Pages

Monday, January 13, 2014

KENAPA SEKARANG KJEE MALAS UPDATE HAH? MENCI TAU!

ehsan ms google








Banyak hari dah Kjee tak update. Maaf kepada anda yang seringkali jenguk tapi hampa sebab tak ada entri baru.

Yang haters pulak pasti sedih tak berjaya kumpul dosa sebab hari-hari maki hamun dan komen macam gamp@%3, Kahkahkah. Sedih jugak sebab Kjee pun kurang pahala sebab tak ada yang maki hamun. Wallahualam.

Anyway, sejak dua menjak ni Kjee sibuk sangat melayan hobi baru iaiatu buat pies dan kuih bakar daging untuk mereka yang memesan. Dulu rancang nak buat dua kali jer seminggu tetapi oleh kerana banyak sangat order, maka terpaksa buat hari-hari!

Tapi hari ini dan esok Kjee cuti... rehat sempena menyambut Maulidur Rasul esok.

Kjee amik kesempatan dari kenaikan mendadak kos sara hidup sejak akhir-akhir ini dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Memang menakjubkan sekali, sambutannya. Walaupun kurang sihat, namun Alhamdullilah Allah swt telah beri Kjee kudrat setiap hari untuk melaksanakan tugasan.

So sekarang tak boleh merungutlah duit dalam dompet semakin mengecut alangkah elok bodi yang mengecut bukan dompet.  Walaupun setelah tolak sana sini, pendapatan bersih taklah banyak mana, namun Kjee bangga dapat berubat setiap hari dengan hasil titik peluh sendiri.

Buat pengetahuan semua, Kjee berulang alik ke Hospital Tungshin di Jalan Pudu tiga kali seminggu untuk rawatan akupuntur yang menelan belanja hampir RM200 seminggu termasuk ubat. Alhamdullilah dah buat selama 3 minggu. Doktor Pakar Akupuntur dari China, syorkan Kjee jalani sekurang-kurangnya dua bulan atau atau 60 kali rawatan! Kena buat hari-hari tapi badan dan poket tidak mengizinkan! Lepas akupuntur rasa lemah sangat.

So actually sesiapa yang order my pies and kuih bakar tu, menyumbang kearah rawatan hospital Kjee. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah swt sahaja yang boleh balas.

Sedap ke Kjee punyai pies dan kuih bakar? Hmmm sesiapa yang dah try boleh jawab. Kjee tak mau masuk bakul angkat sendiri.

NAK ORDER, SMS 0126780501.

Tapi Kjee sebak sangat baca komen customers Kjee yang terdiri dari kawan-kawan dan yang bukan kawan-kawan...aka silent readers blog atau FB. Tak larat nak screen capture semua. Yang ado jer. Hehehe.






Ini gambar pies yang ChaHaya Shiela pos kat FB Kjee








Beef Pies with Blckpepper sauce
Kuih Bakar Daging resipi ori my arwah Bonda

12 comments:

yati said...

assalam kak jee..selama yati silent reader ja..btoi la kak..tiap2 pagi menati tggu entri kak tapi hampa..sedap pie tu kak..nak resepi boleh??? (ka kak dh bagi tapi yati tak salin???)

nway selamt berkenalan,yati orang kedah

izatishop.blogspot.com

Anonymous said...

yg ddk jb nh xmerasa la nk oder yea.. :-(

adda syuhada said...

nampak kuih bakar daging tu mewah betul ngn dagingnya....

Shiela said...

Alhamdulillah.. Saya doakan agar kjee terus success dan yg paling penting diberi kesihatan yg baik. Will support u sis.. 👌

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Rezeki halal yang melimpah ruah kan Kak Jee.Alhamdulillah.

MamaFaMi said...

Semoga bisness kecil kecilan Kjee akan jadi besar besaran suatu hari nanti. Semoga Kjee di beri kesihatan yang baik agar dapat menjalankan tugasan seharian tanpa masaalah. Aamiin.

Anonymous said...

Aduh, dah la kak jee jual signature dish tue, lagi nak mintak resepi.. Pi google resepi tu kat tempat lain laa..

siti azizah Sang Pencinta said...

salam puan.. alhamdulillah.. ingat kan puan sakit sebab lama tak update... saya ni terliur nengok pie .. alangkah baiknya jika boleh dihantar ke kota tinggi ni hehehhe...

Irfa said...

kalau dekat, nak jugak terai ;)

Zurin Emy said...

As salam kak jee... zurin nk tempah pie n kuih bakar daging tu.... sgt2 tak tertahan jamu mata hari2 tgok posting pie n kuih daging yg sgt2 nampak lazat. bole dptkan no hp kak jee.. ni no zurin 012-3637670

Kjee said...

Sesiapa minat nak order, sila sms 0126780501. tq.

Anonymous said...

macamana kak jee nye kueh bakar cantik je.Saya punya selalu berlubang kat bawah dia.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...