Pages

Friday, January 31, 2014

CENDOL BAKAR MRR2 TAMAN MELATI









Kjee tak lah suka sangat makan cendol. Kalau ada okay, tak ada tak kesah. UnclePali yang suka sangat... tapi kalau makan cendol, dia selalu suruh Mamak yang meniaga tu jangan bubuh cendol yang hijau tu. Dia hanya makan santan dengan gula Melaka. Pelik tapi benar!

Anyway, kalau kita orang pergi Kuala Selangor, tak sah kalau tak singgah di warung Cendol Bakar di sana. Dulu Kjee ingatkan Cendol itu milik Pak Bakar. Tapi akhirnya baru tahu gula Melaka itu dibakar sebelum dimasak menjadi sirap. Justru bau yang harum.

Oleh kerana sudah lama tidak ke Kuala Selangor, kami amat teruja apabila ada cawangan Cendol Bakar di highway MRR2 Taman Melati. Dibuka lewat tahun lepas. Dan kami baru discover sebulan yang lalu. Dan sejak itu suka bebenor singgah kalau lalu area tu.








Hari ini bukan kami singgah dengan tidak sengaja tetapi memang niat dari rumah nak ke sana sebab cuaca teramat panas. Makan cendol boleh sejukkan tekak... ya lah tu.

So kami berempat termasuk Sham, yang datang ke rumah sebab nak mintak tolong Nadia buat proposal, pergilah ke Cendol Bakar di MRR2. Hari ni orang boleh tahan ramai tapi gerai yang jual makanan tutup. Satu jer iaitu gerai Laksa yang bukak selain cendol. Punahlah harapan nak makan mi rebus sementara UnclePali kempunan nak makan mi goreng mamak.



Nampak tak pam minyak Shell tu?



Gerai Cendol Bakar ini agak tersorok. Kalau korang lalu kat MRR2 Taman Melati menghala ke Gombak, pasti jumpa pam minyak Shell disebelah kiri. Hah korang masuk ke susur jalan berlopak2 ke Shell dan nampaklah gerai Cendol Bakar sebelah tapak Used Car.

Bukak dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.











Mi Rebus yang sedap


Laksa pun okay. Kuahnya pekat



Kawasan yang santai


3 comments:

iT's All aBout uS said...

Wah, cendol bakar dah buka kat area tu ke? Tak tau pulak. Ade lagi satu cendol power kak Gee, kalau gi area Tanjung Karang, sebelum cendol bakar akan jumpe Cendol Durian Borhan. Yang tu pun marbeles cendolnya kak

Chinta Safia said...

saya baru singgah makan cendol kat sini disember lepas...memang sangat sedap...nak.nak pulak cendol durian...

Dzul said...

Laksa D'Buyong Taman Melati (lot kedai food court baru dibuka), berdekatan Masjid Salahuddin ayyubi juga sodap dan melekat.. pakat bersaing laksa la pulak.. ;-)

http://www.facebook.com/LaksaDBuyong

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...