Pages

Saturday, January 25, 2014

NYAMUK AEDES MEMBIAK DI AIR BERTAKUNG BERSIH!!!


Farah kena drip di sebuah hospital pakar di Damansara - foto dari FB Sheila

Farah dan ibunya Shiela




Apabila Farah Nur Shafieny, 17 tahun, anak tunggal blogger terkenal Shiela (Spices Journey) tiba-tiba disahkan terkena demam denggi, Kjee pasti ramai diantara kawan-kawan Sheila terkejut. Tentu korang terfikir dan kaitkan demam denggi dengan persekitaran yang kotor.

Kjee pernah beberapa kali ke rumah Shiela di Shah Alam. Rumahnya amat bersih dan tersusun rapi. Dan oleh kerana Kjee tahu bahawa nyamuk Aedes membiak di air bertakung yang bersih, sedikit pun Kjee tidak gusar.

Sudah nasib adik Farah hendak kena. Farah kini sedang menunggu keputusan SPM. Sebelum ini dia belajar di Seremban.

Walaupun Shiela lebih suka Farah dimasukkan ke wad, namun setakat ini doktor kata situasi Farah masih terkawal. Kalau platelet darah turun hingga 100, barulah dia akan dimasukkan ke wad. Kelmarin bacaan platelet Farah ialah 116.

Banyak kali dalam sehari Kjee text Shiela mahu tahu perkembangan anak dara kesayangannya itu. Dan tiap kali Shiela akan mengeluh Farah enggan ikut arahan supaya minum air masak dalam jumlah yang banyak.

Ramai kawan-kawan di Facebook kongsi pengalaman mereka atau anak-anak yang terkena denggi. Malah UnclePali pun pernah kena masa bujang dulu. Demam denggi tiada ubat. Doktor akan berikan Panadol untuk tahan sakit. Selainnya kena ikhtiar sendiri.

Ada yang kata suruh minum sup rebusan ketam banyak-banyak, blend bunga betik dan minum airnya, minum 100 Plus dan macam-macam lagi. Kjee pulak suruh Shiela beri Farah Rio Vida dan Tf Advance sebab kami di 4Life ada testimoni pesakit sembuh setelah mengambil Rio Vida dan TF Advance. Product TF itu akan segera meningkatkan sistem imun yang lemah. Wallahualam.

Mudah-mudahan adik Farah akan segera sembuh, Insya Allah.

Anyway, tadi Kjee baca dalam The Star dan jugak mStar Online mengenai peningkatan jumlah pesakit denggi di negara ini yang sudah capai tahap yang membimbangkan.

Jadi, elok sekiranya kita berpakat dengan jiran-jiran untuk melakukan pembersihan di sekitar kawasan perumahan kita. Jangan tunggu sehingga nyamuk Aedes berleluasa dan keluarga kita menjadi mangsa.


Peningkatan Mendadak Kes Denggi Membimbangkan


KAJANG: Terdapat peningkatan membimbangkan dalam kes demam denggi di negara ini apabila bilangan kes dicatatkan lebih tiga kali ganda dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sehingga Rabu, sebanyak 6,155 kes telah dilaporkan, peningkatan sebanyak 243 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun 2013.

Bilangan kematian juga telah meningkat dua kali ganda, dengan 10 kematian dilaporkan setakat ini berbanding hanya lima pada Januari tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Selangor mempunyai paling banyak kes denggi dengan 3,168 kes, membentuk 51 peratus daripada jumlah kes.

"Dua daripada 10 kematian adalah di daerah Hulu Langat," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan 'panas' denggi di sini, Jumaat.

Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 666 dan 502 kes.

Terdapat 333 kes di Negeri Sembilan, Melaka 241 kes, Kelantan 173 kes, Pulau Pinang 166 kes, Sabah 110 kes, Terengganu 100 kes, Sarawak 85 kes, Kedah 66 kes, Pahang 53 kes dan Perlis 20 kes.

Beliau berkata kenaikan mendadak kes ini amat membimbangkan dan menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memastikan rumah dan persekitaran tidak menjadi tempat pembiakan bagi nyamuk Aedes.

"Secara umumnya, masyarakat amat sedar mengenai bahaya denggi tetapi mereka masih cenderung untuk mengabaikan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan Aedes," katanya.

