Pages

Friday, March 14, 2014

FIRST TIME MASAK KARI ITIK SALAI









Dalam rumah Kjee, jarang-jarang sekali Kjee masak lauk itik ataupun kambing. Semuanya kerana arwah bonda tak pernah masak. Kjee ingat lagi masa kecik Bonda kata dia tak reti nak masak kambing sebab tak tahu nak kasi hilang baunya. Itik pulak Kjee tak pasti kenapa arwah bonda tak masak.

Justru, Kjee pun ala-ala berani takut apabila nak masak gulai kambing atau itik. Tapi bab makan lauk pauk itik dan kambing, Kjee memang peminat Numero Uno (nombor one).

Kalau makan kat restoran yang ada jual lauk kambing mahupun itik, ia akan menjadi lauk pilihan. Ataupun kalau makan di restoran yang menghidangkan western food, makanan berasaskan kambing tidak akan terlepas di order!








Apabila bergaul dengan geng Nismilan macam Emma (Rosemah Ibrahim Masterchef) dan juga Shiela blogger femes Spice Journey, maka Kjee pun diperkenalkan dengan itik salai. Emma yang kini aktif jual pelbagai makanan salai jadi supplier.

Ternganga  Kjee apabila dengar Shiela beritahu Itik Salai sangat sedap kalau dimasak kari atau dijadikan Rendang Nismilan! Oh ya ker? Setahu Kjee selama ini, itik hanya orang buat rendang atau Masak Lemak Cili Padi (MLCP).

Begitulah cetek pengetahuan. Hehehe.

Anyway, beberapa hari lepas Kjee baru berani keluarkan Itik Salai dari freezer. Mula nak buat Gulai Pahang tapi UnclePali kata haritu dah buat Gulai Pahang guna Daging Salai. So dia request MLCP yang pedas. Orite boss!






Ketika Kjee nak potong-potong itik salai tu, Kjee perasan pulak banyak sangat kalau masak sampai seekor. Yang makan tiga beranak jer. So Kjee tepikan setengah ekor dan hari ni jadilah Kari Itik Salai. Kjee bubuh kentang sama cam Kjee bubuh dalam Itik Salai MLCP hari tu.

Camner rasanya Kari Itik Salai?

Hmmm kalau nak tahu, rasa-rasanya Kjee lagi gemar MLCP daripada kari. Or maybe hari ni Kjee tak berapa sihat... demam dan selsema! Tapi...rasa-rasanya lah kalau Kjee beli lagi Itik Salai, Kjee akan buat MLCP jer. Tekak memasing lah kan. Hehehe.

Kalau korang nak resipi, mungkin boleh intai kat SINI, Kari Ayam yang biasa Kjee masak.




2 comments:

Puan Suri (Zura Yunus) said...

sedapnyaaa.. saya memang suka makan lauk itik ni, masak lemak cili api &rendang paling best..

Zana Mohd said...

Lain kali kalau beli itik salai cuba pulak masak kicap pedas...ala-ala stew gitu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...