Sunday, February 16, 2014

LEMAK DAGING SALAI NISMILAN NGAN PUCUK UBI PUTIH






Our lunch dah ready. First time masak daging salai masak lemak kuning podeh guna bahan asli dari Nismilan. Mujur sifu Emma Masterchef bagi tips. Terima kasih Emma bagi Kjee sepeket daging salai. Emma sekarang ni, selain buat kelas, buat katering, sekarang dah berjinak2 nak jadi usahawan salai pulak.

Antara yang dijualnya ialah Daging Salai, Itik Salai, Burung Puyuh Salai, Keli Salai dan lain-lain lagi. Korang nak order kena add Emma di Face book - Rosemah Ibrahim Masterchef. Emma kata boleh hantar melalui pos. Malah baru-baru ni Kjee skodeng FB Emma dan tengok ada fren dia dari Dubai suruh Emma hantar daging salai ke sana.

Daging salai yang dijual Emma
Malam itu, berebut-rebut kami memilih stok salai yang Emma bawak. Stok sikit saja sebab Emma mengaku masih baru buat perniagaan ini. Tapi Kjee yakin sure meletopsss sebab ramai yang tidak tahu mana hendak mendapat daging salai dan lain-lain.

Kjee tak tahu daging salai sedap dimasak dengan pucuk ubi jenis putih (actually tangkainya yang warna cerah bukan merah). Mujur UnclePali ada tanam depan rumah dua-dua jenis. Pucuk ubi putih daunnya halus-halus panjang dan merah yang daun lebar-lebar.








Seperti biasa, masak lemak podeh Nismilan tidak perlu bawang. Hanya semata-mata cili padi banyak-banyak dan santan pekat.

Kalau masak saging salai, Emma beritahu kena masak dulu daging tu dengan santan perahan kedua sehingga daging itu lembut. Kemudian baru masukkan bahan-bahan tumbuk halus seperti cili padi dan kunyit hidup. Kemudian baru masuk santan pekat dan garam. Didihkan sehingga mesra. Kemudian baru masukkan daun pucuk ubi dan asam keping. Masak sehingga daun lembut.

Hah tu dia!! Oleh kerana Nadia tak sihat dan tak boleh makan pedas-pedas, maka hari ni Kjee masak extra pedas sebab UnclePali tak selera makan kalau lauk tak pedas!

Selain lauk ni, Kjee buat telor dadar dan goreng ikan kering masin. Sedapnya makan Lauk Lemak Daging Salai Pucuk Ubi ni... ada bau salai yang umpphhhh.

Naseblah kalau korang kecur! Hehehe.




6 comments:

  1. Cantik Kaler kuning kuahnya penangan kunyit hidup... Mesti meleleh air liur dan peluh
    mkn ea ni.

    ReplyDelete
  2. meleleh ayaq lioq nengok.. suka sangat pic no 3 tu kjee.. cantek angle dia.. :)

    ReplyDelete
  3. erghhhhh tak tahan,daging salai ada lagi dalam peti,bleh buat ni...

    ReplyDelete
  4. sedapnya Kak Gee...tak yah letak serai ekk...
    nak kena cari daging salai ni..

    ReplyDelete
  5. salam k jee nk bl kt mn daging tu leh bg no hp dia x?

    ReplyDelete
  6. Emma 0123664289 tokeh segala yang salai. hehehe

    ReplyDelete