Angka-angka terkini peningkatan jangkitan denggi mungkin menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk pada tahun ini, jika usaha-usaha untuk memusnahkan nyamuk Aedes tidak dipergiatkan.

Sebanyak 43,346 kes telah dicatatkan tahun lepas, dengan 92 kematian.

"Selangor mempunyai bilangan kes paling tinggi iaitu 23,852 atau 55 peratus dengan 25 kematian," kata Dr Subramaniam, sambil menambah daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak dikategorikan sebagai kawasan panas denggi.

Lebih empat juta premis diperiksa di seluruh negara dan kira-kira 15,000 kompaun telah dikeluarkan berjumlah RM7.7 juta.

"Kementerian akan meningkatkan usaha, terutamanya di kawasan panas denggi melalui usaha berterusan Ops Gempur Aedes bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk," kata Dr Subramaniam.

"Dari 1 hingga 22 Januari, kira-kira 168,000 premis telah diperiksa di seluruh negara dan 411 kompaun telah dikeluarkan dengan denda berjumlah RM205,500," katanya.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman denggi termasuk kawalan biologi menggunakan semburan Bacillus thuringiensis israelensis (sejenis bakteria) untuk membunuh larva nyamuk.

"Kami akan menggunakan lebih semburan temephos ( racun perosak ) untuk membunuh larva dan nyamuk dewasa serta perangkap autocidal (satu kaedah baru untuk memerangkap dan membunuh larva dan nyamuk)," katanya.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Dr Rose Nani Mudin memberitahu 'The Star' bahawa peningkatan dalam kes denggi adalah disebabkan pelbagai faktor.

"Sejak kebelakangan ini, terdapat lebih banyak kes di peringkat global dan penyakit ini disebarkan lebih cepat kerana pergerakan manusia.

"Faktor lain adalah cuaca. Air hujan yang terkumpul dalam tong sampah, walaupun sedikit seperti satu sudu teh, cukup untuk nyamuk Aedes untuk membiak," katanya.

Dr Rose berkata kira-kira 70 peratus daripada kawasan pembiakan Aedes adalah di kawasan perumahan kerana nyamuk tertarik kepada kawasan berpenduduk padat. - mStar Online

5 comments:

Shiela said...

Terima kasih Kjee.. Selalu bg ruang kat saya.. Takut nnti orang ingat apa pulak kt saya.. Saya pun tak sangka Kjee nk tulis tp harap kita amik yg positive dan sentiasa berwaspada dengan nyamuk durjana tu walau segalanya memang dah ketentuan Allah.. Mencegah lebih baik daripada merawat..

Kjee said...

Kjee kan wartawan... we have a nose for news... boleh hidu apa yang boleh dijadikan berita, ikhtibar dan teladan... shiela jangan susah orang nak kata apa. That's whats friends are for..
Cantik kan si Farah... cam cute jer...cam comel jer... hehehe get well soon sayang.

Anonymous said...

Patut la Dalam air tandas duduk xda aedes coz air tue kotor la

Anonymous said...

Re. sentiasa berwaspada dengan nyamuk durjana

Tiada mahluk Allah yang durjana kecuali Iblis dan Syaitan serta orang Kafir dan Musyrik. Orang Islam yang berdosa besar pun pasti mendapat keampunan Allah swt sekiranya bertaubat. Hat-hati dengan perkataan yang dilemparkan, Sila baca kisah ini:

Credit : http://detikislam.blogspot.com/2014/01/kisah-seekor-ulat-dengan-nabi-daud.html

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com

Anonymous said...

KJee...saya dan anak2 dah 2 kali admitted sbb denggi tapi bila org2 Kementerian Kesihatan dtg check yg selalu kena kompoun ialah jiran2 saya...kesian le plak tapi kami yg tak bersalah yg kena denggi kan. Doktor yg merawat kami selalunya (dah xpert ni sbb dh 2 kali...hehe)...bagi kami makan Vit C dgn mg yg tinggi ...1500mg perday. Panadol cuma bagi kalau demam saja. ...dan minum jus buah yg byk Vit C. Selalunya saya ambik Jus carrot. Doktor kata Vit C will kill the bacteria...In Sha Allah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...