beritahu, buah tu ada dikampungnya. Ibunya tanam pokok tu dan buahnya memang dikenali di Indonesia kerana mampu mengubati pelbagai penyakit.

Bagaimanapun, tiada rezeki adik Kjee sebab Kjee tak tahu cara untuk mendapatkan buah Mahkota Dewa itu.

Hari tu, pengarah Rashid Sibir call Kjee apabila dia asyik baca post Kjee di Facebook pasal Kjee sakit sendi, bengkak buku lali, kencing manis... Dia suruh Kjee cuba cari buah Mahkota Dewa. Dia kata buah itu juga amat berkesan, dengan izin Allah, untuk diabetes!!

Rashid diperkenalkan kepada buah itu ketika shooting drama di Kuang, Selangor. Seorang pakcik memberinya beberapa biji buah tersebut.

Ohhhh ada ditanam di Malaysia!!

"Ada kak. Cuba Kak Jee post kat Facebook. Ramai kawan Kak Jee tu.. Mungkin ada antara mereka yang tanam."

Sepantas kilat Kjee post kat FB dan sepantas itu jugak Kjee dapat respons. Ada dari Kelantan, dari Pahang, dari Johor dan yang terdekat dari Kuala Kubu Baru!! Ada yang nak pos dan ada jugak yang nak jual.

Anyway, petang semalam, Kjee dan UnclePali drive ke Kuala Kubu Baru. Ke rumah Hayatie Yusof yang cukup peramah dan murah hati. Beliau bukan sahaja bagi buah tetapi pokok yang sudah cukup matang, siap ada buah-buah Mahkota Dewa bergayut2.

UnclePali garu kepala. Camner nak masukkan pokok itu ke dalam kereta. Boot kereta ada wheel chair. Tapi akhirnya dia berjaya baringkan pokok tu atas seat belakang kereta. Kelakar... tapi Kjee yang bingai sebab tak hengat nak amik gambar pokok tu baring dalam kereta.









Tadi UnclePali dah tanam. Ingatkan nak tanam dalam pasu besar tapi Kjee kata camner kalau tanam jer kat tanah. Pastu kita semailah bijinya dalam pasu. Nak pindah randah boleh hangkut. Pokok besar tu nanti kira wakaf. Good idea, kata UnclePali.

Masa nak tanam, rupa-rupanya terselit dua anak pokok Mahkota Dewa. Wah...rezeki ni. Boleh alihkan ke pasu!! Mesti Hayatie atau suami dia tak perasan!!



Anak pokok 



Kalau korang nak tahu apa khasiat buah Mahkota Dewa, korang google jer. Mak mertua Kjee kata, pucuk dia boleh buat ulam. Kelmarin Kjee google, daunnya juga boleh direndam dan minum airnya. Rupa-rupanya depan rumah MIL pun ada tanam!

Kena hati-hati dengan buah ini sebab bijinya beracun dan ada kata boleh mabuk. So Kjee sms balik Rashid. Risau kalau-kalau nak ubatkan penyakit yang ada, mati pulak kena racun. Hehehe.

"Ricik buah tu kak Jee. Bijinya buang. Letak hirisan dari sebiji buah tu dalam gelas. Curah air panas mendidih. Biarkan suam baru minum.

"Saya minum 5 malam jer. Macam Kak Jee kena amalkan 10 malam," kata Rashid yang menyampah agaknya Kjee asyik ganggu dia tengah shooting. Mestilah Kjee kena gandakan sebab beza body Kjee dengan Rashid Sibir pun dua kali ganda. Kahkahkah.

Kjee ikhtiar sahaja. Allah swt suruh kita usaha, jangan duduk diam tunggu mati. Bab mati tu jangan dipersoalkan. Itu kerja DIA.

Pagi tadi masa Kjee nak keluar, korner dekat rumah Kjee belang rumah kami, Nadia terjerit nampak pokok Mahkota Dewa yang sarat dengan buah-buahnya yang merah menyala! Ditanam tepi jalan jer!! Tapi kami tak ralat pergi jauh sampai ke Kuala Kubu Baru sebab Hayatie sedekah sekali pokok yang dah besar. Terima kasih daun keladi Yatie dan suami.




Terrima Kasih Hayatie...hanya kenal melalui FB



Ini close up daun pokok Mahkota Dewa. Tadi ada yang tanya camner daunnya.

Friday, November 22, 2013

RAHEL BLOGSPOT... INDAH SENI FOTO

SIRI JEJAK BLOGGER # 12

A Picture Speaks A Thousand Words... tells a million stories.













Jangan risau. Ini bukan entry poems atau puisi. Kjee cuma nak kongsi dengan semua pasal keindahan photograpy. Sesuatu yang Kjee memang tak pakar...begitu jugak my in-house photographer, my beloved husband, UnclePali.

Kjee memang pandai tengok hasil kerja orang lain. Boleh ngences aka terliur hanya dengan tengok gambar. Malah, si Nadia pernah menakut-nakutkan Kjee, hanya menrusi terliur tengok gambar pun badan boleh gemuk. Yo lah tu!!!

Anyway, untuk Siri Jejak Bloggers kali ini, Kjee nak bawak korang singgah ke blog masakan
Rahel Blogspot.

Mary Rahel orang Tawau, Sabah dan pada Kjee sangat low profile. Biodata mengenainya jugak tidak lengkap dalam blognya. Tapi itu semua tak penting sebab hasil seni tangannya mengatasi segala-galanya.

Setiap kali Kjee singgah di blognya, untuk cuci mata setiap foto yang dia post. Semuanya sangat cantik dan halus beserta props yang cukup menarik. Singgahlah ke blog Rahel untuk foto-foto yang lagi hebat.

Rahel jugak menjalankan bisnes kek, pastries dan semua yang sewaktu dengannya, khas untuk orang sekitar Tawau sahaja. Bertuahnya mereka.

Oleh kerana Kjee tak mau buang masa bebel tak tentu arah, jom kita cuci mata dengan air tangan Rahel. Sorry ya Rahel...Kjee amik gambar tanpa izin terlebih dahulu.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...