Thursday, January 2, 2014

TAHNIAH PERSATUAN USAHAWAN FEEYA FARIESYA





Ketika banjir melanda negeri-negeri Pantai Timur bulan lalu, banyak usaha telah dijalankan oleh badan-badan bukan Kerajaan serta kumpulan-kumpulan kecil untuk menyalurkan bantuan atas inisiatif sendiri.

Salah satu daripadanya ialah dari Persatuan Usahawan Feeya Fariesya (PUFF) di Kuala Lumpur. Mereka mengumpul sukarelawan di kalangan ahli-ahli dan keluarga mereka untuk tujuan tersebut.

Dibawah ini, Kjee tampalkan berita bergambar seperti yang dilaporkan orang kuat PUFF. Khabarnya, mereka juga sedang bersiap sedia untuk kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua di Pantai Timur.

Tahniah atas usaha mereka.



Feeya 



Ekoran banjir yang berlaku khususnya di Kuantan,Pahang. Persatuan Usahawan Feeya Fariesya telah membantu Malaysian Relief Agency bagi melancarkan lagi Misi Banjir 2014 ke beberapa lokasi berlakunya banjir sama ada sewaktu banjir berlaku dan selepas surutnya banjir.

Misi ke-2 ini juga turut menampakkan Persatuan Usahawan Feeya Fariesya menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti sabun, minyak, lampin pakai buang kepada mangsa-mangsa banjir di Tasek Chini, Pahang








Selain membantu mengagihkan barangan keperluan kepada mangsa, penyediaan makanan dan perubatan, gotong royong juga di adakan.

Pada perancangan, Malaysian Relief Agency (MRA) bakal menubuhkan sebuah klinik lapangan di Tasik Chini, Pahang bagi membantu mangsa banjir mendapatkan rawatan perubatan pada 24hb Disember 2013.

Klinik dilengkapi kemudahan asas perubatan, doktor, jururawat dan beberapa sukarelawan itu memberikan perkhidmatan percuma kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.
Malah, pihak MRA juga dalam proses tinjauan bagi mendapatkan maklumat mengenai kerosakan bahan elektrik untuk diperbaiki.














MRA yang dibantu oleh sukarelawan dari Persatuan Usahawan Feeya Fariesya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus membantu mangsa banjir sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. Insyallah~

0 comments:

Post a Comment